Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Share Jika Bermanfaat

Adakah anda mencari soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda cara menjawab soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 mengikut format temuduga terkini temuduga SPA pada tahun ini.

cikgu khairul ajar lulus temuduga  penolong pegawai penerangan
Cikgu Khairul

Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi. Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya melepasi ujian psikometrik dan mendapat panggilan temuduga ini.

Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ni?

Secara asasnya, antara soalan yang popular ditanyakan ialah soalan berkaitan dengan diri sendiri, berkaitan dengan resume, berkaitan dengan kementerian, soalan kemahiran berfikir dan soalan tentang psikologi.

Soalan Temuduga Perkenalan Pembantu Penguasa Kastam

Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri. Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap dan tahap keyakinan anda.

Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain. Tambahan lagi, kebolehan berkomunikasi dengan efektif ini penting di mana skop tugasan memerlukan anda berinteraksi dengan masyarakat yang mempunyai berbilang kaum dan umur.

“Sila perkenalkan diri anda”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalammualaikum dan selamat petang tuan. Saya Nur Aminah binti Ismail berasal dari Temerloh, Pahang. Saya telah menamatkan pengajian saya dalam Diploma Pengurusan Sumber Manusia di UPM dan mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu pengurusan pelajar selama dua tahun di salah satu sekolah swasta.

Saya juga aktif dalam kegiatan sukarelawan dan terlibat dalam beberapa projek sosial di komuniti tempatan. Selain daripada itu, saya mempunyai kemahiran dalam pengurusan pelajar dan juga boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa cina dan india. Saya mempunyai semangat untuk belajar dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kemahiran saya.

Saya percaya bahawa pengalaman saya ini akan sangat berguna kepada saya dalam menjalankan tugas saya sebagai pembantu penguasa kastam, dan saya bersedia untuk terus belajar dan berkembang dalam bidang ini.

Ada juga calon bertanya kepada saya, “Cikgu! Macam saya, tak ada pengalaman kerja, macam mana saya nak jawab soalan memperkenalkan diri ini?”, tanya calon temuduga tu kepada saya.

Walaupun anda tak ada pengalaman kerja sekalipun, anda masih lagi boleh menggunakan pengalaman kerja part-time anda untuk menjawab soalan ini.

Contohnya, anda bekerja part-time sebagai grabfood. Anda boleh ceritakan bagaimana pengalaman menghantar makanan ini boleh membantu anda untuk menjalankan tugasan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.

Di bawah ini contoh skrip jawapan yang boleh anda gunakan.

Saya tidak ada pengalaman kerja tetap sepanjang menunggu panggilan temuduga ini. Atas alasan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, saya telah bekerja secara part-time sebagai penghantar makanan grabfood.

Sepanjang saya menjalankan kerja-kerja menghantar makanan ini, pelbagai jenis perangai pelanggan yang saya jumpai dalam masyarakat. Saya percaya dengan pengalaman saya berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan ini, dapat membantu saya dalam berinteraksi dengan masyarakat berbilang kaum nanti.

“Kalau saya tak ada pengalaman kerja langsung, kerja part-time pun tak pernah, macam mana pulak tu cikgu?”

Tujuan pengalaman kerja ini adalah untuk membuktikan keupayaan anda dalam mengendalikan tugas yang diberikan. Jika anda tidak mempunyai pengalaman kerja sekalipun, anda masih boleh menggunakan hobi anda.

Terangkan bagaimana hobi anda boleh membantu anda dalam menjalankan tugas jika anda terpilih sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.

Hobi saya ialah membaca buku. Banyak ilmu yang berjaya saya peroleh daripada hasil bacaan saya. Buku yang menjadi kegemaran saya ialah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah. Saya yakin dengan ilmu motivasi yang saya ada ini boleh membantu saya untuk memotivasikan diri sepanjang menjadi pembantu penguasa kastam nanti.

Kerana saya tahu bekerja dalam sektor kerajaan ini mempunyai pelbagai orang yang berbeza perangai dan idealisasi. Dan itu sangat penting bagi saya untuk mengekalkan momentum saya agar tak mudah berputus asa.

Soalan Temuduga Berkaitan Dengan Resume

Resume merupakan alat yang digunakan untuk ‘menjual’ diri anda kepada panel temuduga. Tapi anda perlu berhati-hati, setiap perkara yang anda letak dalam resume itu nanti akan ditanyakan kembali kepada anda.

Antara soalan-soalan yang kerap ditanya oleh panel temuduga ialah:

“Saya tengok dalam resume ini, dinyatakan bahawa anda ini seorang yang berfikiran positif dan terbuka. Boleh awak terangkan bagaimana faktor ini dapat membantu jabatan?”, tanya panel temuduga.

Ini sebabnya anda perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang anda nyatakan dalam resume. Seandainya anda gagal dalam menjawab soalan, itu seumpama anda memasang jerat untuk diri anda sendiri, dan ianya mengena.

Antara soalan-soalan lain berkaitan dengan resume ialah:

“Saya tengok resume anda ini, anda baru sahaja tamatkan pengajian. Bermaksud anda masih lagi tidak ada pengalaman bekerja. Nanti anda memerlukan masa untuk belajar perkara baru, mungkin memerlukan jangka masa yang panjang. Boleh awak yakinkan saya bagaimana jangka masa ini boleh dipendekkan?”, tanya panel temuduga.

Skrip jawapan di bawah ini boleh anda gunakan untuk menjawab pertanyaan ini.

Saya percaya pengalaman kerja ini memang penting dalam menjalankan tugas. Tapi saya juga percaya dengan minat dan kesungguhan yang tinggi dalam diri saya, saya yakin akan mampu belajar perkara baharu dalam masa yang singkat.

Tambahan pula, menjadi penguasa kastam ini merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya yakin, dengan adanya minat dan kesungguhan ini, saya akan mampu belajar perkara baharu dalam masa yang singkat.

Soalan Temuduga Berkaitan Kementerian

Jika dibincangkan tentang soalan berkaitan jabatan, banyak aspek yang boleh panel temuduga bertanyakan kepada anda. Soalan yang kerap mereka tanya ialah soalan berkaitan dengan kementerian.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah kementerian apa?”, tanya panel temuduga.

Soalan ini sebenarnya soalan mudah. Tujuan soalan ini ditanyakan adalah untuk menguji sejauh mana minat seorang calon itu terhadap jawatan yang dipohonnya itu.

Jika anda tidak mampu berikan jawapan yang tepat, panel temuduga akan memberikan impression yang buruk terhadap diri anda. Secara tak langsung panel temuduga akan tahu bahawa anda tidak serius berminat dengan jawatan pembantu penguasa kastam.

Di bawah ni merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk membalas pertanyaan itu.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia berada di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kementerian ini bertanggungjawab mengurus pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat.

Selain daripada bertanya tentang kementerian, panel temuduga juga suka bertanya tentang skop kerja seorang pembantu penguasa kastam.

“Sebagai pembantu penguasa kastam, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai pembantu penguasa kastam, tugas utama saya adalah tanggungjawab untuk membantu mengutip eksais daripada sektor perdagangan dan perindustrian. Ini termasuk memastikan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan, serta menyediakan kemudahan kasta yang diperlukan untuk sektor ini.

Di samping itu, saya juga akan berusaha untuk meningkatkan pematuhan undang-undang dengan tujuan untuk melindungi dan memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

Pastikan anda tahu apakah tugas yang perlu dilakukan oleh pembantu penguasa kastam. Jika anda tidak mampu memberikan jawapan yang meyakinkan, itu akan memberi tanggapan buruk panel temuduga kepada anda. Berkemungkinan tinggi sesi temuduga akan ditamatkan sekiranya anda tak tahu skop tugasan ini.

“Apakah yang membuatkan anda berminat dengan jawatan pembantu penguasa kastam?”, tanya panel temuduga.

Saya berminat dengan jawatan Pembantu Penguasa Kastam kerana ia memberi peluang untuk menyumbang secara langsung kepada ekonomi dan keselamatan negara. Melalui tugas-tugas seperti membantu memungut cukai dan memastikan pematuhan terhadap perundangan perdagangan, saya dapat menjadi sebahagian daripada proses yang memastikan adanya perdagangan yang adil dan selamat.

Selain itu, saya tertarik dengan aspek analisis dan penyelidikan yang terlibat dalam jawatan ini. Memahami dan menerapkan undang-undang dan peraturan yang kompleks memerlukan kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang saya rasa sesuai dengan kekuatan saya.

Selain soalan-soalan di atas, soalan lain yang mungkin ditanya oleh panel temuduga semasa sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ialah:

  • Apakah pengalaman awak dalam pengurusan?
  • Apakah kemahiran teknikal yang awak ada dalam menjadi pembantu penguasa kastam?
  • Apakah ciri-ciri yang ada dalam diri awak untuk menjawat jawatan ini?

Soalan Kemahiran Berfikir Pembantu Penguasa Kastam

Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan isu berkaitan dengan hal jabatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kritikal.

“Apa yang boleh awak sumbangkan sekiranya awak dilantik menjawat jawatan pembantu penguasa kastam?”, tanya panel temuduga.

Anda boleh menggunakan skrip jawapan ini untuk membalas pertanyaan dari panel temuduga.

Jika saya dilantik sebagai pembantu penguasa kastam, saya akan memberikan sumbangan saya dengan sepenuh hati dalam pelaksanaan tugas-tugas yang ditetapkan.

Saya mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dan bersosial dengan orang ramai. Saya boleh menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah difahami oleh orang awam, termasuk melalui platform media sosial yang semakin popular. Saya juga boleh berinteraksi dengan media dan membina hubungan yang baik dengan mereka.

Saya mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan memberikan idea-idea baru bagi menjalankan tugas-tugas kastam. Saya boleh mencipta program-program dan acara yang menarik minat orang ramai dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat.

Saya mempunyai kemahiran untuk menulis dan menghasilkan kandungan yang berkualiti bagi media cetak, online dan media sosial. Saya dapat menulis kenyataan rasmi, siaran akhbar, dan laporan yang jelas dan tepat.

Saya memahami kepentingan untuk menyampaikan maklumat pada masa yang tepat. Saya akan memastikan maklumat dan kenyataan rasmi dapat disiarkan pada masa yang tepat dan tepat pada sasarannya.

Saya percaya sumbangan ini akan membantu jabatanbuntuk mencapai objektif dengan lebih berkesan dan memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan berguna.

“Bagaimana awak menangani situasi di mana terdapat penyebaran maklumat atau kenyataan palsu berkaitan dengan jabatan yang awak?”, tanya panel temuduga.

Jika saya dihadapkan dengan situasi di mana terdapat penyebaran maklumat atau kenyataan palsu berkaitan dengan jabatan yang saya wakili, saya akan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kebenaran dan kredibiliti maklumat yang disampaikan kepada orang ramai.

Saya akan memeriksa maklumat yang disebarkan untuk memastikan kebenaran dan kesahihan kenyataan tersebut. Saya akan menggunakan sumber-sumber yang sahih dan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian.

Sekiranya terdapat kenyataan palsu, saya akan memberikan penjelasan yang tepat dan menyeluruh mengenai perkara tersebut kepada orang ramai. Saya akan menekankan kepentingan maklumat yang tepat dan betul agar tidak membingungkan orang ramai.

Jika diperlukan, saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut yang dapat disiarkan melalui media sosial atau media cetak untuk memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada orang ramai.

Saya akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan maklumat yang sahih dan betul. Saya akan bekerja dengan media dan pihak-pihak berkepentingan untuk mengadakan program-program yang bertujuan untuk memberikan penjelasan dan mengelakkan penyebaran maklumat palsu di masa depan.

Saya percaya dengan tindakan-tindakan ini, saya dapat memastikan kredibiliti dan kebolehpercayaan jabatan atau agensi yang saya wakili serta memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada orang ramai.

Selain soalan-soalan di atas, soalan lain yang mungkin ditanya oleh panel temuduga semasa sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ialah:

  • Bagaimana cara awak nak memastikan maklumat dan kenyataan rasmi disiarkan pada masa yang tepat dan tepat pada sasarannya?
  • Bagaimana awak nak menjalinkan hubungan baik dengan media dan orang ramai?
  • Bagaimana awak mempromosikan program dan acara yang dijalankan oleh jabatan?
  • Bagaimana awak menangani kritikan atau maklum balas yang diterima oleh jabatan?
  • Apa yang awak tahu mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan jabatan?
  • Bagaimana awak mengukur keberkesanan program atau acara yang dijalankan oleh jabatan?
  • Apakah sumbangan yang awak boleh berikan bagi memajukan bidang kastam dalam tempoh satu tahun ke depan jika anda dilantik sebagai pembantu penguasa kastam?

Soalan Psikologi Pembantu Penguasa Kastam

Selain daripada soalan berkaitan kemahiran berfikir, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan tentang psikologi. Mereka bertanya soalan seperti ini untuk menguji sejauh mana kesanggupan dan kesediaan anda daripada segi mentaliti untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pembantu penguasa kastam.

“Mengapa awak nak mohon jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 sedangkan ada banyak lagi jawatan yang lain? Untuk makluman awak, pekerjaan ini tidak semudah yang disangka”, tanya panel temuduga.

Saya tertarik dengan jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 kerana saya mempunyai minat dan kemahiran dalam bidang kastam. Selain itu, saya percaya bahawa jawatan ini memberikan peluang untuk saya memperoleh pengalaman dan membangunkan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang ini.

Selain itu, saya menganggap bahawa kerjaya dalam bidang kastam adalah satu bidang yang penting kerana ia memainkan peranan yang signifikan dalam menghubungkan agensi atau jabatan dengan orang ramai. Sebagai pembantu penguasa kastam, saya percaya bahawa saya dapat membantu jabatan untuk menyampaikan maklumat dan kenyataan yang tepat, serta meningkatkan pemahaman orang ramai tentang tugas dan tanggungjawab agensi atau jabatan tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai jawatan lain yang tersedia, saya percaya bahawa jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 adalah yang paling sesuai dengan minat, kemahiran dan pengalaman saya. Saya yakin bahawa saya dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan dan menyumbang kepada pembangunan negara melalui kerjaya saya dalam bidang kastam.

Selain daripada soalan ini, panel temuduga juga selalu bertanya tentang soalan psikologi lain seperti di bawah ini:

  • Calon sebelum awak tadi saya nampak ada potensi untuk menjadi pembantu penguasa kastam. Seeloknya awak teruskan dengan kerja awak sekarang. Cuba awak terangkan keistimewaan awak berbanding calon-calon yang lain.
  • Tugas sebagai pembantu penguasa kastam ni kena berdepan dengan stress. Awak mampu ke kerja dalam stress? Lagipun gaji sebagai pembantu penguasa kastam ni tak banyak mana pun.
  • Awak sanggup ke ditempatkan ke Sabah dan Sawarak? (Sekiranya temuduga di semenanjung) ..atau.. Awak sanggup ke ditempatkan ke Semenanjung? (Sekiranya temuduga di Sabah & Sarawak) Keluarga awak izinkan ke kalau awak bertugas di sana? Pihak kami dimaklumkan terdapat banyak kekosongan di sana.

Kenapa Ramai Gagal?

Anda nak baca tak perkongsian dari panel temuduga sendiri kenapa ramai calon temuduga digagalkan? Kebanyakan calon selalu mengulangi kesilapan yang sama. Sila klik butang di bawah untuk baca lebih lanjut.

Penutup

Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti. Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..

Ps.. Anda rasa artikel ini bermanfaat? Jangan lupa untuk bookmark page ini bagi memudahkan anda cari semula nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *