Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya akan selalu memulakan perbualan dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Untuk menghuraikan soalan ini, cikgu lebih suka menggunakan contoh jawatan penguatkuasa anggota polis. Supaya penjelasan cikgu ini lebih mudah untuk anda faham nanti.

Seperti yang kita tahu, cogan kata PDRM ialah tegas, adil dan berhemah.

Dalam menjadi seorang anggota polis, seseorang calon itu perlulah berpewatakan tegas.

Okey, sekarang saya kaitkan pula perwatakan tegas dengan soalan sebelum ini.

Soalan 1: Saya akan selalu memulakan perbualan dengan orang yang baru saya kenali.

Jika dilihat pada ayat “.. saya akan selalu memulakan perbualan..”, jelas dalam pernyataan ini menunjukkan sikap seseorang yang mudah mesra dengan orang lain kan. Bersikap tersangat mudah mesra walaupun dengan orang yang baru mereka kenali.

Adakah sikap mudah mesra dengan orang ini sikap positif? Ya, memang itu sikap positif.

Tapi..

[bersambung di bawah..]

Inginkan Lebih Banyak Soalan?

Saya kongsikan 200 soalan psikometrik berserta huraian jawapan dalam ebook ini.

Sila klik butang di bawah untuk membaca.

rujukan ujian psikometrik 2022

…sambungan

Adakah sikap mudah mesra dengan orang ini sikap positif?

Ya, memang itu sikap positif kerana mudah mesra ini merupakan salah satu elemen penilaian dalam extraversi.

Tapi..

Dalam menjawat jawatan anggota polis, calon perlu berpewatakan tegas. Bagaimana seseorang yang mudah mesra dengan orang lain ini mahu kelihatan tegas?

Kalau anda melalui satu sekatan jalan raya, terdapat anggota polis. Dari jauh lagi anda dah berasa takut walaupun anda tak buat apa-apa kesalahan kan?

Cuba bayangkan jika mereka ini bersikap mudah mesra, silap-silap bila orang awam jumpa anggota ini siap boleh bergurau senda lagi dengan mereka.

Nampak tak kat situ?

Walaupun sesuatu sikap itu dikategorikan sebagai positif, calon masih lagi boleh gagal disebabkan tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

(Untuk pengetahuan anda, ciri-ciri ini dikeluarkan oleh ketua jabatan. Jika anggota polis, PDRM yang keluarkan ciri-ciri ini. Pihak SPA atau MOHA pula merupakan badan yang bertugas membantu jabatan dalam kerajaan untuk mencari calon-calon yang berkelayakan)

Jika soalan ini ditanyakan kepada calon anggota polis ataupun anggota penguatkuasa yang lain, ataupun jawatan yang memerlukan penjawatnya bersikap tegas, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK PERNAH.

Dengan membangkang pernyataan ini, jelas menunjukkan seseorang calon itu mempunyai perwatakan tegas. Kerana perwatakan tegas ini berlawanan dengan perwatakan mudah mesra.

Tips mudah daripada cikgu, anda perlu kaji dahulu skop kerja jawatan yang anda ingin pohon. Daripada skop kerja itu, anda boleh tahu apakah ciri-ciri yang dikehendaki dalam jawatan itu.

Cikgu harap perkongsian cikgu ini bermanfaat kepada anda.

Anda gagal ujian psikometrik bukanlah bermaksud anda ini bersikap negatif, cuma ciri-ciri yang dikehendaki dalam jawatan itu tidak ada pada diri anda.

Lagi Soalan & Huraian Jawapan.

Soalan 2: Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tapi barang dipilih oleh pembeli.

Klik » Huraian Jawapan

Soalan 3: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

Klik » Huraian Jawapan

Soalan 4: Peribahasa ‘gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah’ bertepatan dengan kesan peperangan antara negara di mana pemerintah yang berebut kuasa, rakyat yang terpaksa menanggung kesengsaraan.

Klik » Huraian Jawapan

Soalan 5: Seseorang yang telah melucutkan hak kewarganegaraan boleh diterima semula kerana keperluan kepakaran.

Klik » Huraian Jawapan

Soalan 6: Saya sangat suka menjawab soalan berbentuk objektif berbanding soalan subjektif.

Klik » Huraian Jawapan

Extra Bonus Untuk Anda.

Bonus 1: Koleksi Soalan Psikometrik.
Bonus 2: Koleksi Kuiz Psikometrik.
Bonus 3: Tips 101 Ujian Psikometrik.

Kesemua bonus-bonus ini terdapat password. Saya berikan bonus ini khas untuk pembeli Rujukan Psikometrik sahaja.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk claim kesemua bonus ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392