Huraian Jawapan.

Soalan 1: Tidak mengapa mengambil sijil sakit dalam keadaan terdesak.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Apakah sikap yang cuba dicungkil melalui perlakuan suka mengambil sijil sakit ni? Kalau betul-betul sakit tu tak apa. Kalau tak sakit tapi saja nak ambil jugak. Adakah itu menunjukkan seseorang itu suka mengambil kesempatan?

Kalau anda nak tahu, ada sesetengah jawatan anda akan diluluskan jika bersetuju. Dan ada sesetengah jawatan anda perlu membantah untuk diluluskan. Inilah hakikat sebenar ujian psikometrik yang ramai calon tak tahu.

bersambung di bawah..

Koleksi Kuiz Psikometrik.

Anda dah betul-betul yakin kan lulus ujian nanti? Jom uji perwatakan diri anda dengan sembilan kuiz psikometrik ini. Anda pasti akan tahu tahap persediaan diri anda nanti.

Soalan 2, 3, 4 dan 5 di bawah ini pula sama kategori dengan soalan 1. Sila pastikan pendirian anda dalam kelima-lima soalan selari antara satu sama lain. Jika berlakunya percanggahan jawapan, itu menandakan anda cuba untuk ada-adakan sikap yang tak ada dalam diri anda. Inilah perwatakan yang pihak SPA akan nampak dalam diri anda.

Soalan 2: Bagi saya, mengikut jadual ini adakalanya perlu tetapi selalunya tidak perlu.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya tidak kisah jika tidak mempunyai panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya akan bertanya kepada orang lain di mana majlis itu diadakan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 5: Saya akan mempertahankan “ketua sentiasa benar” (the boss is always right”).

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Ujian psikometrik ini sifatnya bebas. Anda sebagai calon bebas nak pilih jawapan apa sekalipun mengikut apa yang anda suka. Kalau anda jawab secara jujur, corak perwatakan jujur akan terhasil. Jika anda jawab secara tipu-tipu, maka corak perwatakan seorang penipu akan terhasil.

Agak-agak anda, jawapan apa paling konsisten dan paling positif? Jom klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan lengkap cara memilih jawapan yang konsisten.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392