Maksud Tidak Melepasi Tahap Penilaian Psikometrik

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Maksud Tidak Melepasi Tahap Penilaian Psikometrik – Saya pasti mesti anda sudah menyemak keputusan ujian psikometrik kan? Tapi apa maksud keputusan ‘tidak melepasi tahap penilaian psikometrik’ tu?

Dalam bahasa sedikit kasar, pihak SPA sudahpun menggagalkan anda untuk jawatan ini. Definisi ‘gagal’ itu bukanlah perkataan yang sesuai untuk menunjukkan keputusan anda. Sebelum ini, pihak SPA menggunakan keputusan lulus dan gagal. 

Disebabkan ujian ini tak ada jawapan betul atau salah, pengggunaan keputusan lulus atau gagal itu kurang sesuai. Kemudiannya, pihak SPA menukar keputusan gagal kepada ‘anda tidak melepasi tahap penilaian psikometrik yang..’.

Kenapa Gagal?

Tapi kenapa ada calon lulus dan ada calon yang gagal walaupun ujian ni tak ada jawapan betul atau salah?

Kalau anda nak tahu, kesemua jawapan yang anda pilih dalam ujian psikometrik ini hanyalah pendapat anda sahaja. Pendapat anda terhadap diri anda sendiri. Jadi, tak mungkin jawapan yang anda pilih itu salah. Kerana hanya anda sahaja yang kenal dengan diri anda sendiri.

Lulus atau gagal pula bergantung kepada ketua jabatan. Seandainya jawapan anda itu memenuhi ciri-ciri perwatakan yang dicari oleh ketua jabatan, ketika ini anda akan diluluskan. Jika tidak menepati, anda bakal digagalkan diatas alasan ‘tidak melepasi tahap penilaian psikometrik…’.

Sebenarnya ada lagi tiga faktor yang boleh menjadi kegagalan dalam ujian ini. Anda boleh baca dengan klik butang di bawah ini.

Saya harap dengan perkongsian ‘tidak melepasi tahap penilaian psikometrik’ ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menjawab persoalan anda.

Pss.. Sekiranya ada apa-apa persoalan, sila tinggalkan pertanyaan anda di bahagian komen di bawah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *