Soalan UKCG 2025: Tips Lulus Dan Karakter Apa Dicari?

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Adakah anda bakal menduduki ujian UKCG? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian UKCG semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian UKCG

Personaliti yang cuba dinilai dalam UKCG sepenuhnya bergantung kepada skop kerja seorang guru itu sendiri. Antaranya skop tugas seorang guru ialah:

1. Kecenderungan Sosial.

Skop tugas 1: Mengurus dan menjalankan sesi bimbingan serta kaunseling asas bagi membantu murid menghadapi cabaran akademik dan peribadi.

Murid yang menghadapi cabaran akademik atau peribadi sering mengalami keyakinan diri yang rendah.

Guru perlu tahu bagaimana untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan positif supaya murid tidak mudah berputus asa.

Dengan kecenderungan sosial yang tinggi, guru boleh mengenal pasti cara terbaik untuk memotivasikan setiap murid, kerana setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza.

Contoh situasi:

Seorang murid yang mengalami kegagalan peperiksaan berasa putus asa. Guru yang mempunyai kecenderungan sosial akan berkata:

“Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Saya ada strategi belajar yang boleh membantu awak. Jom kita cuba sama-sama!”

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam menguji kecenderungan sosial.

Soalan: Saya berasa bertanggungjawab jika rakan sekerja atau murid saya menghadapi masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

2. Keterbukaan.

Skop tugas 2: Membangunkan dan melaksanakan pendekatan pengajaran yang inovatif berdasarkan keperluan serta tahap pencapaian murid.

Guru perlu bersedia mencuba teknik pengajaran baharu, seperti pembelajaran berasaskan projek (PBL), flipped classroom, atau gamifikasi, untuk meningkatkan pemahaman murid.

Guru juga harus menerima maklum balas dan menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka jika kaedah sedia ada kurang berkesan.

Contoh Situasi:

Seorang guru yang mengajar subjek sains mendapati muridnya sukar memahami konsep tenaga. Beliau kemudian mencuba pengajaran berbantukan simulasi interaktif untuk membantu murid memahami konsep tersebut dengan lebih baik.

Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan dalam menguji kecenderungan sifat keterbukaan.

Soalan: Saya suka mencuba pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang guru itu perlu ada kecenderungan sosial dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian UKCG ini.

Sekiranya anda tidak mempunyai kecenderungan ini, just terima dengan hati terbuka. Itu bermaksud kerjaya guru ini tidak sesuai dengan personaliti anda.

“Jadi ujian ni nak uji kecenderungan sosial dan keterbukaan je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak penilai nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah antara daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi seorang guru, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian UKCG

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian UKCG yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.

Soalan 1: Daya kreatif bukan penting bagi guru mengajar dengan cara yang menarik.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 3: Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yang lebih berpengalaman daripada saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 4: Senyuman merupakan faktor penting untuk menentukan jalinan hubungan mesra.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 5: Bagi saya tidak salah jika guru mengabaikan pelajar yang malas belajar.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 6: Sungguh pun banjir kilat berlaku, saya masih berusaha mencari jalan ke sekolah saya.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 7: Tidak pernah ada masa dalam kehidupan saya, saya suka bermain dengan anak patung.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 8: Saya melayan semua murid serupa dengan anak saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Keberkesanan penyampaian pelajaran hanya bergantung kepada kemahiran komunikasi guru, tanpa perlu kaedah atau inovasi lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Saya sanggup menjadi guru walaupun gaji kurang daripada RM500 sebulan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Saya berasa tidak selesa melayan karenah orang tua dan kanak kanak.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Sifat lemah lembut seseorang guru wanita yang cekap sesuai mengajar sekolah lelaki.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Saya lebih suka mendengar daripada berkata-kata dalam interaksi sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Saya sedia menolong murid di mana-mana tempat pun tanpa bayaran.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 17: Saya sedia menolong murid di mana-mana tempat pun tanpa bayaran.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 18: Saya cenderung menonjolkan diri agar dilantik menjadi ketua dalam sesuatu persatuan.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 19: Saya berkeyakinan boleh mengubah atau mengawal emosi yang merunsingkan, ataupun menerima hakikat sukar diubah buat sementara.

  • Ya
  • Tidak

Soalan 20: Kejayaan seseorang bukan sahaja berdasarkan kecerdasan dirinya tetapi juga termasuk kecerdasan kawannya.

  • Wajar
  • Tidak Wajar

Kuiz UKCG

Antara tips terpenting dalam ujian UKCG ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

Jom jawab kuiz 18 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Tips Lulus Ujian UKCG

1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian UKCG ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9 dan soalan 15 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. 

Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? 

Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

2. Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.

Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. 

Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak penilai akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana gaya seseorang itu bersosial.

Personaliti yang lebih cenderung ke arah sosial:

Soalan 2 = sokong.
Soalan 9 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.

Personaliti yang kurang cenderung ke arah sosial:

Soalan 2 = bangkang.
Soalan 9 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak penilai ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini mempunyai kecenderungan sosial ataupun tidak.

Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Apa Cuba Dicungkil?

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja. 

Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.

kategori sikap manusia spier pdrm

“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas seorang guru?”.

Untuk jawapan ini, individu yang mempunyai kecenderungan sosial adalah lebih layak. Bukan sebab mereka lebih positif, tapi disebabkan karakter mereka yang bersesuaian dengan karakter seorang guru.

Contohnya, kebolehan membimbing orang lain, kebolehan mempengaruhi orang lain, dan kebolehan komunikasi yang jelas. Di mana kebolehan ini sangat berguna dalam menjalankan tugas seorang guru.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian UKCG ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan UKCG. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.

Untuk ujian UKCG nanti, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

soalan ukcg 2025

Klik butang di bawah untuk download.

Apa yang membezakan ebook ini dengan ebook UKCG yang lain ialah setiap jawapan dipilih berdasarkan karakter ideal seorang guru.

Tak sama dengan ebook yang lain, hanya menfokuskan kepada jawapan positif semata-mata tanpa hala tuju. Sehinggakan tak tahu apakah profil personaliti yang terbentuk dari jawapan yang dipilih.

Semoga Bermanfaat.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian UKCG, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga guru kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan UKCG? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Copyright © 2025 Cikgu Kerjaya