Contoh Soalan Dan Format Ujian Online SPA Terengganu.

oleh Cikgu Khairul

Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda mendapat panggilan ujian untuk ujian 11 mei nanti. Anda sudah selangkah berpeluang untuk menjadi penjawat awam.

Ada calon bertanya kepada saya, adakah SPA dah menukar format ujian di mana ujian sebelum ini semuanya menggunakan psikometrik? Sebenarnya, format tak ditukar. Format pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah ini masih lagi digunakan, hanya untuk ujian SPA peringkat negeri sahaja.

Sebenarnya, format ujian SPA peringkat negeri ini boleh dikatakan sedikit susah, kerana semua soalan bersifat fakta. Ianya tak sama dengan ujian psikometrik. Di mana jawapannya bergantung kepada perwatakan yang macam mana dikehendaki oleh ketua jabatan.

Seksyen A:
Pengetahuan Am.

Masa: 35 minit
Soalan: 40 (aneka pilihan)

Untuk seksyen pengetahuan am, skop soalan automatik akan menjadi luas. Soalan boleh bertanya tentang apa sahaja topik. Kalau anda tahu, anda akan dapat satu markah. Kalau anda tak tahu, anda bakal kehilangan satu markah.

Berdasarkan kepada soalan SPA negeri Johor yang dijalankan pada bulan Januari baru-baru ini, soalan pengetahuan am ditanya berkaitan dengan pengetahuan am jawatan dan isu-isu semasa yang bersifat fakta.

Untuk soalan pengetahuan am negeri Terengganu pula, soalan mungkin akan bertanyakan tentang topik yang sama. Contoh soalan seperti di bawah ini.

Soalan 1: Lembaga Hasil Dalam Negeri bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir cukai langsung di Malaysia di bawah akta-akta berikut:

I. Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
II. Akta Setem 1949.
III. Akta Cukai Aktiviti Perniaga.
IV. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

A. III sahaja
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua di atas 

Soalan 2: Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Persekutuan?

I. Duti eksais.
II. Duti hiburan.
III. Cukai Perhutanan.
IV. Cukai Pendapatan.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan IV 
D. III dan IV

Soalan 3: Prinsip-prinsip Dasar Luar Malaysia ialah

I. Kewujudan bersama secara harmoni.
II. Kesamaan kedaulatan dan perasaan saling menghormati terhadap keutuhan wilayah.
III. Menyelesaikan pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan.
IV. Mencampuri urusan dalaman negara luar terutamanya dalam konteks hubungan serantau.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III 
D. II, III dan IV

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah.

Masa: 25 minit
Soalan: 15 (aneka pilihan)

Untuk seksyen daya menyelesaikan masalah pula, ada tiga topik penilaian utama, iaitu:

1. Kemahiran logik.
2. Kemahiran menginterpretasi data.
3. Konsep matematik.

Kemahiran Logik.

Dalam subtopik kemahiran logik, calon akan diuji aspek pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat. Soalan hanya melibatkan operasi matematik yang mudah, tapi memerlukan calon berfikir diluar kotak dalam menjawab soalan. Contoh soalan seperti di bawah ini.

Soalan 4: Diberikan satu set nombor (125, 521, Y, 541, 759, 957, 438, X). Berapakah nilai hasil tambah Y dan X?

A. 979 
B. 869
C. 567
D. 649

Konsep Matematik.

Dalam subtopik konsep matematik pula, calon bakal diuji dengan kemahiran numeric serta kuantitatif. Ianya bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 6: Hassan bertolak ke bandar Q pada jam 1200 untuk memandu sejauh 247 km. Jika purata laju bagi dua jam yang pertama ialah 46 km/j, hitungkan laju yang dia perlu memandu untuk baki perjalanan itu supaya dapat sampai ke bandar Q pada jam 1515.

A. 120 km/j
B. 122 km/j
C. 124 km/j 
D. 126 km/j

Kemahiran Menginterpretasi Data.

Dalam subtopik kemahiran menginterpretasi data pula, calon akan diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 7: Puan Mariam melahirkan anaknya Syafik pada umur 24 tahun. Jumlah umur mereka sekarang ialah 58 tahun. Jika dia mahu bersara pada umur 54 tahun, berapa tahunkah lagi dia perlu berkhidmat sebelum bersara?

A. 10 tahun
B. 11 tahun
C. 12 tahun
D. 13 tahun

Tidak Adil 😠

Seperti apa yang saya katakan pada awal artikel tadi, format ujian ini sedikit tak adil disebabkan ianya memberi banyak kelebihan kepada calon yang baru habis belajar. Sudah pasti mereka masih lagi ingat tentang rumus matematik yang mereka pelajari.

Bagi calon yang dah lama habis belajar ataupun dah bekerja, sudah pasti mereka dah ingat-ingat lupa. Terpaksalah mereka belajar balik konsep-konsep matematik yang dah lama mereka tinggalkan.

Rujukan Khas Ujian Online.

Kepada anda yang dah ingat-ingat lupa tu, saya ada membekalkan rujukan khas untuk ujian online SPA Negeri Terengganu. Sesuai untuk jawatan Pembantu Tadbir N19 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Sila klik butang di bawah untuk download.

Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.