Ujian Psikometrik Pembantu Penilaian Gred W19

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik Pembantu Penilaian Gred W19? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?

Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Pembantu Penilaian ?

Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan pembantu penilaian sepenuhnya bergantung kepada skop kerja pembantu penilaian itu sendiri. 

Antaranya skop tugas pembantu penilaian ialah:

Skop tugas 1: Membantu menjalankan penilaian harta tanah dan membantu dalam proses memastikan penilaian berkualiti. Termasuklah menyemak butir hakmilik dan perancangan, dan menyelidik maklumat dan menganalisis data.

1. Kecenderungan Teliti

Skop tugas ini memerlukan seseorang yang teliti bagi memastikan ketepatan dalam menyemak hak dan perancangan harta serta dalam setiap aspek penilaian harta.

Skop tugas 2: Membantu menjalankan kajian kerja penyelidikan dan mengemaskini maklumat secara berterusan. Termasuklah membantu dalam penyediaan laporan bagi penerbitan jabatan.

2. Kecenderungan Analitikal

Skop tugas ini memerlukan seseorang yang ada keupayaan menganalisis data. 

Kecenderungan analitikal dapat membantu dalam mengenal pasti masalah, memecahkannya kepada komponen yang lebih kecil, dan menganalisis setiap aspek untuk mencari penyelesaian yang paling berkesan.

Wajib Ada Untuk Lulus.

Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pembantu penilaian itu perlu ada kecenderungan teliti dan juga boleh analitikal dalam diri mereka.

Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik pembantu penilaian ini.

“Jadi ujian ni nak uji kecenderungan teliti dan analitikal je ke cikgu?”

Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.

Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pembantu penilaian, itu anda boleh semak semula nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penilaian

Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.

Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Saya membuat keputusan berdasarkan logik dan analisis objektif.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 3: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan 9: Dalam membuat sesuatu keputusan, saya lebih suka bergantung pada fakta dan data daripada gerak hati dan perasaan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Saya cenderung membuat keputusan dengan mempertimbangkan bagaimana ia akan mempengaruhi orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Kurang Setuju
  • Agak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Setuju Sekali

Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

  • Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Tidak Menggambarkan Diri Saya
  • Agak Menggambarkan Diri Saya
  • Menggambarkan Diri Saya
  • Sangat Menggambarkan Diri Saya

Soalan 20: Saya sering dilihat sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Kuiz Psikometrik Pembantu Penilaian

Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.

Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?

Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Penilaian

1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9, soalan 15 dan soalan 20 di bawah ini. Keempat-empat soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. 

Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 2: Saya membuat keputusan berdasarkan logik dan analisis objektif.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda berfikir. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? 

Jika anda ini seorang suka analisis masalah sebelum membuat keputusan, jawapan SANGAT KERAP atau KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang cenderung ke arah analisis, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

2. Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 9, soalan 15 dan soalan 20 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9, 15 dan 20 ini.

Soalan 9: Dalam membuat sesuatu keputusan, saya lebih suka bergantung pada fakta dan data daripada gerak hati dan perasaan.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan 9 ini pula nak uji kecenderungan dalam menilai sesuatu. Jika anda seorang yang suka bekerja dengan fakta dan data, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. 

Jika anda tak berapa gemar bekerja dengan fakta dan data, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 15: Saya cenderung membuat keputusan dengan mempertimbangkan bagaimana ia akan mempengaruhi orang lain.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tak pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 15 ini pula nak uji kecenderungan empati dalam diri seseorang. Jika anda ada kecenderungan tinggi ke arah empati, jawapan yang paling tepat ialah SANGAT SETUJU ataupun SETUJU. 

Sekiranya anda ini seorang yang kurang kecenderungan ke arah empati, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU.

Soalan 20: Saya sering dilihat sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tak pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Jika anda seorang yang cenderung ke arah empati, jawapan yang paling tepat ialah SANGAT KERAP ataupun KERAP. 

Sekiranya anda ini seorang yang kurang ke arah empati, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah KADANG-KADANG ataupun TIDAK PERNAH.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu berfikir.

Kecenderungan perwatakan berunsurkan fakta.

Soalan 2 = sokong.
Soalan 9 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.
Soalan 20 = bangkang

Kecenderungan perwatakan berunsurkan empati.

Soalan 2 = bangkang.
Soalan 9 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.
Soalan 20 = sokong

Daripada empat jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini cenderung ke arah perkara berunsurkan fakta ataupun perkara berunsurkan empati.

Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9, soalan 15 dan soalan 20, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

Apa Cuba Dicungkil?

Kalau anda nak tahu, keempat-empat soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan realistik dan sentimental sahaja. 

Individu yang suka akan fakta ini berada dalam kategori realistik, manakala individu yang suka elemen empati pula berada dalam kategori sentimental.

“Cikgu! Antara realistik dengan sentimental, golongan mana yang lebih baik?”

Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.

Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas bagi jawatan kali ini?”.

Nak tahu jawapan itu, anda perlu tahu apakah tugas yang bakal dilaksanakan sekiranya seseorang calon itu dilantik.

Dan perwatakan manakah yang paling optimum untuk memastikan skop tugas bakal dipertanggungjawabkan nanti dapat dilaksanakan dengan baik.

Rekemendasi Daripada Cikgu.

“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pembantu penilaian ini? Share lah sikit tips cikgu”

Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan. 

Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.

Untuk ujian psikometrik pembantu penilaian bertarikh 12 Januari ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Klik butang di bawah untuk download.

Bonus Untuk Anda

Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.

Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.

  • 7 Set Soalan Psikometrik (Updated 2023)
  • 9 Set Kuiz Psikometrik
  • Rahsia Konsisten + Case Study
  • Bahan Study Dalam Telegram
  • Punca Calon Gagal Ujian Psikometrik
  • Koleksi Soalan Psikometrik Berkaitan Minat.
  • Private Group Perbincangan Psikometrik.

Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya diterangkan dalam tiga muka surat sahaja.

Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.

Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.

Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.

Penutup.

Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pembantu penilaian, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.

Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pembantu penilaian kelak. Aamiin.

Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.