Salah satu kategori soalan yang diwujudkan dalam ujian psikologi PTD sahaja, iaitu soalan berkaitan dengan hobi dan cita-cita.
Antara soalan yang pernah dimasukkan dalam ujian PTD tahun lepas ialah:
Yang menariknya, kesemua soalan tak ada kaitan langsung dengan skop tugas seorang PTD. Walaupun tak berkaitan dengan tugas, tak semestinya soalan tak mencerminkan karakter seorang PTD.
Dalam 8 soalan itu, soalan manakah menepati karakter seorang PTD?
Soalan 2: Saya suka menjaga kanak-kanak.
Soalan ‘saya suka menjaga kanak-kanak’ adalah paling menepati karakter jawatan PTD.
“Tapi kenapa cikgu? Kerja PTD ni bukan kena jaga kanak-kanak pun”.
Ya memang tak ada kaitan langsung dengan skop jawatan. Tapi ini merupakan soalan psikologi. Apabila berkaitan dengan psikologi, setiap soalan bakal mencerminkan suatu karakter.
Persoalannya sekarang, apakah karakter disebalik suka menjaga kanak-kanak ini?
Kalau anda nak tahu, soalan ini berada dalam kategori sosial.
“Tapi kenapa kategori sosial cikgu?”
Sebab soalan ini mencerminkan karakter:
👉 … menunjukkan minat terhadap berinteraksi dengan orang lain.
👉 … menggambarkan keinginan untuk membantu, membimbing, atau menyokong individu lain, terutama kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan bimbingan.
Di mana kecenderungan ini sangat menepati karakter bagi jawatan yang memerlukan kecenderungan sosial, termasuklah jawatan PTD.
“Maksudnya kat sini, saya kena pilih jawapan YA ke cikgu”.
Tak semestinya, sebab ujian psikologi hanya nak tahu karakter sebenar diri anda sahaja. Jawapan itu nanti bergantung kepada karakter diri anda sendiri.
Jika anda pilih jawapan YA, akan trigger satu signal sosial dalam profil personaliti anda nanti. Jika anda pilih jawapan TIDAK, akan jadi sebaliknya.
Sebelum anda ambil ujian sebenar, nak tak anda cuba dahulu simulasi PTD. Soalan 100% menyerupai ujian yang sebenar.
Simulasi ini mengandungi 564 soalan, sama seperti ujian sebenar yang digunakan oleh pihak SPA.
Sila klik butang di bawah untuk cuba simulasi demo, supaya anda lebih terbiasa dengan format ujian yang sebenar.