Soalan Tentang Hobi Dan Cita-Cita Psikologi PTD

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Salah satu kategori soalan yang diwujudkan dalam ujian psikologi PTD sahaja, iaitu soalan berkaitan dengan hobi dan cita-cita.

Antara soalan yang pernah dimasukkan dalam ujian PTD tahun lepas ialah:

  1. Saya suka memasak.
  2. Saya suka menjaga kanak-kanak.
  3. Saya suka mengumpul bunga.
  4. Saya suka sajak.
  5. Saya ingin menjadi tentera.
  6. Saya ingin menjadi penyanyi.
  7. Saya ingin menjadi jururawat.
  8. Saya ingin menjadi mekanik.

Yang menariknya, kesemua soalan tak ada kaitan langsung dengan skop tugas seorang PTD. Walaupun tak berkaitan dengan tugas, tak semestinya soalan tak mencerminkan karakter seorang PTD.

Dalam 8 soalan itu, soalan manakah menepati karakter seorang PTD?

Soalan 2: Saya suka menjaga kanak-kanak.

  • Ya
  • Tidak

Soalan ‘saya suka menjaga kanak-kanak’ adalah paling menepati karakter jawatan PTD.

“Tapi kenapa cikgu? Kerja PTD ni bukan kena jaga kanak-kanak pun”.

Ya memang tak ada kaitan langsung dengan skop jawatan. Tapi ini merupakan soalan psikologi. Apabila berkaitan dengan psikologi, setiap soalan bakal mencerminkan suatu karakter.

Persoalannya sekarang, apakah karakter disebalik suka menjaga kanak-kanak ini?

Kalau anda nak tahu, soalan ini berada dalam kategori sosial.

“Tapi kenapa kategori sosial cikgu?”

Sebab soalan ini mencerminkan karakter:

👉 … menunjukkan minat terhadap berinteraksi dengan orang lain.
👉 … menggambarkan keinginan untuk membantu, membimbing, atau menyokong individu lain, terutama kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan bimbingan.

Di mana kecenderungan ini sangat menepati karakter bagi jawatan yang memerlukan kecenderungan sosial, termasuklah jawatan PTD.

“Maksudnya kat sini, saya kena pilih jawapan YA ke cikgu”.

Tak semestinya, sebab ujian psikologi hanya nak tahu karakter sebenar diri anda sahaja. Jawapan itu nanti bergantung kepada karakter diri anda sendiri.

Jika anda pilih jawapan YA, akan trigger satu signal sosial dalam profil personaliti anda nanti. Jika anda pilih jawapan TIDAK, akan jadi sebaliknya.

Soalan Popular.

Kalau anda nak tahu, dalam ujian psikologi, soalan tentang suka menjaga kanak-kanak adalah antara soalan popular yang digunakan untuk menilai kecenderungan sosial seseorang.

Walaupun sesuatu soalan itu tidak berkait langsung dengan skop tugas sesuatu jawatan, tak bermaksud soalan itu tidak berkait dengan karakter sesuatu jawatan.

Ujian psikologi adalah tentang karakter. Key dekat sini ialah apakah karakter disebalik soalan yang ditanya?

Kecenderungan sosial adalah salah satu kategori yang wajib ada untuk jawatan PTD. Ada lagi 2 kategori yang perlu ada untuk melayakkan seseorang itu kepada jawatan PTD.

Nanti boleh semak nota dalam ebook, seksyen nota, pada muka surat 9. Saya jelaskan secara terperinci dekat situ.

Sila klik butang di bawah untuk download.

Copyright © 2025 Cikgu Kerjaya