Salah satu soalan yang pernah ditanya dalam ujian PTD pada tahun lepas. Berkemungkinan akan ditanya kembali untuk ujian kali ini.
Soalan: Tidak pernah ada masa dalam kehidupan ini, saya suka bermain dengan anak patung.
Untuk soalan ini, susunan ayat agak mengelirukan. Kena baca berulang kali untuk memahami apakah maksud yang cuba disampaikan.
“Jadi, apa maksud soalan ni cikgu?”
Soalan ini bersifat penolakan seseorang terhadap situasi dalam kehidupannya.
Susunan ayat yang lebih mudah difahami ialah “Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah suka bermain dengan anak patung”.
Jadi maksudnya dekat sini ialah, individu ini cuba bagi penegasan bersifat penolakan bahawa dirinya tidak pernah suka bermain dengan anak patung sepanjang hidupnya. Walaupun sekali. Ini termasuklah ketika individu ini dalam zaman kanak-kanak.
“Jadi, soalan ini nak uji karakter apa cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba mencungkil karakter keterbukaan.
👉 … Keterbukaan ini berkaitan dengan sikap kreatif, ingin tahu, suka mencuba perkara baru, imaginatif, berpandangan luas.
Satu elemen yang cuba dimasukkan dalam soalan ini ialah elemen imaginatif.
Bermain dengan anak patung sering melibatkan lakonan watak, membayangkan situasi, dan mencipta naratif.
Contohnya, seorang kanak-kanak boleh memberi watak kepada anak patung seperti seorang ibu, doktor, atau pahlawan, menunjukkan kreativiti dan imaginasi dalam meniru dunia sebenar.
“Jadi, jawapan apa yang terbaik cikgu?”
Jawapan terbaik tu bergantung kepada karakter anda sendiri, sebab objektif ujian ini hanya nak tahu karakter diri anda yang sebenar sahaja.
Jika anda pilih jawapan YA, signal keterbukaan tidak akan trigger dalam profil personaliti anda. Jika pilih jawapan TIDAK pula, akan muncul satu signal keterbukaan dalam profil personaliti anda nanti.
Jadi, anda nampak tak bagaimana tahap imaginatif seseorang itu boleh dicungkil daripada satu soalan psikologi sahaja?
Kalau anda nak tahu, ada banyak lagi soalan-soalan berkaitan dengan keterbukaan yang akan ditanya dalam ujian PTD ini nanti.
Sehingga anda sendiri pun tak perasan sesuatu soalan itu cuba mencungkil kecenderungan keterbukaan. Kena hati-hati kerana karakter seorang PTD itu perlu ada kecenderungan ke arah keterbukaan.
Saya ada sediakan soalan-soalan berkaitan dengan sikap katerbukaan ini. Nanti boleh download ebook di bawah ini: