Adakah anda mencari contoh soalan SPiER Sarjan Polis YA5? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan SPiER sarjan polis dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian SPiER Sarjan Polis?
Untuk pengetahuan anda, SPiER merupakan singkatan daripada Sistem Pemprofilan Rekrutmen. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang sarjan polis ataupun tidak.
Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini.
Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.
Format Soalan SPiER Sarjan Polis
Berdasarkan kepada ujian SPiER yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik. Setiap soalan hanya diberikan empat pilihan jawapan seperti:
- Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
- Jarang Mencerminkan Diri Saya
- Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
- Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”
Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian PDRM ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon.
Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi ujian fizikal dan sesi temuduga dijalankan.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian SPiER Sarjan Polis?
Berdasarkan kepada soalan SPiER sarjan polis yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kecergasan seseorang calon.
Seorang sarjan polis yang baik memerlukan tahap kecergasan badan yang tinggi bagi memastikan anggota itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Perkara ini penting kerana anggota seringkali melakukan tugas-tugas yang memerlukan tenaga fizikal yang baik. Ini mungkin termasuk mengejar suspek, berdiri atau berjalan untuk jangka masa yang panjang, atau mengendalikan peralatan yang berat.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap kecergasan seseorang calon.
Contoh soalan: Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui ujian SPiER ialah tahap integriti seseorang calon. Ini adalah ciri yang sangat penting bagi setiap sarjan polis. Mereka harus jujur, adil, dan mematuhi etika dan moral.
Sarjan polis adalah pihak berkuasa yang dipercayai oleh masyarakat untuk melindungi mereka. Jika anggota tidak memiliki integriti, masyarakat mungkin kehilangan kepercayaan pada pasukan PDRM dan sistem keadilan secara keseluruhan.
Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap integriti seseorang calon.
Contoh soalan: Saya sanggup mengetepikan peraturan dan undang-undang demi mencari pendapatan lebih.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Contoh Soalan SPiER Sarjan Polis
Walaupun soalan SPiER ini menggunakan format psikologi, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan SPiER lebih terfokus kepada jawatan sarjan polis itu sendiri.
Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam ujian SPiER nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu.
Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang sarjan polis yang dicari oleh pihak PDRM.
10 Soalan SPiER Sarjan Polis Terkini
Di bawah ini merupakan 10 contoh soalan ujian SPiER sarjan polis yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak.
Soalan 1: Saya menganggap menyimpan rahsia itu merupakan tanggungjawab kepada saya.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 2: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 3: Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 4: Saya tidak dapat mengawal diri daripada bertengkar apabila orang lain tidak bersetuju dengan saya.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 5: Saya tidak boleh terima apa jua menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 6: Saya bersetuju setiap peraturan jabatan telah mengambil kira kebajikan pekerja.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 7: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 8: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 9: Saya sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan tugas dan negara.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Soalan 10: Saya bersedia menerima hadiah untuk memberikan keistimewaan kepada seseorang.
A. Tidak Langsung Mencerminkan Diri Saya
B. Jarang Mencerminkan Diri Saya
C. Kadang-Kadang Mencerminkan Diri Saya
D. Sentiasa Mencerminkan Diri Saya
Kuiz SPiER
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Pastikan jawapan anda konsisten. Kuiz ini nak uji adakah perwatakan anda sesuai untuk menjadi sarjan polis ataupun tidak.
Tips Lulus SPiER Sarjan Polis
Salah satu cara untuk lulus dalam ujian SPiER sarjan polis ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan SPiER ini menfokuskan kepada personaliti seorang sarjan polis.
Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan personaliti sarjan polis kalau nak lulus ujian ini.
Koleksi 200 Soalan SPiER
Dalam ebook koleksi 200 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan SPiER sarjan polis ini.
Dan setiap soalan disertakan dengan cadangan jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.
RM49 RM30 sahaja.
Klik butang di bawah ini untuk pembelian.
Penutup.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan SPiER sarjan polis ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan SPiER yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.