Soalan 1: Mengapakah Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak?
A. Pemberontakan yang berterusan
B. Tidak mahu kehilangan kuasanya
C. James Brooke tidak menepati syarat perjanjian
D. Sultan Brunei tidak akan bersetuju dengan perlantikan tersebut
Soalan 2: Pada tahun 1842, James Brooke telah menghadap Sultan Omar Ali Saifudin. Kenapakah James Brooke menghadap Sultan Brunei?
A. Menuntut naungan Sultan
B. Menguasai seluruh Sarawak
C. Mengesahkan kedudukannya
D. Memaksa sultan menerima Penasihat
Soalan 3: Apakah kesan terpenting perjanjian di antara James Brooke dengan Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1846?
A. James Brooke membayar cukai kepada Sultan
B. Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Gabenor
C. James Brooke berkuasa terhadap wilayah Tanjung Datu
D. James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka
Soalan 4: Apakah bentuk pemerintahan yang telah diperkenalkan oleh James Brooke di Sarawak?
A. Sistem demokrasi
B. Sistem pemerintahan beraja
C. Sistem raja berperlembagaan
D. Sistem demokrasi berparlimen
Soalan 5: Sultan telah melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan di Sarawak. Apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau?
I. Mengambil alih kuasa pentadbiran
II. Menguasai perdagangan antimoni dan emas
III. Merendahkan bayaran cukai
IV. Melucutkan jawatan pembesar tempatan
A. I dan II
B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV
Soalan 6: Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Brunei untuk menamatkan kebangkitan penduduk di Sarawak?
A. Meminta bantuan Kerajaan British
B. Mengukuhkan pertahanan Sarawak
C. Menubuhkan pasukan polis dan tentera
D. Menghantar Pangeran Raja Muda Hashim
Soalan 7: Keluarga Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah. Bagaimanakah dasar ini dilaksanakan?
I. Pemisahan kaum mengikut pekerjaan
II. Pemisahan kaum mengikut petempatan
III. Sistem pendidikan yang berbeza
IV. Pengunaan bahasa yang berbeza
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
Soalan 8: Kenapa Sultan Brunei menerima tuntutan-tuntutan daripada James Brooke?
A. Didesak oleh pembesar tempatan
B. Tidak mendapat sokongan rakyat
C. Baginda sanggup melepaskan Sarawak
D. Bimbang dengan kehadiran angkatan tentera British
Soalan 9: Senarai di atas merujuk kepada pembesar yang dilantik oleh James Brooke. Apakah peranan mereka?
A. Melaksanakan kutipan cukai
B. Menjadi anggota Majlis Tempatan
C. Melaksanakan pentadbiran daerah
D. Menguruskan undang-undang dan adat tempatan
Soalan 10: Apakah faktor yang membawa kepada penentangan Rentap terhadap Brooke di Sarawak?
A. Perlucutan jawatan
B. Penghapusan petempatan
C. Pelaksanaan sistem cukai
D. Pembinaan balai polis
Soalan 11: Berdasarkan jadual di atas, apakah kesan terpenting perjanjian di atas?
A. British memerintah Sarawak
B. Sarawak mencapai kemerdekaan
C. Sarawak menjadi naungan British
D. Charles Brooke menerima penasihat British
Soalan 12: Antara yang berikut, apakah tanaman baharu yang diperkenalkan oleh keluarga Brooke di Sarawak?
I. Sagu
II. Getah
III. Tembakau
IV. Lada Hitam
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IV
D. III dan IV
Sila klik butang di bawah ini untuk download soalan dan jawapan ujian REQT Sarawak. Kesemua soalan mengikut format tahun 2024 ujian REQT.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392