Soalan Perangkap Psikometrik PTD

cara perkenalkan diri semasa temuduga
oleh Cikgu Khairul

Soalan ini merupakan salah satu soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik sebelum ini, mungkin ditanya kembali dalam ujian psikometrik PTD nanti.

Soalan: Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Kalau soalan ini ditanyakan kepada anda, apakah jawapan terbaik anda? Sebenarnya ramai calon terperangkap dengan soalan semudah ini.

Ramai memilih jawapan ‘sangat tidak setuju’. Alasan kenapa pilih jawapan tu sebab soalan tu nampak seolah-olah seperti tidak serius dengan tugas, suka main-main, tak ada kesungguhan.

Tapi betul ke soalan psikometrik ini semudah tu. Sebagaimana dikongsikan oleh pegawai SPA pada hari terbuka SPA sebelum ini, mereka cuba menerapkan elemen was-was dalam setiap soalan untuk calon memilih jawapan.

Bermaksud, anda pilih jawapan setuju pun rasa betul, anda pilih jawapan tak setuju pun rasa macam betul.

Tapi elemen tu tak wujud dalam soalan ini, nampak sangat mudah dan straight forward kan soalan ni?

Jawapan Berdasarkan Teori Personaliti.

Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini dibuat berdasarkan kepada teori personaliti. Bukan berdasarkan kepada jawapan positif dan tekaan semata-mata.

Inilah yang kerap berlaku pada calon psikometrik. Mereka suka buat penilaian mereka sendiri. Selalunya mereka memilih jawapan berdasarkan kepada nilai positif dan negatif semata-mata, tanpa hala tuju.

“Jadi cikgu, soalan tu nak cungkil karakter apa sebenarnya?”

Kalau anda nak tahu, soalan ini hanya nak cungkil bagaimana seseorang bersosial sahaja. Dalam psikologi, karakter manusia akan dipecahkan kepada dua kategori utama untuk kategori ini. Iaitu golongan introvert dan extrovert.

Karakter yang terdapat dalam soalan ini mencerminkan..

  • Suka berinteraksi dengan orang lain (sociability).
  • Bersemangat dan aktif dalam aktiviti berkumpulan (energy & enthusiasm).
  • Mencari keseronokan dalam pengalaman sosial (fun-loving).

Ini selari dengan ciri utama extrovert, iaitu lebih fokus kepada keseronokan dan interaksi sosial berbanding pencapaian peribadi atau persaingan serius.

“Jadi cikgu, saya kena pilih jawapan sangat setuju ke?”

Jawapan tu bergantung kepada karakter diri masing-masing. Sebab tujuan ujian ini hanyalah nak tahu karakter diri calon yang sebenar sahaja.

Kalau anda rasa tak bersetuju dengan soalan ini, itu bermaksud terdapat satu ciri-ciri introvert dalam diri anda. Jawapan anda nanti akan trigged satu signal introvert dalam profil personaliti anda.

Jika anda bersetuju pula, itu bermaksud wujud satu ciri-ciri extrovert dalam diri anda. Akan trigged satu signal extrovert dalam profil personaliti anda nanti.

“Saya rasa takut la cikgu nak pilih jawapan setuju, nanti nampak saya ni tak bersungguh-sungguh dalam pekerjaan”.

Dalam ujian psikometrik, satu soalan hanya mencungkil satu kategori sahaja. Untuk mencungkil tahap kesungguhan seseorang, akan ada satu kategori lagi, iaitu kategori kehematan.

Contohnya seperti soalan di bawah ini:

Soalan: Saya akan berlatih bersungguh-sungguh sebelum pertandingan untuk memastikan saya menang.

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Soalan ini lebih jelas menfokuskan pada kategori kehematan, disebabkan mempunyai elemen kesungguhan dan tak ada elemen fun-loving dalam soalan ini.

Untuk soalan yang melibatkan elemen fun-loving, kategori paling dominan adalah kategori sosial. Atau lebih tepat lagi mencerminkan karakter seorang extrovert.

“Kalau dinilai kepada personaliti ideal seorang PTD pula bagaimana cikgu? Adakah seorang PTD perlu cenderung ke arah sosial?”

Ya, kena ada kecenderungan ke arah sosial. Ini disebabkan skop tugas seorang PTD memerlukan mereka..

  • .. berinteraksi dengan ramai pihak dalam dan luar negara.
  • .. mudah bersosial dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
  • .. boleh bekerja dalam pasukan dengan baik.

Jadi, maksudnya dekat sini, seorang PTD kena ada sifat fun-loving ke cikgu? Nampak macam negatif pulak saya tengok karakter PTD ni”

Jika anda rasa soalan ini nampak negatif, itu tandanya soalan ini cuba ditanya dari sisi negatif karakter extrovert. Apa-apa karakter sekali pun, sama ada introvert ataupun extrovert, tetap akan nampak negatif jika soalan itu ditanya dari sudut negatif.

Introvert ada sikap negatif dan positif. Extrovert pun ada sikap negatif dan positif. Tiada golongan yang bersifat lebih baik daripada golongan yang lain. Sebab itulah hakikat sebenar manusia.

Bagi anda yang mempunyai kecenderungan semulajadi ke arah extrovert, soalan ini bakal menguji tahap pendirian anda terhadap karakter anda sendiri. Jika anda tak ada pendirian, anda pasti terperangkap dengan soalan ini.

Anda Belajar Sesuatu?

Anda dapat belajar bagaimana soalan yang mudah boleh mempengaruhi skor seseorang dalam ujian psikometrik?

Kesilapan ramai calon, mereka cuba menilai soalan dengan kefahaman mereka sendiri. Sehinggakan mereka terlupa, setiap soalan dalam ujian psikometrik dinilai kepada teori personaliti, bukan dinilai kepada jawapan positif atau tekaan semata-mata.

Saya ada sediakan koleksi soalan psikometrik PTD, 200 soalan sehingga 800 soalan. Lengkap dengan ulasan jawapan berpandukan kepada tiga teori personaliti ideal PTD.

Sila klik butang di bawah untuk download.

Copyright © 2025 Cikgu Kerjaya