Soalan ini merupakan salah satu soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik PTD, pada ujian sebelum ini.
Soalan: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Agak-agak anda, karakter apakah yang cuba dicungkil disebalik soalan ini?
Ada calon keliru, sebab soalan tu bertanya tentang kecenderungan seseorang membuat keputusan berasaskan apa.
Adakah keputusan itu dibuat berasaskan fakta, tapi kenapa tiba-tiba ada gerak hati pulak kan? Kan gerak hati ni bermaksud kemungkinan, kan dah bercanggah dengan fakta tu tadi.
Tak ke pernyataan itu bercanggah? Atau pihak SPA yang tersilap dalam buat soalan?
Agak-agak anda, soalan ini nak cungkil karakter apa?
Kalau anda nak tahu, soalan ini sebenar cuba mencungkil karakter keterbukaan.
Yeke keterbukaan, tapi kenapa?
Soalan ini mengetengahkan kecenderungan seseorang untuk mempertimbangkan empat perspektif berbeza dalam proses membuat keputusan.
Pendekatan pelbagai sudut ini amat menepati karakter seorang PTD. Di mana PTD perlu mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu isu dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.
Jika anda memilih jawapan ‘Sangat Setuju’, ini menunjukkan tahap keterbukaan anda yang tinggi.
Sebaliknya, individu dengan skor keterbukaan yang rendah lebih cenderung untuk menilai sesuatu perkara dari satu perspektif sahaja.
Saya ada sediakan lagi extra soalan dan ulasan jawapan seperti ini. Saya bongkarkan apakah karakter dalam setiap soalan, antaranya:
Jika anda tahu setiap kategori soalan, jawapan anda pasti akan lebih konsisten. Nanti anda boleh download dengan klik butang di bawah ini.