Soalan di bawah ini merupakan soalan ujian psikometrik yang pernah ditanya dalam ujian baru-baru ini. Ramai calon rasa keliru dengan apa yang cuba soalan ini cungkil dalam diri mereka. Nak pilih setuju pun rasa positif, nak pilih tak setuju pun rasa positif.
Soalan 1: Seseorang yang membayar balik wang yang dia curi daripada syarikat harus dipecat.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
“Jawab je tidak setuju. Bagi kita mencuri memang patut dibuang tapi bagi yang buat soalan ni dia ada sebab kenapa dia buat soalan macam tu. Lagi pun kena tahu government payah nak buang pekerja. Sebab dia ada tatatertib, habis kuat kena tukar tempat kerja je”, – calon psikometrik 1.
“Tapi soalan ini melibatkan intergriti, salahlaku berat. Salahlaku ada dua kategori dalam buku peraturan disiplin. Salahlaku ringan dan salahlaku berat. Soalan macam ni dalam kategori salahlaku berat dan wajib dipecat. Jawapan sangat setuju”, – calon psikometrik 2.
“Government tak mudah nak buang pekerja seandainya tak ada bukti. Kalau kes gini rasanya masih ada budi bicara. Jawapan tidak setuju”, – calon psikometrik 3.
“Sangat setuju sebab dalam menjalankan tugas kena ada sikap amanah”, – calon psikometrik 4.
Di atas ini merupakan komen calon apabila ditanya soalan ini kepada mereka. Setiap orang ada pendapat mereka sendiri dan pendapat mereka ini berbeza-beza mengikut kepada pendirian mereka.
Soalan-soalan di bawah ini pula digunakan dalam mengesahkan jawapan anda pada soalan 1 di atas.
Anda bebas nak pilih jawapan apa sekalipun. Tapi ingat, sejauh mana kebenaran jawapan anda itu boleh dinilai balik melalui konsisten dalam jawapan.
Soalan 2: Saya suka membuat keputusan berdasarkan nilai peribadi dan prinsip moral.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Soalan 3: Kebenaran dan keadilan adalah lebih penting daripada mempertimbangkan perasaan individu dalam membuat keputusan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Ketika membuat keputusan, saya sentiasa mempertimbangkan nilai peribadi saya dan kesan keputusan itu kepada orang lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Soalan 5: Apabila menangani sesuatu masalah, saya cenderung untuk mempertimbangkan akibat dan hasil yang mungkin terjadi.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju
Agak-agak anda, sikap apa sebenarnya cuba dicungkil melalui soalan ini? Dan jawapan apa yang terbaik untuk soalan ini? Bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten?
Nak tahu? Sila klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.
(Password Protected)
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.