Huraian Jawapan.

Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Kalau anda perasan, ada banyak soalan berkaitan negara ditanya dalam ujian psikometrik baru-baru ini. Adakah pihak SPA nak uji semangat patriotik dalam ujian kali ini? Adakah semangat patriotik sangat-sangat diperlukan untuk jawatan kali ini? Itu menjadi persoalan.

Ramai calon rasa keliru nak pilih jawapan apa yang paling betul. Kalau ikutkan kepada ujian psikometrik itu sendiri, memang ianya dicipta untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri calon.

Tujuannya adalah satu, nak uji tahap pendirian calon itu sendiri. Jika pendirian calon itu teguh, memang tak ada masalah bagi mereka walau bagaimana bentuk soalan pun ditanyakan kepada mereka.

Apa Kata Calon?

Jom kita tengok apa pendapat calon tentang soalan ini.

“Untuk jawab soalan ni, anggap saja tuan² sebagai penjawat awam. Sebagai penjawat awam, setiap polisi kerajaan wajib untuk di sokong. Itulah akujanji ketika angkat sumpah jawatan” – Aryan.

“Polisi tu maksudnya rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi. Go basic la to Rukun Negara iaitu kesetian kepada raja dan negara. Negara tu highlight situ. Sangat tidak setuju” – Nurul.

“Sangat setuju. Sebab tak ada yang perfect atas dunia ni. Even kerajaan sendiri pun ada buat kesilapan. Kalau tak, dah lama negara kita jadi negara maju” – Sally.

“Sebagai rakyat Malaysia, tidak boleh lawan atau bersikap negatif apa dasar yang kerajaan lakukan. Sebagai penjawat awam kena la terima polisi² yang kerajaan kenalkan” – Shawn.

“Rosak negara kalau rakyat ikut membabi buta semua polisi kerajaan. Kalau ikut kepada realiti, kerajaan negara kita ni dah banyak kali bertukar. Dan inilah normal kepada sistem pemerintah negara. Trick soalan ni, rakyat kena bijak. Bukan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Sangat setuju” – Aiman.

“Sangat setuju. Polisi kerajaan ni tak semestinya betul. Contoh mudah boleh tengok pada perlaksanaan GST. Dulu negara kita pernah guna pendekatan GST, kemudian dimansuhkan konon² nya GST ni membebankan rakyat. Dan hari ini, kerajaan nak meneliti balik keberkesanan GST. Rakyat kena pandai menilai, kuasa memilih ada dalam tangan kita” – Zainal.

Tak Ada Salah, Betul.

Inilah yang bakal berlaku apabila sesuatu soalan psikometrik itu cuba untuk dibincangkan. Akan ada bermacam-macam pendapat, dan setiap pendapat itu ada betulnya.

Sama ada anda setuju ataupun tidak setuju, tak ada jawapan salah ataupun betul. Sebab ini hanyalah pendapat peribadi. Tujuan utama soalan ini hanyalah nak tahu bagaimana anda berfikir sahaja.

Dalam skop penilaian ini, manusia akan terbahagi kepada kepada beberapa kategori utama. Keteguhan pendirian anda dalam setiap kategori inilah bakal menentukan sejauh mana konsisten jawapan anda.

Anda mahukan lagi soalan seperti ini? Jom klik butang di bawah untuk download.

Soalan Uji Pendirian.

Di bawah ini pula soalan yang digunakan dalam menguji tahap pendirian calon. Adakah pendirian itu betul-betul wujud dalam diri mereka, ataupun mereka sekadar mengada-adakan pendirian yang tak wujud.

Soalan 2: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 3: Sokongan terhadap usaha ke arah perubahan yang positif merupakan cara saya menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 4: Saya percaya negara kita sudah berada di landasan yang betul, kita tidak memerlukan sebarang perubahan tambahan.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 5: Saya tidak merasakan keperluan untuk menyatakan pandangan saya mengenai dasar negara, apa yang penting ialah kita mengikut sahaja dasar yang sudah ada.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 6: Mengkritik negara kita Malaysia, walaupun dengan niat yang baik, adalah tindakan yang saya tidak sokong.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Anda rasa keliru tak dengan soalan ini? Kalau pendirian anda teguh, sepatutnya tak akan keliru. Sebab setiap soalan tu hanya tanya pendapat peribadi. Reference setiap soalan adalah diri anda sendiri.

Ada soalan perlu setuju, ada soalan perlu tak setuju. Daripada situ akan menentukan sama ada jawapan seseorang calon itu konsisten ataupun tidak. Dan jawapan anda nanti bakal menentukan siapakah anda sebenarnya di mata pihak SPA.

Saya ada huraikan secara terperinci personaliti disebalik soalan ini. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.