Huraian Jawapan.

Soalan 1: Sekali-sekala saya ketawa kepada jenaka yang berunsur lucah

A. Ya
B. Tidak

Saya pasti mesti ramai kan akan pilih tidak setuju untuk soalan ini. Soalan pun straight forward dan nampak dengan jelas sikap negatif tu. Tapi adakah pihak SPA saja-saja nak tanya soalan mudah macam ini kalau tak ada perangkap menanti anda?

Pertama sekali, anda perlu jelas dengan soalan. Soalan hanya memberikan pernyataan adakah anda ketawa kepada jenaka berunsur lucah. Kata kunci dekat situ adalah ‘berunsur lucah’. Bukannya jenaka lucah. Ada perbezaan yang ketara dekat situ. Kata kunci kedua ialah ‘ketawa’. Ketawa dekat sini bermaksud bukan anda yang mengeluarkan idea jenaka lucah itu, tapi orang lain. Anda hanya ketawa dan ada perbezaan dekat situ.

Nak mudah anda faham, jenaka berunsur lucah ini dalam kata mudah ialah lawak double meaning. Disebabkan adanya ‘double meaning’ dekat situ, ada kemungkinan sesetengah orang sahaja yang akan faham dengan lawak ini. Dan ada kemungkinan sesetengah orang tak akan faham dengan lawak bersifat ‘double meaning’ ini.

Jadi, adakah soalan ini nak menguji sama ada individu itu seorang pendengar yang baik ataupun tidak? Pendengar yang baik pula merupakan ciri-ciri seorang pengikut yang baik. Adakah soalan ini nak cungkil sikap seorang pengikut? Adakah ini trick disebalik soalan ini?

Ada kemungkinan. Apa pun alasannya, soalan ini hanyalah nak menguji sejauh mana tahap konsisten anda memilih jawapan sahaja. Selalunya soalan seperti ini digunakan untuk mengesahkan jawapan yang telah anda jawab pada soalan sebelum ini.

Soalan yang mempunyai penilaian yang sama cuba ditanya kembali dalam soalan 1 ini. Disebabkan jelas lagi terang soalan ini bersifat negatif, dekat sini pihak SPA menggunakan kesempatan untuk menguji sejauh mana kebenaran jawapan-jawapan anda sebelum soalan ini.

Dan selalunya soalan straight forward seperti ini diletakkan pada bahagian akhir soalan. Jika ada 199 soalan, soalan ini akan berada pada kedudukan 180. Apa jawapan yang paling tepat untuk pernyataan ini? Kalau anda nak tahu…

[bersambung di bawah…]

Kenapa Asyik Gagal Ujian?

Tahu tak kenapa ramai calon gagal ujian psikometrik? Gagal yang berulang-ulang. Tahu kenapa? Jom saya kongsikan kesilapan berulang yang kerap dilakukan calon. Sila klik butang di bawah untuk membaca. 

[…sambungan]

Kalau anda nak tahu, pernyataan ini bukanlah nak tahu anda ini suka jenaka berunsur lucah ataupun tidak. Tapi, nak tahu sikap disebalik suka jenaka itu. Terdapat EMPAT SIKAP yang cuba dicungkil melalui pernyataan ini.

Cuba anda tengok soalan 2 di bawah. Sikap yang sama pada soalan 1 cuba ditanya balik dalam soalan 2. Pastikan pendirian anda terhadap soalan 1 selari dengan soalan 2. Kalau tak, memang mudah pihak SPA nak tahu anda ni cuba untuk menipu ataupun tidak.

Soalan 2: Saya telah memikirkan kesan apabila membuat sesuatu keputusan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Mungkin anda yakin soalan 1 itu bersifat negatif. Tapi bagaimana pula dengan soalan 2 tu? Bagaimana nak memastikan jawapan nombor 2 selari dengan jawapan nombor 1?

Anda perlu berhati-hati disebabkan soalan psikometrik ini boleh tahu anda berlaku jujur ataupun tidak ketika menjawab soalan. Ianya boleh diketahui berdasarkan kepada pendirian anda dalam setiap soalan. Konsisten ataupun tidak konsisten.

Jadi, apa sebenarnya persamaan dalam kedua-dua soalan ini? Anda dapat kesan tak sikap apa yang cuba dicungkil tu? Jom baca huraian jawapan dengan klik butang di bawah ini.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392