Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya selesa apabila bersama orang setaraf dengan saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Nampak macam soalan ni macam negatif je kan? Sebab suka berkawan dengan orang-orang tertentu sahaja. Nampak macam suka memilih kawan. Kalau dinilai daripad sudut positif, orang yang suka memilih kawan ni kan menunjukkan seseorang itu suka berhati-hati dalam berkawan. Bukankah itu sikap positif?

Kalau anda nak tahu, sikap positif dan negatif itu bukanlah tujuan utama soalan ini ditanyakan kepada anda. Boleh saya katakan, tiada unsur positif ataupun negatif langsung dalam soalan ini. Tujuan utama soalan ini adalah untuk kategorikan anda kepada golongan tertentu sahaja, dan tak lebih daripada itu.

Sama ada anda nak menyokong ataupun membangkang pernyataan ini, itu hak anda. Anda berhak untuk memilih jawapan apa sekalipun selagi mana jawapan itu mencerminkan perwatakan sebenar anda. 

Tapi, pihak SPA boleh mengesan sejauh mana kebenaran jawapan pada soalan 1 ini. Dengan menggunakan soalan yang sama kategori untuk mengesahkan pendirian anda, sama ada pendirian itu selari ataupun bercanggah.

Dalam kategotri penilaian ini, soalan 2, 3 dan soalan 4 di bawah diguna untuk mengesahkan pendirian anda dalam soalan 1. Adakah jawapan tu menggambarkan diri sebenar anda ataupun tidak.

Soalan 2: Semasa sambutan majlis hari jadi, kadangkala saya berasa bosan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?

Jom jawab koleksi kuiz psikometrik. Klik butang di bawah untuk download. 

Soalan 3: Ramai kenalan mengatakan mereka memerlukan masa yang singkat untuk mengenali diri saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya gemar berbual panjang dengan orang yang sama minat dengan saya sahaja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Tips untuk lulus ujian psikometrik ini ialah anda perlu tetapkan pendirian anda ke arah satu perwatakan sahaja. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dengan memastikan jawapan anda selari antara satu sama lain.

Jika anda boleh tetapkan pendirian anda, corak perwatakan anda akan menjadi lebih terarah. Jika jawapan anda tiada pendirian, corak perwatakan anda akan menjadi bercelaru seperti perwatakan individu yang tiada identiti diri.

Nak tahu tak perwatakan apa yang cuba dicungkil melalui keempat-empat soalan ini? Dan bagaimana nak pastikan jawapan kepada empat soalan ini tidak bercanggah antara satu sama lain? Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan lengkap.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392