Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya sanggup berhutang untuk membantu kumpulan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Terdapat dua isu yang cuba dibangkitkan dalam soalan ini. Isu semangat berpasukan dan isu cara pemikiran.

Saya pilih sangat kerap sebab saya rasa soalan tu nak uji semangat kerjasama. Tak semua orang sanggup berhutang demi membantu kumpulan dia. Kalau orang tu sanggup berhutang, memang dia ada sikap kerjasama.. kan cikgu?“, – calon psikometrik 1.

Saya tak rasa dengan berhutang boleh menunjukkan semangat kerjasama. Ada banyak lagi cara untuk untuk buktikan semangat kerjasama tu. Bagi saya, orang yang suka berhutang ni orang yang pendek akal. Fikir jalan mudah je nak selesaikan masalah. Jadi saya pilih jawapan tak pernah“, – calon psikometrik 2.

Kalau anda nilai kedua-dua pendapat ini, memang semuanya betul. Tak ada yang salah. Sokong pun betul, bangkang pun betul. Jadi, jawapan apa yang paling positif?

[bersambung di bawah…]

Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?

Jom download ebook koleksi soalan psikometrik ini secara percuma. Klik butang di bawah untuk download. 

[…sambungan]

Soalan 1 tadi tak terhenti dekat situ saja, soalan 2 dan soalan 3 digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 1. Adakah pendirian anda pada soalan 1 selari dengan pendirian pada soalan 2 dan soalan 3?

Soalan 2: Teguran boleh mengakibatkan perhubungan persahabatan terputus.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya menerima pandangan kumpulan walaupun bercanggah dengan prinsip hidup saya.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Sila pastikan pendirian anda pada soalan 1, 2 dan 3 tidak bercanggah antara satu sama lain. Sekiranya ada percanggahan jawapan, itu cukup membuktikan adanya kecelaruan identiti dalam diri anda.

Untuk ujian psikometrik, kecelaruan identiti ini selalunya berpunca daripada sikap calon yang cuba untuk menipu dalam menjawab soalan. Contohnya jika soalan tanya pasal sikap menepati masa, mereka tak ada pun sikap tu dalam diri. Tapi mereka cuba untuk ada-adakan sikap tu. Kesannya, pendirian mereka menjadi tak konsisten dan jawapan saling bercanggah antara satu sama lain.

Saya bukan apa. Saya perhatikan ramai calon salah anggap bahawa nak lulus ujian psikometrik ni kena pandai menipu. “Kau jujur sangat, sebab tu lah kau gagal“, kata Ali kepada Syirah. Maksudnya ujian ini nak uji kehandalan seseorang calon tu dalam menipu ke? Kerajaan nak cari calon yang pandai menipu ke? Kan pelik tu. 

Disebabkan salah faham inilah ramai calon cuba untuk menipu. Puncanya disebabkan terpengaruh dengan kata-kata individu yang tak berintegriti. Mereka lupa yang ujian ini boleh mengesan jawapan menipu mereka.

Anda boleh baca huraian jawapan dengan klik butang di bawah. Saya kongsikan bagaimana tiga soalan ini boleh berkait dan sikap apa yang sebenarnya cuba dicungkil tu.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392