Soalan 1: Saya ketawa kuat apabila menonton babak lucu.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Ramai calon termasuk perangkap disebabkan soalan ini. Disebabkan ketawa secara berlebihan, seolah-olah tidak menjaga adab.
Kalau anda nak tahu, soalan ini sebenarnya cuba mencungkil karakter extrovert daripada sudut negatif.
Dua sebab mengapa soalan cuba mencungkil kecenderungan extrovert.
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini tidak mencari jawapan siapa positif dan jawapan siapa negatif.
Ujian ini hanyalah berfungsi untuk mencungkil kecenderungan karakter sahaja.
Kiranya soalan ini dalam kategori bagaimana seseorang itu bersosial. Dalam kategori sosial, akan ada tiga kategori utama. Iaitu, introvert, ambivert dan extrovert.
“Jadi cikgu, kategori mana paling positif?”
Jangan ditanya kategori mana yang positif. Ini disebabkan setiap karakter ada sisi baik dan sisi buruk mereka sendiri.
Dan ujian ini pula bukanlah mencari kesempurnaan dalam berkarakter. Ujian ini hanyalah mencari kesesuaian karakter individu dengan jawatan sahaja.
‘Kesempurnaan’ dan ‘kesesuaian’. Dua perkara yang berbeza.
Jika anda bersetuju dengan pernyataan di atas, itu akan memberi satu signal bahawa ada satu ciri-ciri extrovert dalam diri anda.
“Jadinya, kalau saya setuju, bermaksud saya ni extrovert ke cikgu?”
Bukan macam tu, jangan salah faham. Satu jawapan tidak dapat membentuk apa-apa karakter dalam ujian psikometrik.
Untuk membentuk satu profil personaliti, kesemua jawapan dalam kategori sosial perlu dikumpul semua.
Jika ada 50 soalan dalam kategori sosial, 50 jawapan daripada soalan itu nanti akan memberi 50 signal ke arah introvert dan ke arah extrovert.
Untuk menentukan seseorang itu introvert ataupun extrovert, ianya dinilai berdasarkan kepada kecenderungan jawapan.
Jika jawapan seseorang itu memberi signal 40 ke arah introvert, dan 10 signal ke arah extrovert, itu bermaksud karakter seseorang itu dominan ke arah introvert. Dan begitulah sebaliknya.
Jika wujud keseimbangan antara signal introvert dan extrovert, itu bermaksud seseorang itu cenderung ke arah ambivert.
Anda belajar sesuatu daripadi perkongsian ini? Mahukan extra soalan dan huraian jawapan seperti ini untuk mengelakkan salah faham anda tentang perkara yang diuji dalam setiap soalan?
Jom klik butang di bawah untuk download koleksi soalan dan jawapan di bawah ini.