Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya cuba untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apa agaknya yang cuba dicungkil melalui soalan ini? Kenapa perlu menilai daripada pendapat orang lain? Kenapa tak boleh nak nilai sendiri?

Adakah soalan ini nak uji tahap keyakinan diri seseorang? Ataupun nak uji seseorang tu boleh terima pendapat orang lain atau tidak?

“Kalau saya, saya tak perlu tahu pendapat orang lain. Kalau hidup kita ni asyik nak fikir apa yang orang lain kata, sampai bila-bila pun tak akan jadi kerja tu”, – calon psikometrik 1.

“Kadang-kadang kena fikir jugak apa orang lain nak kata. Mungkin orang lain nampak apa yang kita tak nampak. Kalau nak ikut kata hati sendiri je, nanti macam jadi syok sendiri pulak”, – calon psikometrik 2.

Inilah yang berlaku apabila anda bertanyakan tentang pendapat kepada orang lain. Jika anda tanya kepada 100 orang, akan ada 100 alasan yang diberikan. Samalah juga dengan ujian psikometrik, jawapan dalam ujian ini hanyalah pendapat individu sahaja.

(bersambung di bawah…) 

Koleksi Kuiz Psikometrik.

Anda dah betul-betul yakin kan lulus ujian nanti? Jom uji perwatakan diri anda dengan sembilan kuiz psikometrik ini. Anda pasti akan tahu tahap persediaan diri anda nanti.

Apa yang paling penting dalam ujian ini adalah pendirian. Anda perlu tonjolkan pendirian anda ke arah satu perwatakan. Ianya penting dalam membuktikan dalam diri anda ini wujudnya satu pendirian yang tetap.

Cuba anda tengok pada soalan 2, 3 dan soalan 4 di bawah ini. Soalan 1, 2, 3 dan 4 ini di bawah ini sebenarnya berada dalam kategori yang sama. Bagi membuktikan dalam diri anda itu wujudnya pendirian, anda kena pastikan setiap jawapan anda pilih itu tidak bercanggah antara satu sama lain.

Soalan 2: Saya sedia membantu menyelesaikan tugas rakan saya yang tidak dapat hadir bekerja.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya memberikan banyak pujian dan galakkan kepada orang lain.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Pesanan ibu bapa boleh membantu saya dalam membuat keputusan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih ini bakal membentuk corak perwatakan. Jawapan itu akan mencerminkan diri anda adakah seorang yang tegas, adakah bertimbang rasa, adakah boleh menyimpan rahsia, adakah boleh berdikari, adakah memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan, dan banyak lagi. Jika corak perwatakan anda itu menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan, anda akan diluluskan.

Memang tidak dinafikan ada sesetengah calon yang menipu akan lulus dalam ujian ini. Tapi bagi saya, ianya lebih kepada memenatkan sahaja. Di hari temuduga sepastinya panel temuduga akan tahu perwatakan sebenar anda. Panel temuduga ini semuanya berpangkat dato, tan sri, pastinya mereka dah ada banyak pengamalan dalam menemuduga calon.

Jika panel temuduga ini dapat tahu perwatakan yang anda tonjolkan dalam ujian psikometrik tidak sama dengan perwatakan sebenar anda di hari temuduga, pastinya anda akan digagalkan. Apa yang anda dapat hanyalah penat. Kalau jawatan tu melibatkan ujian fizikal, anda akan buang banyak masa dan tenaga sahaja. Itulah pentingnya kejujuran ketika menjawab ujian psikometrik.

Agak-agak anda, jawapan apa paling konsisten dan paling positif? Jom klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan lengkap cara memilih jawapan yang konsisten.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392