Saya Dah Jawab Positif, Tapi Kenapa Masih Gagal?

“Cikgu, setiap kali saya dapat panggilan ujian psikometrik, saya dah jawab positif sehabis mungkin dah. Tapi tak pernah pun nak lulus. Tak tahu dah nak jawab positif macam mana lagi”

– Calon psikometrik.

Satu salah faham TERBESAR dalam ujian psikometrik ialah calon fikir ujian ini nak cari calon mana yang paling positif. Makin positif, makin tinggi peluang nak lulus.

Tapi Betul Ke Macam Tu?

Sebenarnya salah pemahaman macam tu.

Ujian ini dibuat hanyalah nak mendapatkan data personaliti calon. SPA nak kenal perangai sebenar calon. Sama ada calon itu positif ataupun negatif, itu bukanlah keutamaan dalam ujian ini.

Selagi karakter diri anda bersesuaian dengan karakter yang dikehendaki oleh ketua jabatan, dekat situ anda ada peluang nak lulus.

Sekiranya karakter diri anda tak menepati kriteria yang dikehendaki oleh ketua jabatan, anda jawab positif tahap dewa sekalipun tetap akan digagalkan.

Jom tengok dua contoh soalan ni bagi memudahkan pemahaman anda.

Soalan 1: Saya mudah menyesuaikan diri untuk perubahan dan boleh bertindak secara spontan.

Soalan 2: Saya suka merancang setiap tugasan dari mula sehinggalah ke akhir tugasan itu disiapkan.

Kalau tengok pada dua soalan di atas ini memang positif kan? Tapi hati-hati, sebab karakter yang terdapat dalam dua soalan ini saling berlawanan antara satu sama lain.

Kenapa?

Karakter 1: Cenderung ke arah fleksibel. Ciri: spontan, bebas, santai, adaptasi.

Karakter 2: Cenderung ke arah ketetapan. Ciri: perancangan, terurus, berjadual, kepastian.

Nampak tak kat situ, bagaimana soalan psikometrik ini berjaya mengganggu pendirian seseorang dengan hanya menggunakan soalan bersifat positif.

Apabila pendirian anda terganggu, jawapan anda pun tak akan konsisten. Jawapan akan menghasilkan satu profil karakter yang saling bercanggah antara satu sama lain.

Kejap cenderung ke arah fleksibel, kejap lagi cenderung ke arah ketetapan. Langsung tak ada pendirian. Seperti sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Karakter Mana Paling Baik?

“Habis tu cikgu, karakter mana paling baik? Karakter fleksibel ke cikgu?”

– Calon psikometrik.

Ini merupakan satu soalan paling kerap ditanyakan kepada saya apabila saya buat perbandingan karakter. Ia berpunca daripada calon yang tak faham bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi.

Sebenarnya tak wujud mana-mana karakter yang bersifat lebih baik. Setiap karakter mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri.

Yang menentukan seseorang calon itu lulus atau gagal bukan disebabkan karakter diri mereka itu positif ataupun negatif. Tapi disebabkan oleh karakter yang terhasil daripada jawapan pilihan itu menepati ataupun tidak menepati kriteria karakter yang dicari oleh ketua jabatan.

Lain Jawatan, Lain Karakter

Setiap jawatan mempunyai kriteria karakter yang berbeza-beza dengan jawatan lain. Persoalannya sekarang, ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersifat fleksibel ataupun bersifat ketetapan untuk jawatan kali ini?

Jika ketua jabatan mahukan calon yang bersifat fleksibel, calon yang bersifat ketetapan akan digagalkan untuk ujian kali ini. Dan begitulah sebaliknya.

Anda faham tak bagaimana penilaian psikometrik ini berfungsi? Jika anda mahukan soalan seperti ini lagi, boleh klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.