Pengalaman Lulus Ujian Psikometrik SPA

oleh Normayati Zainuddin
(Calon Ujian SPA)

Pengalaman Lulus Ujian Psikometrik SPA – Salam semua. Hari ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku masa jawab ujian psikometrik. Pertama sekali, aku perkenalkan diri dulu, aku Normayati. 

Yang sebenarnya, aku dah banyak kali ambil ujian psikometrik ni. Rezeki aku, ujian psikometrik yang kelima barulah aku lulus.

Rasa nak putus asa..

Sebelum ini aku akui banyak salah faham pasal ujian psikometrik. Banyak juga aku ikut tips daripada calon yang lulus, dekat youtube, dekat facebook, dekat tiktok. Tapi tak pernah pun nak lulus. 

Kadang-kadang tu rasa nak putus asa je nak kerja kerajaan ni. Sampai lah aku faham tentang realiti sebenar ujian ni, barulah aku tahu kenapa ujian-ujian sebelum ni aku ambil boleh gagal.

Ujian psikometrik yang aku lulus tu untuk jawatan juruteknik komputer. Jawatan gred 19. Aku ada terbaca daripada seorang cikgu ni, dia banyak kongsikan tips-tips nak jawab ujian psikometrik. 

Aku pun cuba la whatsapp cikgu ni, tanya kenapa aku ni dah banyak kali jawab ujian pun masih tak lulus-lulus lagi.

Tau tak apa pertanyaan pertama daripada cikgu ni buat aku rasa terduduk? 

Aku rasa macam sia-sia aku jawab ujian sebelum ni. Rasa macam banyak aku buang masa je jawab ujian sebelum ni.

“Cik jawab secara jujur atau secara menipu?”, tanya cikgu tu.

Aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Sebab memang aku jawab secara menipu pun. Semua jawapan yang aku pilih bukan mencerminkan diri sebenar aku pun. 

Senang cerita, semua jawapan yang aku jawab tu semuanya jawab nak tunjukkan diri aku ni seorang yang positif.

“Saya jawab secara positif cikgu”, balas aku. Tapi aku tak jawab la yang aku ni jawab secara menipu. Sebab segan juga aku nak mengaku jawab secara tipu-tipu ni.

“Jadi maksudnya cik jawab secara menipu la ya?”, tanya cikgu tu lagi.

“Ermm.. tak tahu la cikgu. Saya jawab sebaik mungkin cikgu”, balas aku cuba sembunyikan kesalahan aku tu.

“Okey, cikgu cuba tukar soalan sikit ya. Cik pilih jawapan mencerminkan diri cik ataupun tak mencerminkan diri cik?”, tanya cikgu lagi.

“Tak mencerminkan diri saya cikgu, saya jawab ikut sikap positif je cikgu”, jawab aku lagi.

“Okey, rasanya cik pun dah dapat jawapan kenapa cik boleh gagal ujian tu. Ujian ni bukannya mencari calon yang pandai menipu cik. Takkan lah pihak SPA buat ujian ni semata-mata nak cari calon yang pandai menipu kan”.

“Ujian ini hanyalah nak collect data daripada calon sahaja. Sama ada sikap cik ni positif ataupun negatif, itu bukanlah tujuan ujian ini cik.” 

“Ujian ni hanya nak tahu adakah perwatakan cik tu menepati ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan sahaja. Setiap jawapan cik pilih tu bakal mencorakkan perwatakan sebenar cik. 

Jika cik jawab secara tak jujur, itu akan membuatkan corak perwatakan cik menjadi bercelaru”.

“Itu akan menyukarkan pihak SPA nak tentukan adakah perwatakan cik menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan ataupun tidak”, balas panjang cikgu tu.

Tepuk dahi lagi aku..

Cikgu tu siap bagi contoh soalan lagi nak bagi aku faham.

“Soalan ‘saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata’ tu cik jawab apa?”, tanya cikgu tu kat aku.

“Saya jawab sangat setuju cikgu. Sebab itu menunjukkan saya ni seorang yang mendengar arahan cikgu”, balas aku.

“Soalan ‘saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula’ pula cik jawab apa?”, tanya cikgu tu lagi.

“Saya jawab tidak pernah cikgu. Sebab kalau meninggalkan majlis itu menunjukkan saya ni tak ada adab cikgu”, balas aku dengan yakin.

“Okey.. Nampaknya ada kecelaruan dalam jawapan cik ni. Mungkin disebabkan cik terlalu nak tonjolkan sikap positif dalam diri cik. Kedua-dua jawapan cik tu saling bercanggah antara satu sama lain. 

Boleh nampak dengan jelas tahap kejujuran cik melalui dua jawapan ni”, jawab cikgu tu.

Banyak aku tersilap..

Panjang lagi sebenar penerangan yang cikgu tu bagi. Selepas aku dengar penerangan cikgu tu, baru lah aku tahu rupa-rupanya banyak kesilapan yang aku buat semasa jawab ujian psikometrik tu.

Buat korang yang nak ambil ujian psikometrik tu nanti, aku syorkan korang jawab je secara jujur. 

Ujian ni bukannya nak tahu korang boleh membezakan antara sikap positif atau sikap negatif pun. Tujuan ujian ni hanyalah nak tahu perwatakan sebenar korang je.

Jom aku kongsikan sikit trick disebalik soalan psikometrik yang aku jawab sebelum ni.

Soalan 1: Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Soalan ini sebenarnya nak kategorikan korang kepada individu introvertion ataupun individu extravertion je. Kalau korang pilih jawapan SETUJU, itu bermaksud korang ni cenderung kepada perwatakan introvertion. Individu introvertion ni berat mulut sebab itulah mereka lebih suka mendengar.

Kalau korang pilih TIDAK SETUJU pula, itu bermaksud korang ni cenderung kepada perwatakan extravertion. Bila korang pilih jawapan tidak setuju, korang ni suka berkata-kata. Dan itu adalah perwatakan individu extravertion.

Soalan 2: Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-Kadang
  • Tidak Pernah

Soalan ini pun sama, tujuan soalan ni hanyalah nak kategorikan korang kepada individu introvertion atau individu extravertion sahaja. 

Kalau korang pilih SANGAT KERAP, itu bermaksud korang cenderung kepada perwatakan introvertion. Individu introvertion ni tak selesa duduk lama-lama dalam majlis, sebab itulah dia balik cepat. 

Kalau korang pilih TIDAK PERNAH pula, itu menunjukkan korang ini cenderung kepada perwatakan extravertion. Sebab individu extravertion ni suka berada dalam majlis. Sebab extravertion ni rasa selesa bila dikelilingi ramai orang.

Yang menjadi masalahnya, jawapan 1 tu aku pilih sangat setuju. Jawapan soalan 2 pula aku pilih tidak pernah.

Soalan 1: Sangat setuju = Introvertion.
Soalan 2: Tidak pernah = Extravertion.

Korang nampak tak kat situ wujudnya kecelaruan identiti aku dekat jawapan tu. Sekejap aku introvertion, sekejap aku extravertion. Tepuk dahi aku bila dengar penerangan dari cikgu tu.

“Adusss… Macam mana la aku tak terfikir soalan macam ni”, bisik aku dalam hati.

Macam tu rupanya..

Cikgu tu tambah lagi, dia cakap kalau wujudnya kecelaruan dalam jawapan korang, itu bermaksud individu tu cuba untuk menipu. 

Sebab daripada sudut psikologi, individu yang tak ada pendirian ni menunjukkan individu tu cuba sembunyikan sesuatu.

Dalam ujian psikometrik, apa yang individu tu cuba sembunyikan ialah sikap sebenar dia. Sebab itulah jawapan jadi bercanggah antara satu sama lain.

“Boleh saya tahu apa yang cik faham tentang individu introvertion dengan extravertion ni?”, tanya cikgu tu.

Aku jawab lah yang introvertion ni sikap negatif. Dan extravertion pula sikap positif. Itulah yang aku faham tentang dua sikap tu.

“Oppss.. Nampaknya cik ni dah tersilap ni”, tambah cikgu tu lagi.

Cikgu tu kata, introvertion dan extravertion ini ada kekurangan dan kelebihan mereka masing-masing. Dan tak ada golongan mana yang bersifat lebih baik. 

Jika dinilai daripada sudut positif, individu introvertion lebih fokus dalam tugasan mereka kerana mereka lebih mementingkan objektif dalam setiap tindakan.

Jika dinilai daripada sudut negatif individu extravertion pula, mereka ini kurang fokus dalam tugasan mereka kerana individu extravertion ini lebih mengutamakan keseronokan dalam setiap tindakan mereka.

“Aduss.. Banyak betul aku tersilap dengan golongan introvertion ni”, bisik hati aku. Selama ini aku fikir golongan introvertion ni golongan negatif. Banyak betul dosa aku dengan golongan introvertion ni.

Tambah cikgu tu lagi, golongan introvertion dan extravertion ni saling memerlukan antara satu sama lain dalam jabatan kerajaan. 

Pegawai psikologi dilantik daripada calon yang mempunyai kecenderungan perwatakan extravertion, manakala pegawai sains pula dilantik daripada calon berperwatakan introvertion.

Kalau korang nak tahu, introvertion dan extravertion tu salah satu daripada skop penilaian dalam ujian psikometrik. 

Skop ni di bawah penilaian bagaimana seseorang calon tu bersosial. Cikgu tu cakap, ada empat lagi skop penilaian dalam ujian ni.

  • Penilaian bagaimana calon tu berfikir.
  • Penilaian bagaimana calon tu buat keputusan.
  • Penilaian bagaimana calon tu bertindak.
  • Penilaian bagaimana calon tu menguruskan tekanan.

Patutlah aku gagal..

Rupa-rupanya, banyak salah faham aku tentang ujian psikometrik ni. Aku fikir ujian ni nak uji kebolehan calon menilai sikap positif dan negatif je. Kalau difikirkan balik, macam sia-sia je aku jawab ujian sebelum ni. Memang patut dah aku gagal ujian sebelum ni.

Oh terlupa pula aku nak bagitau, cikgu yang bagi kesedaran kat aku pasal realiti sebenar ujian psikometrik ni Cikgu Khairul. 

Banyak betul soalan yang cikgu ni kongsikan dalam telegram dia. Siap ada huraian jawapan lagi. Kalau korang nak join telegram tu, boleh klik je terus dekat link ni ==> https://t.me/psikometriki

Akhir kata, aku harap korang doakan aku untuk lulus temuduga nanti. Rasa berdebar juga ni. Tarikh temuduga pun belum tahu lagi, sebab apa yang aku dengar, kena tunggu 2-3 bulan juga baru panggilan temuduga akan diumumkan.

Apa-apa pun, aku doakan agar korang pun lulus ujian psikometrik nanti. Jangan jadi macam aku, dah banyak kali gagal baru sedar diri apa kesilapan yang aku buat. 

Next time aku kongsi pengalaman aku hadir temuduga pula ya – Normayati Zainuddin.

Artikel Berkaitan: Empat Kategori Soalan Ujian Psikometrik.