Untuk soalan ini, saya gunakan empat soalan untuk mengukur tahap neuroticism dalam diri seseorang. Dalam big five personality, ianya digunakan dalam menentukan tahap kestabilan emosi seseorang.
Jadi apa itu Neurotisisme?
Neurotisisme adalah mencerminkan tahap kestabilan dan daya tahan emosi seseorang. Individu yang tinggi dalam neurotikisme cenderung mengalami emosi negatif seperti kebimbangan, kebimbangan, dan kesedihan dengan lebih kerap daripada orang lain.
Soalan 1: Saya mudah bangkit semula selepas melalui masa sukar.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Individu dengan skor rendah dalam neuroticism biasanya memiliki kemampuan yang lebih baik untuk pulih dari tekanan atau trauma dan tidak mudah terganggu oleh peristiwa negatif.
Sokong = Kecenderungan neuroticism yang rendah.
Bangkang = Kecenderungan neuroticism yang tinggi.
Soalan 2: Saya peka kepada perubahan persekitaran.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Individu dengan skor tinggi dalam neuroticism biasanya lebih sensitif atau peka terhadap perubahan. Mereka lebih cenderung merasa cemas, tertekan, atau gelisah apabila berhadapan dengan situasi atau persekitaran yang berubah-ubah.
Sokong = Kecenderungan neuroticism yang tinggi.
Bangkang = Kecenderungan neuroticism yang rendah.
Soalan 3: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Soalan 3 tidak berkaitan dengan neuroticism.
Soalan 4: Ketika bercakap di khalayak ramai, adalah penting bagi saya untuk memberi maklum balas kepada penonton.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Soalan 4 tidak berkaitan dengan neuroticism.
Soalan 5: Konsep ‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Pepatah ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’ ini membawa maksud orang yang diam jangan disangka pengecut. Kalau dilihat pada maksud ayat ini, ianya bersifat ancaman ataupun peringatan.
Cuma memperingatkan diri sendiri atau orang lain tentang lebih berwaspada melakukan sesuatu pekerjaan walaupun pekerjaan itu nampak tidak mendatangkan apa-apa bahaya.
Jika dinilai menggunakan teori big five, soalan ini dikategorikan sebagai neuroticism skor tinggi. Ini disebabkan seorang yang tinggi kecenderungan neuroticism akan lebih berwaspada dan berhati-hati dengan potensi risiko.
Sokong = Kecenderungan neuroticism yang tinggi.
Bangkang = Kecenderungan neuroticism yang rendah.
Soalan 6: Saya suka membaca subjek-subjek tertentu.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Soalan 6 tidak berkaitan dengan neuroticism.
Soalan 7: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Tidak Pernah
B. Kadang-Kadang
C. Tidak Pasti
D. Kerap
E. Sangat Kerap
Individu yang mempunyai skor tinggi dalam neuroticism cenderung merasa bimbang tentang bagaimana orang lain mungkin menilai atau bereaksi terhadap pemikiran atau perasaan mereka.
Oleh itu, mereka mungkin lebih cenderung ingin menyembunyikan pemikiran tersebut dari orang lain.
Sokong = Kecenderungan neuroticism yang tinggi.
Bangkang = Kecenderungan neuroticism yang rendah.
Soalan 8: Memakai kad matrik tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju
Soalan 8 tidak berkaitan dengan neuroticism.
Untuk menjawab soalan seperti ini, pertama sekali anda perlu jelas dengan diri anda sendiri. Kenali diri anda dalam kategori yang mana. Sama ada dalam kategori neuroticm skor rendah, serdahana ataupun skor tinggi.
Jika anda boleh kenalpasti kecenderungan neuroticism diri anda, nanti jawapan anda akan lebih konsisten.
Jawapan konsisten ke arah neuroticism skor rendah:
Soalan 1: Sokong
Soalan 2: Bangkang
Soalan 5: Bangkang
Soalan 7: Bangkang
Jawapan konsisten ke arah neuroticism skor tinggi:
Soalan 1: Bangkang
Soalan 2: Sokong
Soalan 5: Sokong
Soalan 7: Sokong
Ramai calon fikir, kecenderungan neuroticism ini merupakan personaliti negatif. Sebenarnya pemahaman macam itu tidak tepat. Setiap personaliti sama ada neuroticism skor rendah ataupun skor tinggi, semua ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
Contohnya pada soalan 2, kebolehan peka kepada perubahan persekitaran itu merupakan sudut positif individu yang mempunyai skor neuroticism tinggi.
Soalan 5 merupakan sudut positif individu neuroticism tinggi, di mana mereka lebih berhati-hati dalam tindakan mereka.
Soalan 7 pula merupakan sudut positif ke arah kerahsiaan. Mereka tidak mudah berkongsi maklumat dalam fikiran mereka dengan orang lain.
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.