Huraian Jawapan.

Soalan 1: Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tdak Setuju

Soalan 1 ini merupakan soalan tricky. Ianya digunakan dalam mengenalpasti perwatakan seseorang itu tanpa individu itu tahu apakah sikap yang cuba dicungkil melalui soalan ini.

Ianya bersifat sedikit berteka-teki. Jika anda ada sikap itu dalam diri anda, anda akan perasan apa yang hendak dicungkil melalui soalan ini. Jika anda tak perasan, itu bermaksud anda tiada sikap itu. 

Sama ada sikap itu positif ataupun negatif, itu adalah cerminan kepada perwatakan anda. Ada individu akan nampak soalan ini bersifat positif, ada juga yang nampak soalan ini bersifat negatif.

Kedua-dua pendapat ini tiada salah ataupun betul pun. Itu hanyalah pendapat setiap individu sahaja dan pendapat itu bakal mencerminkan perwatakan sebenar anda.

Soalan 2: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika anda menyokong itu bermaksud anda seorang yang mempunyai sikap ingin tahu. Jika anda membangkang pula, tak suka buat kerja sia-sia kerana kepompong rama-rama sepastinya akan menjadi rama-rama.

Kedua-dua pun positif kan? Memang susah nak buat pilihan jawapan mana yang paling tepat. Dalam ujian psikometrik sebenar pun memang ada soalan seperti ini. Terdapat dua tujuan soalan seperti ini ditanyakan kepada anda, yang pertama ialah..

[bersambung di bawah..]

Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?

Jom jawab koleksi kuiz psikometrik. Klik butang di bawah untuk jawab kuiz sekarang. 

[Sambungan..]

Soalan seperti ini berfungsi untuk:

  • Nak menggoyahkan pendirian anda terhadap sesuatu perkara. Rasa-rasa pilih ini pun positif, rasa-rasa pilih itu pun positif. 
  • Nak bagi anda berfikir panjang dalam memilih jawapan. Tanpa anda sedari, anda sudah pun membazirkan banyak masa untuk jawab satu soalan sahaja.

Itu jika dinilai dari sudut positif. Tapi bagaimana pula jika kedua-dua soalan ini dinilai daripada sudut konsisten? Kalau anda nak tahu, inilah perangkap sebenar dalam ujian psikometrik.

Soalan tidak terhenti di situ sahaja. Ada banyak lagi soalan digunakan untuk mengesahkan jawapan anda nanti. Dalam kategori penilaian ini, soalan 3, 4 dan 5 digunakan sebagai alat untuk mengesahkan jawapan anda. Adakah jawapan itu lahir daripada diri anda ataupun anda sekadar cuba mengada-adakan.

Soalan 3: Saya mahir dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya bergantung kepada pelbagai maklumat untuk mencari penyelesaian inovatif terhadap sebarang masalah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Inilah punca kenapa ramai calon gagal ujian psikometrik ini. Mereka bukannya tidak tahu sikap mana yang positif, dan sikap mana yang negatif. Sebab kesemua calon-calon yang dipanggil untuk ujian online ini semuanya terpelajar. Semuanya pandai-pandai. Jika tak, tak mungkin mereka boleh melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak SPA kan?

Punca utama kenapa mereka gagal ialah jawapan yang mereka pilih itu tak konsisten. Tak konsisten itu bermaksud jawapan saling bercanggah antara jawapan yang lain.

Nak tahu perkaitan antara soalan 1 dengan soalan 2, 3, 4 dan 5? Ada dua sikap yang cuba dicungkil melalui lima soalan ini. Anda boleh baca huraian jawapan lengkap dengan klik butang di bawah ini.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392