Huraian Jawapan.

Soalan 1: Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tapi barang dipilih oleh pembeli.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Ini merupakan soalan yang menjadi perbualan hangat setiap kali ujian psikometrik. Soalan ini dah banyak kali ditanyakan kepada calon. Apa sebenarnya sikap yang cuba dicungkil melalui soalan ini? 

Saya pernah bertanyakan kepada calon psikometrik pasal soalan ini, ada yang setuju, ada yang pilih tak setuju. Aikk.. Kenapa jawapan berbeza? Sedangkan soalan hanyalah satu.

“Sepatutnya penjual tu kenalah bersikap jujur ketika menjual. Kalau penjual tu tak memilih barang dulu sebelum menjual, tu bermaksud penjual tu tak bertanggungjawab. Nak untung semata-mata”, – calon psikometrik 1.

“Sepatutnya pembeli lah yang patut bersikap berhati-hati. Sebagai pembeli, mereka ada pilihan untuk membeli atau tak. Kalau rasa penjual tu tak jujur, pembeli tu boleh beli daripada penjual yang lain. Kuasa membeli kan ada pada tangan mereka.. betul tak jawapan saya cikgu?”, – calon psikometrik 2.

[bersambung di bawah…]

Dapat Panggilan Ujian Psikometrik?

Jom download ebook koleksi soalan psikometrik ini dalam memastikan anda boleh lulus ujian itu nanti. Klik butang di bawah untuk download.

[…sambungan]
 

“Tak tahu la saya cikgu, buat pening kepala saya je nak pikir soalan ni. Saya pilih jawapan tak pasti je la sebab saya sendiri pun tak pasti.. hihi. Orang cakap kalau benda tak pasti ni kita tak boleh kongsi.. kan cikgu?”, – calon psikometrik 3.

Bila saya fikir balik, ada betul juga alasan tu. Nampak tak kat situ? Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing. Dan setiap pendapat mereka tu ada betulnya juga. Jadi, macam mana nak pilih jawapan yang paling positif?

Soalan 2 dan soalan 3 di bawah ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda dalam soalan 1. Adakah pendirian anda dalam soalan 1 itu sama dengan pendirian dalam jawapan soalan 2 dan 3. Jika pendirian itu selari, itu bermaksud sikap yang cuba diuji itu betul-betul wujud dalam diri anda. Jika pendirian itu bercanggah, itu bermaksud wujudnya ketidakjujuran dalam diri seseorang itu ketika menjawab soalan.

Soalan 2: Saya tidak kisah jika tidak mempunyai panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya akan bertanya kepada orang lain di mana majlis itu di adakan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Anda pilih jawapan apa? Adakah jawapan anda itu akan selari antara satu sama lain ataupun bercanggah? Jom saya kongsikan kepada anda trick sebenar soalan ini. Ianya tak lah serumit mana pun.

Objektif soalan ini hanyalah nak uji tahap konsisten pendirian anda sahaja, tak lebih daripada itu. Tapi, pendirian yang macam mana tu? Sila klik butang di bawah ini untuk akses huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392