Huraian Jawapan.

Soalan 1: Peribahasa ‘gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah’ bertepatan dengan kesan peperangan antara negara di mana pemerintah yang berebut kuasa, rakyat yang terpaksa menanggung kesengsaraan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Ramai calon psikometrik keliru dengan soalan ni. Apa kaitan soalan ini dengan psikologi seseorang? Macam mana soalan seperti ini boleh tahu sikap seseorang? Inilah yang dinamakan sebagai soalan psikologi. Soalan tidak semestinya menanyakan soalan “Adakah anda seorang bertanggungjawab?”. Ataupun “Adakah anda seorang yang rajin?”.

Pastinya ramai calon akan mengaku mereka ini ada sikap positif seperti ini. Siapa saja boleh menipu untuk menunjukkan mereka ini ada sikap terpuji. Setuju tak?

Koleksi Kuiz Psikometrik.

Anda dah betul-betul yakin kan lulus ujian nanti? Jom uji perwatakan diri anda dengan sembilan kuiz psikometrik ini. Anda pasti akan tahu tahap persediaan diri anda nanti.

Soalan 2, 3 dan 4 di bawah ini pula sama kategori dengan soalan 1. Sila pastikan pendirian anda dalam keempat-empat soalan selari antara satu sama lain. Jika berlakunya percanggahan jawapan, itu menandakan anda cuba untuk ada-adakan sikap yang tak ada dalam diri anda. Inilah perwatakan yang pihak SPA akan nampak dalam diri anda.

Soalan 2: Tidak mengapa mengambil sijil sakit dalam keadaan terdesak.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Soalan 3: Saya tidak kisah jika tidak mempunyai panduan yang tepat untuk ke sesuatu majlis kerana saya akan bertanya kepada orang lain di mana majlis itu diadakan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Kurang Setuju
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Ujian psikometrik ini sifatnya bebas. Anda sebagai calon bebas nak pilih jawapan apa sekalipun mengikut apa yang anda suka. Kalau anda jawab secara jujur, corak perwatakan jujur akan terhasil. Jika anda jawab secara tipu-tipu, maka corak perwatakan seorang penipu akan terhasil.

Agak-agak anda, jawapan apa paling konsisten dan paling positif? Jom klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan lengkap cara memilih jawapan yang konsisten.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392