Huraian Jawapan.

Soalan 1: Kedalaman sebuah kolam air ialah 1.53 m. Dalam musim kemarau, paras air kolam itu telah turun 1/3 daripada paras asalnya. Kemudian, air dipam masuk ke dalam kolam itu sehingga paras air telah meningkat sebanyak 10.5 cm. Hitung tinggi, dalam m, paras air kolam sekarang.

A. 1.115 meter
B. 1.125 meter
C. 1.135 meter
D. 1.145 meter

Ini merupakan soalan dalam subtopik konsep matematik. Soalan seperti ini boleh dikatakan mudah dan markah percuma kepada calon.

Cuma, ujian SPA ini anda akan ditekan dengan yang masa singkat. Anda perlu menjawab 15 soalan dalam masa 25 minit. Bermaksud, anda perlu peruntukan masa 1 minit 42 saat untuk menjawab satu soalan.

Jadi, macam mana nak selesaikan soalan seperti ini? Jom ikut jalan penyelesaian di bawah ini.

Kedalaman asal kolam = 1.53m
Kedalaman 1/3 kolam = 1.53 ÷ 3 = 0.51m

Ini bermaksud air kolam berkurang 0.51m berbanding kedalaman asalnya.

Kedalaman kolam setelah berkurang 1/3 = 1.53m – 0.51m = 1.02m

Kemudian air dipam masuk untuk menaikan paras air sebanyak 10.5cm. Tukarkan 10.5cm kepada m.

Tinggi air yang dipam masuk = 10.5cm ÷ 100 = 0.105m .. (pertukaran unit cm kepada m)

Tinggi akhir air kolam = tinggi ketika kemarau + tinggi air dipam masuk = 1.02m + 0.105m = 1.125 meter ✅

Mudah tak faham jalan penyelesaian ini? Anda mahukan lagi soalan dan pengiraan step-by-step seperti ini? Boleh klik butang di bawah untuk download sekarang.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392

Pss… Jika anda ada apa-apa pertanyaan pasal ujian SPA, sila whatsapp saya dekat nombor di atas ini.