Huraian Jawapan Soalan Kuiz.

Soalan 3: Saya percaya perkembangan teknologi adalah penyumbang kepada keruntuhan akhlak generasi baru.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak Pasti

Pernyataan ini sebenarnya ingin mentafsir diri anda jenis yang suka melihat kepada keburukan ataupun kebaikan. Tidak dinafikan, ada segelintir kemajuan teknologi ini boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak. Tapi, kebaikan yang kita peroleh daripada perkembangan teknologi adalah jauh lebih daripada keburukannya.

Kenapa anda perlu melihat kepada peratusan keburukan yang kecil itu? Sedangkan terlalu banyak kebaikan yang kita peroleh daripada teknologi pada hari ini.

Ini jelas menunjukkan sikap keterbukaan anda masih ditakut lama. Sikap ini adalah negatif. Anda seharusnya membangkang pernyataan ini dengan jawapan TIDAK SETUJU. Dengan membangkang, anda sudah memilih jawapan yang positif.

Soalan 11: Apabila ada kawan yang ingin membantu, saya akan meletakkan seluruh kepercayaan kepadanya walaupun saya baru kenali dia sebulan yang lepas.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Telegram Rasmi Ujian Psikometrik 2022?

Saya kongsikan banyak lagi contoh soalan, tips lulus & soalan perangkap dalam group ini.

Soalan ini sebenarnya ingin menguji diri anda sama ada anda mempunyai sikap berkerjasama dalam kumpulan ataupun tidak. Sebagai kakitangan kerajaan, semua perkara perlu dilakukan secara berkumpulan. Walaupun rakan sekerja anda itu baru hari ini anda kenal, anda sewajarnya tidak boleh meragui kebolehan dia.

Bagaimana sesuatu tugasan itu hendak disiapkan jika anda tidak mempunyai perasaan percaya kepada rakan sekerja?

Jadi, jika anda bangkang pernyataan ini, anda sudahpun melakukan pilihan negatif. Anda seharusnya menyokong pernyataan ini dengan jawapan SANGAT SETUJU. Anda menyokong bermaksud anda sudah memilih jawapan yang positif.

Soalan 16: Apabila diberikan tugasan, saya akan berdiam diri seketika bagi tenangkan diri dan mencari idea.

A. Ya
B. Tidak
C. Tak Pasti

Apa sebenarnya pernyataan ini nak uji anda?

Kalau anda nak tahu, pernyataan ini ini sebenarnya nak tahu sama ada anda ini seorang yang suka menangguhkan kerja ataupun tidak.

Apabila anda sudah tahu skop kerja anda, tak ada keperluan sebenarnya untuk anda nak tenangkan diri seketika. Pekerja yang baik ialah pekerja yang pantas dalam melaksanakan tugas mereka.

Jadi, pernyataan ini bersifat negatif. Maka, anda perlu bangkang pernyataan ini dengan jawapan TIDAK. Membangkang bermaksud anda sudahpun memilih jawapan yang positif.

Anda nampak tak sekarang? Bagaimana soalan psikometrik berjaya mengorek sikap negatif anda tanpa anda perasan pun.

Saya harap dengan huraian jawapan ini akan dapat membantu anda dalam menjawab ujian psikometrik nanti.

Anda mahukan lagi contoh soalan dan jawapan seperti ini?

Rujukan pantas ujian psikometrik dengan koleksi 200 soalan + huraian jawapan.

Klik butang di bawah ini.

Bonus Untuk Anda.

Sebagai bonus kepada pembelian anda, cikgu hadiahkan lagi tiga bonus spesial ini khas untuk anda.

Bonus 1: Koleksi Soalan Ujian Psikometrik
Bonus 2: Koleksi Kuiz Psikometrik
Bonus 3: Tips 101 Lulus Psikometrik

Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392

Pss… Jika anda ada apa-apa pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp saya dekat nombor di atas ini.