Ujian REQT Sarawak merupakan salah satu ujian penting yang dikendalikan oleh SPA Negeri Sarawak untuk memilih calon yang berkelayakan bagi menyertai sektor perkhidmatan awam negeri.
Pada tahun 2025, ujian ini masih mengekalkan format lama yang memerlukan calon menggunakan kebijaksanaan dan pengetahuan am untuk lulus, berbeza dengan format terbaru SPA yang banyak menekankan ujian psikometrik.
Artikel ini akan mengupas format terkini ujian REQT Sarawak bagi tahun 2025 agar calon dapat membuat persediaan dengan lebih baik.
Ujian REQT Sarawak 2025 terdiri daripada 90 soalan yang perlu dijawab dalam masa yang diperuntukkan selama 1 jam 30 minit. Ujian ini dibahagikan kepada dua seksyen utama, iaitu:
Setiap seksyen merangkumi pelbagai skop soalan yang berkaitan dengan sejarah, geografi, teknologi maklumat, ekonomi digital, serta aspek-aspek penting lain yang berkaitan dengan negeri Sarawak.
Seksyen pertama ujian ini terdiri daripada soalan yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Skop soalan dalam seksyen ini merangkumi beberapa topik utama, termasuk:
Soalan dalam seksyen ini bersifat fakta dan memerlukan calon untuk menjawab berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Ini menjadikan seksyen ini sedikit mencabar kerana calon perlu tahu jawapan yang tepat untuk setiap soalan. Setiap jawapan yang betul akan memberikan satu markah, manakala kesilapan dalam menjawab akan menyebabkan calon kehilangan markah tersebut.
Seksyen kedua pula menampilkan soalan-soalan yang semuanya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Skop soalan dalam seksyen ini sama seperti skop dalam Seksyen 1, perbezaan utama adalah kesemua soalan dalam seksyen ini diberikan dalam Bahasa Inggeris.
Walaupun terdapat soalan penyelesaian masalah secara logik dan pengiraan matematik dalam Seksyen 2, soalan tersebut tidak terhad kepada topik tersebut sahaja. Calon perlu memahami dan menjawab semua subtopik yang sama seperti dalam Seksyen 1 tetapi dalam bahasa Inggeris.
Ujian ini tidak menilai kemahiran tatabahasa calon, namun penguasaan Bahasa Inggeris yang baik akan membantu calon memahami soalan dengan lebih tepat untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh menjejaskan jawapan.
Ujian REQT Sarawak menuntut calon untuk mempunyai pengetahuan yang luas tentang pelbagai aspek berkaitan negeri Sarawak serta kemahiran berfikir secara kritikal.
Berikut adalah beberapa cabaran utama yang mungkin dihadapi calon:
1. Soalan Bersifat Fakta.
Calon perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah, perlembagaan, dan struktur kerajaan negeri Sarawak.
2. Pemahaman Bahasa Inggeris yang Tepat.
Walaupun tiada soalan grammar ditanya, calon perlu memahami soalan dalam Bahasa Inggeris dengan betul bagi mengelakkan kekeliruan.
3. Penyelesaian Masalah dan Pengiraan Matematik.
Soalan penyelesaian masalah dan pengiraan matematik memerlukan calon untuk berfikir dengan pantas dan tepat.
Saya harap dengan perkongsian format ujian REQT sarawak dapat membantu anda bersedia untuk menghadapi ujian nanti.
Saya juga berharap anda akan berada kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi ujian REQT Sarawak dengan keyakinan.
Saya ada sediakan nota dan soalan khas untuk ujian REQT Sarawak. Soalan-soalan ini mengikut standard ujian REQT Negeri Sarawak tahun 2025.
Sila klik butang di bawah untuk download sekarang.
Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.