Nak Ulangkaji Apa Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 Kali Ini?

Cikgu Khairul

Salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Merupakan individu yang terlibat secara langsung membantu para calon exam untuk lulus dalam exam online dan temuduga SPA.

Apakah Topik Ditanyakan Dalam Ujian Psikometrik Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41?

Ujian Psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Contohnya soalan sebegini;

Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’.

Apa pandangan anda?

Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya dia akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagipun ini merupakan penyataan daripada sebuah kajian.

Soalan ni bukan berkaitan benar atau salah. Tapi ianya nak mengesan sama ada anda ini seorang perokok ataupun tidak.

Opss.. Perokok dan penyokong perokok dah dikesan. Dah kantoi!

Perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif.

Nampak tak macam mana ianya bakal ‘memerangkap’ anda.

Hati-hati. Ada ‘jerangkap samar’ yang anda tak sedar.