Huraian Jawapan.

Soalan 1: Dalam membuat undian untuk memilih seorang wakil saya memilih calon yang saya tahu sedikit pasal dirinya.

A. Ya
B. Tidak

Apa yang saya perasan, ramai calon boleh menilai apa yang terbaik untuk soalan ini. Tapi tak ramai yang boleh kekalkan pendirian mereka.

“Nak kenal orang ni kena ambil masa cikgu. Soalan ini saja nak tahu kita ni seorang yang pantas bertindak atau tak je tu”, – calon psikometrik 1.

Betul jugak kan? Nak kenal peribadi orang lain ni kena ambil masa. Tak mungkin boleh kenal dalam masa sehari je. Kalau perkara tu melibatkan kecemasan macam mana? Kenalah bertindak pantas kan? Sempat ke nak kenal dulu wakil tu kalau perkara melibatkan kecemasan macam ni?

“Mesti lah kena tahu cikgu. Kan kita nak jadikan dia sebagai wakil.. Kena kenal sepenuhnya dulu barulah nampak diri kita ni teliti cikgu”, – calon psikometrik 2.

Ini pun betul jugak. Apabila kita wakilkan orang lain untuk sesuatu perkara, kita perlu tahu peribadi orang tu dulu. Takut nanti kita suruh sampaikan perkara lain, dia sampaikan perkara lain pula. Kan dah tak pasal-pasal perkara yang kita utarakan tu tak sampai ke pihak berwajid.

Jadi, apa jawapan yang paling tepat? Semua alasan pun ada logiknya jugak.

Apa pun jawapan anda pada soalan 1 tu, sila pastikan anda kekalkan pendirian tu untuk soalan-soalan yang lain. Tujuan soalan ini hanyalah nak mengganggu pendirian anda menjadi tak konsisten.

[bersambung di bawah…]

Mahukan Lagi Soalan Sebenar Psikometrik?

Jom jawab koleksi kuiz psikometrik ini secara percuma. Klik butang di bawah untuk jawab kuiz. 

[…sambungan]

Cuba anda tengok soalan 2 dan soalan 3 di bawah ini. Sikap yang sama cuba dicungkil dalam soalan 1 cuba dicungkil kembali dalam soalan 2 dan 3. Jika pendirian anda tak kukuh, memang mudah sangat nak nampak tahap kejujuran anda ketika menjawab soalan.

Konsep ujian psikometrik ini mudah je, jika pendirian anda tak tetap, itu bermaksud anda cuba untuk menipu ketika menjawab soalan. Kerana psikologi seorang penipu ini mereka tak mempunyai pendirian yang tetap. Sekejap sokong itu, sekejap sokong ini.

Soalan 2: Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tapi barang dipilih oleh pembeli.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya sentiasa menerima pelawaan kawan walaupun saya sudah kenyang.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Anda perasan tak sikap apa yang cuba dicungkil melalui ketiga-tiga soalan ini? Sila klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392