Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2023

Adakah anda mencari contoh soalan UKCG? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan ujian UKCG dan tips untuk lulus ujian ini.

Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian online kerajaan semenjak tahun 2009 lagi.

Apa Itu Ujian UKCG

Untuk pengetahuan anda, UKCG merupakan singkatan daripada Ujian Kelayakan Calon Guru. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mencungkil minat dan personaliti diri anda, adakah sesuai untuk menjadi seorang pendidik ataupun tidak.

Sekiranya dalam diri anda secara semulajadi wujud personaliti dan minat seperti ini, memang mudah untuk anda lulus dalam ujian ini. Jika tak ada, agak sukar untuk anda lulus dalam ujian ini. Tambahan pula ada ramai calon yang cuba mengambil ujian ini. Secara tidak langsung, persaingan akan menjadi tinggi.

Format Soalan UKCG

Berdasarkan kepada ujian UKCG yang dijalankan pada tahun lepas, soalan yang ditanya biasanya berbentuk soalan psikometrik. Setiap soalan hanya diberikan dua pilihan jawapan atau empat pilihan jawapan seperti:

Bahagian A:

  • Ya atau tidak.
  • Betul atau salah.
  • Wajar atau tidak wajar.

Bahagian B:

  • Sangat setuju, setuju, tidak setuju atau sangat tidak setuju.

Dan ada juga soalan yang mempunyai tempat kosong. Anda sebagai calon perlu mengisi tempat kosong itu bersesuaian dengan pendirian anda sendiri. Nanti saya tunjukkan contoh soalan dekat bawah nanti.

“Kalau macam tu, mesti senang nak lulus ujian ni kan cikgu?”

Opss.. Jangan fikir macam tu. Apa sekalipun pun ujian online kerajaan ini, tujuan utamanya ialah nak mengecilkan jumlah calon. Walaupun semudah mana pun soalan yang ditanya, ianya tetap akan menggagalkan ramai calon. Ianya bertujuan memastikan calon-calon melepasi ujian ni dalam jumlah yang kecil, bagi memudahkan urusan-urusan seperti sesi temuduga dijalankan.

Apa Yang Dinilai Dalam UKCG?

Berdasarkan kepada soalan UKCG yang lepas, antara perkara yang cuba dicungkil ialah tahap kesabaran dan impati seseorang calon. Seorang guru yang baik perlu mempunyai kesabaran dalam membantu murid memahami isi pelajaran.

Calon juga perlu memahami bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Jadi mereka perlu bersikap empati dan fleksibel dalam memberikan bantuan dan sokongan.

Contoh soalan: Sebagai guru, saya percaya bahawa pendekatan pengajaran yang paling berkesan adalah dengan memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.

A. Wajar
B. Tidak wajar

Selain itu, perkara lain yang cuba dicungkil melalui UKCG ialah tahap inspiratif dan motivatif seseorang calon. Seorang guru yang baik mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada murid untuk minat dengan pembelajaran.

Calon perlu menunjukkan contoh positif, memberikan galakan, dan membuat murid berasa bermotivasi untuk mencapai potensi penuh mereka. Di bawah ini merupakan soalan yang digunakan untuk mencungkil tahap inspiratif dalam diri individu.

Contoh soalan: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan.
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya.

Selain daripada cuba mencungkil jiwa seorang pendidik, UKCG juga berfungsi untuk mencungkil kesesuaian seseorang calon itu dengan sesuatu subjek yang bakal dia ajar. Contohnya seperti soalan di bawah ini.

Contoh soalan: Saya sentiasa teruja untuk meneroka idea-idea baharu dan perspektif yang berbeza, walaupun ia mungkin mencabar kepercayaan atau amalan sedia ada saya.

A. Setuju
B. Tidak setuju

Sama ada anda memilih jawapan ‘setuju’ ataupun ‘tidak setuju’, kedua-dua jawapan ini bakal mencerminkan bagaimanakah personaliti anda yang sebenar.

Jika anda memilih jawapan ‘setuju’, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah sikap ingin tahu dan fleksibel dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Sentiasa berminat untuk mempelajari perkara baharu.
  • Cenderung untuk menjadi imaginatif, inovatif, dan mampu melihat sesuatu dari perspektif yang unik.

Dalam konteks pendidikan, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah pendidikan seni, muzik, sastera, atau sains sosial. Di mana subjek-subjek ini bersifat subjektif, lebih bebas dan tak ada jawapan salah ataupun betul.

Jika anda memilih jawapan ‘tidak setuju’ pula, itu membuktikan anda mempunyai kecenderungan ke arah perilaku yang lebih selesa dengan rutin, tradisi, dan kaedah yang sudah terbukti. Antara ciri-ciri individu yang ada kecenderungan seperti ini ialah:

  • Cenderung untuk fokus pada perkara-perkara yang praktikal, konkrit, dan mudah difahami.
  • Cenderung untuk mengelak risiko dan lebih selesa dengan kestabilan dan kebiasaan.

Dalam konteks pendidikan pula, subjek yang mungkin sesuai dengan kecenderungan seperti ini ialah matematik, sains dan sejarah. Di mana subjek-subjek ini bersifat fakta dan mempunyai jawapan betul dan salah.

Contoh Soalan UKCG

Walaupun soalan UKCG ini menggunakan format psikometrik, ianya sikit berbeza dengan soalan psikometrik SPA. Ujian SPA mempunyai skop yang lebih besar. Manakala soalan UKCG lebih terfokus kepada jawatan seorang guru itu sendiri. Kebanyakan soalan yang ditanya berkaitan dengan tanggungjawab seorang guru, murid, sekolah, integriti dan juga minat seseorang calon.

Kalau anda nak tahu, setiap jawapan yang anda pilih dalam UKCG nanti akan membentuk satu profil personaliti. Dengan profil inilah akan menentukan gagal ataupun lulus seseorang calon itu. Jika seseorang calon itu lulus, itu bermaksud profil dirinya menepati ciri-ciri seorang guru yang dicari oleh pihak kementerian.

15 Soalan UKCG Terkini

Di bawah ini merupakan 15 contoh soalan UKCG yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda mempunyai elemen penilaian itu ataupun tidak. Jangan lupa untuk bookmark artikel ini untuk memudahkan anda buat rujukan semula nanti.

Soalan 1: Saya percaya dalam mengurangkan masalah disiplin bergantung kepada cara pengurusan bilik darjah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 2: Apabila seorang murid menghadapi masalah dalam memahami konsep, saya biasanya mengulangi penjelasan dengan cara yang sama.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 3: Saya berani mengambil risiko dalam menjalankan kaedah pengajaran yang baharu.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Saya merasa tugas utama saya sebagai guru adalah untuk mendidik, bukan hanya untuk mengajar.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 5: Semasa mengajar, kadangkala saya bimbang keberkesanan pengajaran saya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 6: Saya merasa tidak selesa apabila seorang rakan sekerja menggunakan alat dan sumber sekolah untuk kepentingan peribadi.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 7: Semua budak adalah nakal dan hanya hukuman berat dapat menghalang mereka melanggar disiplin sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 8: Saya rasa tidak perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah yang diadakan selepas waktu sekolah.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 9: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ______.

A. menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya
B. mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama

Soalan 10: Saya merasa selesa untuk mengambil risiko dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran baru.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 11: Saya rasa tidak perlu memberi tumpuan kepada pembangunan personaliti murid selagi mereka mencapai keputusan akademik yang baik.

A. Wajar
B. Tidak Wajar

Soalan 12: Jika murid anda tidak berani mencuba sesuatu, apakah tindakan yang harus diambil untuk menolongnya?

A. Memberi galakkan dan bimbingan
B. Mengejek dan mencabar kebolehannya

Soalan 13: Saya akan merasa kecewa jika gagal menyiapkan tugasan dengan sempurna.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju

Soalan 14: Seorang guru tidak sepatutnya berinteraksi dengan murid di luar waktu sekolah.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju

Soalan 15: Seorang guru sepatutnya mengetahui latar belakang setiap muridnya

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Setuju
D. Sangat Tidak Setuju


Tips Lulus UKCG

Salah satu cara untuk lulus dalam UKCG ini ialah anda perlu biasakan diri menjawab soalan. Soalan UKCG ini menfokuskan kepada personaliti seorang pendidik dan kesesuaian personaliti seseorang dengan subjek. Jadi anda perlu pastikan setiap jawapan anda itu mencerminkan seorang pendidik dan personaliti yang terarah kalau nak lulus ujian ini.

Koleksi 300 Soalan UKCG

Dalam ebook koleksi 300 soalan ini, saya telahpun kumpulkan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya dalam ujian nanti. Saya yakin anda akan terbiasa dengan format soalan kalau anda tahu bagaimana rupa standard soalan UKCG ini.

Dan setiap soalan disertakan dengan huraian jawapan. Nanti anda akan tahu apa jawapan yang terbaik untuk setiap soalan yang ditanya.

Klik butang di bawah ini untuk download.

Akhir Kalam.

Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru ini dapat membantu anda semua nanti.

Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…

Ps… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan UKCG yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada ruangan komen di bawah ini ya.

18 thoughts on “Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2023”

        1. Cikgu Khairul

          Ya memang sempat. Saya dah set kan dalam sistem. Selepas bayar terus akan redirect ke halaman download. Sebagai backup, sekiranya tak redirect, saya dah set kan satu emel sebagai salinan pembayaran. Boleh download dekat emel jugak.

  1. Hi cikgu. Jika soalan tanya berkenaan sikap cepat marah, cepat sedih dan takut untuk mati apa jawapan yg baik. Ya atau tidak.

    1. Cikgu Khairul

      Itu sebenarnya nak mengukur tahap stress dalam diri seseorang. Individu yang sedang mengalami stress akan cepat marah, mudah rasa sedih, (dan emosi tak menentu) dan bila sampai tahap paling kritikal, boleh mengundang kepada kemurungan.

      UKCG ini adalah ujian nak mengenal diri sebenar seseorang calon. Jadi jawapan terbaik kepada soalan ni bergantung kepada individu tu sendiri.

      Kalau individu tu pernah alami situasi macam ni, YA adalah jawapan yang paling tepat mencerminkan diri dia. Kalau tak pernah, jawapan TIDAK adalah jawapan yang terbaik.

  2. Salam cikgu. Saya nak tanya tentang soalan. Contoh soalan

    Saya selalu memikirkan org lain lebih baik dari saya (Ya/Tidak)

    Yg mana jawapan yg betul ye cikgu.?

    1. Cikgu Khairul

      Soalan ini nak cungkil semangat kerjasama. Kalau pilih jawapan YA, itu bermaksud dalam diri seseorang itu tinggi semangat kerjasama sebab mereka ada kecenderungan untuk memikirkan sesuatu perkara berdasarkan perspektif orang lain.

      Kalau pilih TIDAK, itu memberi maksud ‘saya adalah yang terbaik’. Jika dinilai daripada semangat kerjasama, individu yang ada kecenderungan seperti ini mempunyai tahap kerjasama yang rendah.

      Jawapan yang mana lebih betul tu bergantung kepada pendirian dan prinsip hidup seseorang. Setiap orang ada pendirian dan prinsip hidup mereka sendiri. Jadi jawapan setiap individu akan berbeza-beza dengan individu yang lain.

  3. Asssalamualaikum, cikgu. Adakah baik bagi seorang guru untuk mengambil risiko dalam menjalan kaedah pengajaran yang baharu? boleh cikgu terangkan

    1. Cikgu Khairul

      Soalan tu cuba nak kategorikan seseorang calon itu kepada individu berfikiran realistik ataupun inovatif. Sama ada realistik ataupun inovatif, kedua-dua karakter ini ada kelebihan dan kelemahan mereka sendiri.

      Individu ada pemikiran realistik ini cenderung bertindak berdasarkan fakta. Manakala individu berfikiran inovatif pula cenderung suka akan perkara baharu.

      Daripada soalan ini dapat mencorakkan satu profil personaliti dan minat seseorang. Dengan profil ini akan menentukan kesesuaian seseorang calon dengan subjek apa paling idea dengan diri mereka.

  4. Salam cikgu, dari segi kelayakan SPM, adakah hanya calon mendapat straight A’s shj layak memohon atau diberi juga peluang untuk calon yang hanya memperoleh B+, C+, C

    Terima kasih cikgu.

    1. Cikgu Khairul

      Ya masih lagi layak. Bergantung kepada syarat minimal yang ditetapkan oleh kementerian. Contohnya, sekurang-kurangnya gred C untuk subjek bahasa melayu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.