Adakah anda mencari contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan cara untuk memilih jawapan yang tepat.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Itu Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Sebelum cikgu kongsikan contoh soalan psikometrik, cikgu nak terangkan dulu secara ringkas apa itu sebenarnya ujian psikometrik?
Untuk pengetahuan anda, ujian psikometrik ini pada asalnya ialah seksyen sahsiah dan minat. Pada akhir 2012, seksyen ini ditukar kepada ujian psikometrik.
Nak senang cerita, ujian psikometrik ini merupakan ujian yang diadakan untuk menilai keperibadian dalam diri setiap calon.
Dalam banyak-banyak ujian SPA, ujian psikometrik adalah ujian paling mudah bagi cikgu. Ianya tak sama macam seksyen pengetahuan am ataupun seksyen daya menyelesaikan masalah.
Ujian ini biasanya mempunyai dua atau lima pilihan jawapan.
- Ya atau tidak
- Betul atau salah
- Ya atau betul atau tidak pasti
- Sangat setuju, setuju, tak pasti, tidak bersetuju, sangat tidak bersetuju.
Kalau senang jadi ramailah yang patut luluskan? Oh, jangan fikir macam tu dulu. Tujuan utama ujian psikometrik ini bukanlah untuk meluluskan calon. Tapi ianya bertujuan untuk menapis sebanyak mungkin calon. Calon yang berjaya melepasi ujian ini merupakan calon yang berkualiti.
“Ujian psikometrik tak sama ke dengan exam SPA yang lain cikgu?”
Ha’a, tak sama. Kalau soalan matematik, jawapan dia tetap. Cubalah tanya siapa pun, dua darab lima tetap jawapan sepuluh. Tapi berlainan dengan soalan psikometrik. Anda rasa soalan yang anda pilih tu dah betul, tapi belum tentu pihak SPA pun akan berikan jawapan yang betul. Tahu kenapa? Nanti cikgu ceritakan.
Tujuan Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik sama saja dengan ujian SPA yang lain. Tujuannya adalah ingin menapis sebanyak mungkin calon-calon yang berkualiti dalam melepasi ke peringkat seterusnya. Cikgu jugak pernah bertanya kepada kakitangan SPA tentang kenapa ujian ini satu kemestian untuk memasuki sektor kerajaan.
Jawab mereka, pihak mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menghadapi calon yang ramai. Cuba anda bayangkan, setiap kali panggilan ujian psikometrik diumumkan, terdapat lebih 10,000 calon yang dipanggil.
Adakah 10,000 ini akan dipanggil ke peringkat temuduga? Andaikata 10,000 calon ini dipanggil ke temuduga, agak-agak anda, berapa lama agaknya sesi temuduga ini akan berlangsung? Seminggu? Dua minggu? Sebulan? Dua bulan?
Atas sebab itulah kenapa ujian psikometrik ini menjadi kewajipan kepada setiap calon exam. Selalunya nisbah calon yang lulus ialah 1:20. Dalam 20 calon, seorang akan lulus. Jika 10,000 calon yang dipanggil exam, hanya 500 calon sahaja yang akan dipanggil ke peringkat temuduga.
“Memang tipis lah macam tu nak lulus kan cikgu?”
Ya, tepat sekali. Anda perlu tahu, tak semua calon yang dipanggil exam tu nanti berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Ada yang berfikir apa salahnya dia mencuba nasib, ada rezeki lulus lah kan.
Hanya calon yang berkualiti dan betul-betul inginkan jawatan itu sahaja yang berusaha untuk lulus ujian itu nanti.
Ujian Psikometrik 199 Soalan
Jika ditanyakan berapakan jumlah soalan ujian psikometrik ini? Berdasarkan exam gred jawatan yang lepas, terdapat 199 soalan bakal ditanyakan kepada anda.
Masa yang diberikan pula dalam 1 jam 30 minit. Jika dinisbahkan dalam julat yang dekat, anda perlu peruntukan 4 minit dalam menjawab 10 soalan.
Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Sepanjang cikgu membuat analisa soalan ujian psikometrik, soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 selalunya dinilai melalui beberapa elemen penilaian.
- Kepimpinan
- Kebolehan bersosial
- Cara berkomunikasi
- Kerjasama
- Kestabilan emosi
- Tahap disiplin diri
- Kejujuran
Di bawah ini merupakan soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang mempunyai elemen penilaian di atas.
Soalan 1: Konsep ‘ulat dalam batu pun boleh dihidup’ boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk tidak mudah berputus asa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti
Soalan 2: Konsep ‘bagai aur dan tebing’ mudah diterapkan dalam suasana berkerja secara berkumpulan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Walaupun saya tahu pejabat pos tutup pada cuti umum, saya tetap akan pergi ke sana untuk mendapatkan kepastian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya akan tetap pertahankan pendapat saya walaupun ramai yang membantah.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 5: Saya memerlukan masa yang lama untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada rakan saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Rasa rasa tercabar apabila ada pekerja bawahan saya mempertikaikan keputusan yang telah saya buat.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 7: Idea saya selalunya datang apabila saya termenung sendirian.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 8: Saya kerap merasa lemau apabila cuti dihujung minggu berbanding dengan bercuti di pusat peranginan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 9: Memaafkan seseorang terhadap kesalahan yang berulang adalah perbuatan sia-sia.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 10: Saya suka mengumpul semua pakaian kotor sebelum dicucikan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 11: Saya gemar membaca majalah hiburan berbanding majalah lawak.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 13: Saya akan meminta rakan sekerja untuk menyiapkan tugasan saya sekiranya saya sedang sibuk.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 14: Apabila lagu Negaraku dimainkan, saya akan tengok orang sekeliling dahulu sebelum saya berdiri tegak tanda memberi kehormatan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 15: Lewat masuk ke pejabat disebabkan berhadapan dengan kesesakan lalu-lintas boleh dimaafkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 16: Apabila pasukan saya jauh ketinggalan mata dengan pasukan lawan, saya akan tetap memberi sokongan walaupun saya tahu tindakan itu tidak mengubah apa-apa.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tak pasti
Soalan 17: Kerja secara berkumpulan selalunya banyak perkara yang tidak bersependapat.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Soalan 18: Saya akan memasang radio apabila menunggu lampu isyarat merah bagi mengelakkan kebosanan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 19: Saya selalu menghadiri majlis hari jadi kawan saya.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 20: Saya mempunyai rakan kawan rapat yang suka mengumpat.
A. Ya
B. Tidak
Jawapan Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini tiada jawapan yang khusus. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, pihak yang menilai ialah SPA.
Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini cikgu kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.
Soalan 12: Saya ingin mengetahui apa yang akan berlaku kepada kepompong rama-rama.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Kalau tengok pada soalan ini, jelas menunjukkan pernyataan dalam soalan ini bersifat negatif kan? Sebab melakukan aktiviti yang membuang masa. Maka jawapan yang perlu anda pilih ialah TIDAK PERNAH.
Tapi…
Kalau anda fikir soalan ini hanyalah sekadar untuk tahu pasal kepompong rama-rama, itu kesilapan pertama anda. Hati-hati.
Kerana soalan psikometrik bukanlah straight forward macam tu.
Soalan psikometrik ianya bersifat berkaitan antara satu sama lain. Ataupun ia bersifat secara tidak langsung.
Anda fikir soalan bertanya pasal topik A, rupanya soalan bertanya pasal topik Z.
Dalam soalan kepompong rama-rama ini, sikap yang ingin dicungkil ialah sikap ingin tahu.
Siapa je yang ada minat nak tahu pasal apa yang terjadi dekat kepompong rama-rama kan? Dah macam tak ada kerja lain dah nak buat kan.
Itulah trick soalan psikometrik.
Soalan ini bukanlah nak tahu sama ada anda ni suka ambil tahu pasal rama-rama ataupun tidak. Tapi nak mencungkil sama ada anda ini mempunyai sikap ingin tahu atau tidak.
Bila anda tak ada sikap ingin tahu, maka jadilah anda seperti katak di bawah tempurung. Cuba anda letakkan diri anda sebagai majikan, sanggup ke anda nak ambil pekerja yang ada sikap macam ni?
Mesti tak kan? Itulah perkara yang sama pihak SPA tak mahu.
Kalau anda pilih jawapan TIDAK PERNAH, peluang untuk anda gagal semakin besar. Jawapan yang sepatutnya anda pilih ialah SANGAT KERAP.
Itu cukup membuktikan anda ini seorang yang bersikap positif dan peluang untuk lulus pun makin cerah.
Tips Jawab Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Satu tips daripada cikgu untuk lulus ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ialah anda perlu sentiasa memilih jawapan yang positif. Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ialah
Sembunyikan Nilai Negatif,
Tonjolan Nilai Positif
Soalan 1: Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya mereka akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagipun ini merupakan penyataan daripada sebuah kajian. Kalau dah ada kajian mesti ada data untuk menyokong penyataan ini kan?
Kalau anda berfikir macam tu, anda sebenarnya dah jatuh ke dalam perangkap psikologi.
Tujuan soalan ini bukanlah nak bertanyakan pasal stress ataupun tak. Tapi ianya nak mengesan sama ada anda ini seorang perokok ataupun tidak.
“Tapi saya tak merokok pun…”
Walaupun anda bukan perokok sekali pun, bila anda bersetuju, jelas menunjukkan anda menyokong tabiat merokok ini.
Opss.. Perokok dan penyokong perokok dah dikesan. Dah kantoi!
Anda perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif.
Hati-hati. Ada ‘jerangkap samar’ yang anda tak sedar.
Anda perlu tahu, soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini bukanlah soalan matematik ataupun soalan bahasa inggeris yang mempunyai jawapan yang tetap. Anda fikir jawapan anda dah betul, tapi belum menjamin anda pasti akan lulus. Tahu kenapa? Sebabnya soalan ujian ini perlu dijawab melalui psikologi.
Di bawah ini merupakan soalan yang pernah masuk dalam ujian psikometrik. Ramai calon terkeliru dengan soalan ini.
Soalan 2: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Apa elemen penilaian disebalik pernyataan ini?
Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.
Kuiz Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Tapi make sure skor anda dapat 20/20 okey. Itu cukup membuktikan anda dah betul-betul bersedia ataupun tak.
Menggunakan skala di bawah ini sebagai tanda aras, jom uji persediaan anda dengan kuiz mudah ini. Klik butang di bawah ini untuk jawab kuiz.
Rekemendasi Daripada Cikgu
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Fokus kepada 18 elemen penilaian dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.
“Cikgu! Rekemen la sikit latih tubi yang cikgu guna”
Untuk latih tubi, cikgu syorkan anda dapatkan bahan ulangkaji daripada Tim InfoKerjaya. Dalam tu lengkap dengan nota-nota dan contoh soalan yang khusus dengan soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11.
Nak buat ulangkaji kenalah la smart. Bak kata orang putih, ‘work smarter not harder’. Jadi anda taklah buang masa pergi studi topik yang tak masuk. Masa anda pun jimat dan taklah pening kepala kan.
Ramai calon gagal disebabkan mereka menilai diri mereka sendiri. Oppss.. Tugas anda sebagai calon bukanlah jadi penilai, tapi anda individu yang dinilai.
Jika anda menilai diri anda sendiri, memang tak ada yang salah lah kan, semua betul lah kan. Macam masuk bakul angkat sendiri.
Apa yang best dalam rujukan ini, setiap soalan diberikan huraian jawapan kenapa perlu bangkang dan kenapa perlu setuju. Daripada situ, anda tahu dengan jelas bagaimana pihak SPA menilai seseorang calon.
“Cikgu! Mesti boleh lulus ke kalau beli panduan ni?”
Tak boleh lulus pun kalau anda beli lepas tu buat pekasam. Kena baca dan buat latih tubi, Insya-Allah boleh lulus punya. Kalau anda fikir boleh lulus ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ni dengan persedian ala kadar, cikgu nasihatkan tak payah la ambil exam nanti.
Sebab kemungkinan gagal tu tinggi, tambah-tambah lagi calon yang ambil exam nanti lebih daripada 10 ribu orang. Anda kena bersaing dengan 10 ribu calon yang lain. Agak-gak anda lah kan, boleh lulus ke kalau persedian ala kadar camtu?
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti. Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Pss… jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 yang cikgu kongsikan ini, sila tinggalkan soalan anda pada rungan komen di bawah ini ya.