Contoh Soalan Pembantu Tadbir N19 Dan Format Terkini

oleh Cikgu Khairul

Adakah anda mencari contoh soalan Pembantu Tadbir N19 untuk ujian SPA Negeri Terengganu? Jika ya, ini merupakan blog yang tepat untuk anda. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan Pembantu Tadbir N19 khas untuk ujian SPA Negeri Terengganu.

Format Ujian Pembantu Tadbir N19

Untuk ujian Pembantu Tadbir N19 Negeri Terengganu, SPA Terengganu telah menggunakan format lama. Di mana format terbaru ujian SPA ketika ini menggunakan ujian psikometrik. Format lama ini bermaksud calon perlu menggunakan kebijaksanaan untuk lulus dalam ujian ini.

Seksyen A:
Pengetahuan Am

Apabila dibincangkan tentang soalan pengetahuan am, secara automatik skop soalan akan menjadi luas. Berdasarkan kepada ujian SPA Negeri Johor yang dijalankan pada Januari baru-baru ini, skop soalan pengetahuan am ini merangkumi bidang ekonomi, budaya, pentadbiran, sosial, sejarah, dan isu-isu semasa negeri.

Untuk ujian SPA Negeri Terengganu juga akan menggunakan skop yang sama. Disebabkan soalan pengetahuan am bersifat fakta, ianya akan menyebabkan ujian ini sedikit sukar. Jika anda tahu, anda akan dapat satu markah. Kalau anda tak tahu, anda bakal kehilangan satu markah.

Masa yang diperuntukan untuk menjawab seksyen ini ialah 35 minit untuk 40 soalan.

Masa: 35 minit
Soalan: 40 (aneka pilihan)

Contoh Soalan

Soalan 1: Sebagai seorang pembantu tadbir, berikut merupakan tugas yang perlu anda laksanakan kecuali

A. Pengurusan kewangan
B. Pengurusan data dan maklumat
C. Pengurusan aktiviti setempat
D. Pengurusan khidmat nasihat 

Soalan 2: Penemuan Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti penting dalam mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu. Di manakah Batu Bersurat ini ditemui?

A. Kampung Buluh 
B. Kampung Buruk
C. Kampung Tasik
D. Kampung Banggol

Soalan 3: Prinsip-prinsip Dasar Luar Malaysia ialah

I. Kewujudan bersama secara harmoni.
II. Kesamaan kedaulatan dan perasaan saling menghormati terhadap keutuhan wilayah.
III. Menyelesaikan pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan.
IV. Mencampuri urusan dalaman negara luar terutamanya dalam konteks hubungan serantau.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III 
D. II, III dan IV

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah

Untuk seksyen daya menyelesaikan masalah pula, soalan akan dipecahkan kepada tiga topik akan ditanyakan kepada anda. Antara subtopik dalam seksyen ini ialah kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan konsep matematik.

Masa yang diperuntukan untuk menjawab seksyen ini ialah 25 minit untuk 15 soalan.

Masa: 25 minit
Soalan: 15 (aneka pilihan)

Contoh Soalan

Kemahiran Logik.

Dalam subtopik kemahiran logik, calon akan diuji aspek pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat. Soalan hanya melibatkan operasi matematik yang mudah, tapi memerlukan calon berfikir diluar kotak dalam menjawab soalan. Contoh soalan seperti di bawah ini.

Soalan 4: Diberikan satu set nombor (125, 521, Y, 541, 759, 957, 438, X). Berapakah nilai hasil tambah Y dan X?

A. 979 
B. 869
C. 567
D. 649

Konsep Matematik.

Dalam subtopik konsep matematik pula, calon bakal diuji dengan kemahiran numeric serta kuantitatif. Ianya bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 5: Azmi membeli sebuah rumah berharga RM348,500. Dia telah membayar RM30,000 sebagai wang pendahuluan. Baki harga rumah itu perlu dibayar dalam tempoh 35 tahun. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Azmi pada setiap tahun?

A. RM39,957
B. RM10,900
C. RM10,814
D. RM9,100 

Kemahiran Menginterpretasi Data.

Dalam subtopik kemahiran menginterpretasi data pula, calon akan diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 7: Puan Mariam melahirkan anaknya Syafik pada umur 24 tahun. Jumlah umur mereka sekarang ialah 58 tahun. Jika dia mahu bersara pada umur 54 tahun, berapa tahunkah lagi dia perlu berkhidmat sebelum bersara?

A. 10 tahun
B. 11 tahun
C. 12 tahun
D. 13 tahun

Soalan 8: Seorang atuk berumur 4 kali ganda dari umur cucunya. Pada 5 tahun lepas, umur atuk itu adalah 5 kali ganda umur cucunya. Berapa jumlah umur mereka sekarang?

A. 70 tahun
B. 80 tahun
C. 90 tahun
D. 100 tahun

Terlalu Ramai Calon..

Nampaknya ramai calon yang dipanggil untuk menjawab ujian kali ini. Persaingan pun akan tinggi sebab tak banyak kekosongan. Adakah anda nak meninggalkan calon-calon yang lain? Anda nak soalan ujian terkini dan huraian jawapan? Sila klik butang di bawah untuk download sekarang.

Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.