Anda sedang cari contoh soalan kebarangkalian SPA dan jawapan? Kini ada berada di laman yang betul. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda contoh soalan kebarangkalian SPA berserta jawapan kepada anda.
Contoh Bentuk Soalan Kebarangkalian SPA
Sepanjang saya menganalisa soalan exam SPA, soalan kebarangkalian selalunya, ataupun lebih tepat lagi, kesemua soalan ditanyakan dalam bentuk situasi. Anda diberikan satu situasi. Daripada situasi tersebut, anda perlu cari maklumat penting dan selesaikan.
Nak tahu macam mana bentuk soalan itu? Jom saya kongsikan contoh soalan kebarangkalian SPA dan jawapan kepada anda.
Contoh Soalan Kebarangkalian SPA Berdasarkan Situasi Cerita
1. Satu cabutan bertuah akan diadakan di sebuah pasaraya sempena sambutan ulangtahun ke-15 pasaraya berkenaan. Terdapat 100 orang pelanggan wanita, 200 orang pelanggan lelaki dan 150 orang kanak-kanak memohon untuk mengambil bahagian. Nama bagi setiap pelanggan wanita diletakkan sebanyak 3 kali di dalam kotak cabutan, nama bagi setiap pelanggan lelaki adalah sebanyak sekali dan nama bagi kanak-kanak adalah sebanyak 2 kali. Apakah kebarangkalian bahawa pelanggan wanita terpilih?
A. 1/8
B. 2/9
C. 2/7
D. 3/8
2. Dalam satu kumpulan 80 orang pelajar, 25 orang daripadanya adalah pelajar perempuan. Kemudian seramai 10 orang pelajar lelaki meninggalkan kumpulan itu pada akhir semester. Seorang pelajar dipilih secara rawak dari kumpulan tersebut untuk menyertai pertandingan bahas. Pada akhir semester, cari kebarangkalian bahawa seorang pelajar yang dipilih dari kumpulan itu untuk menyertai pertandingan bahas adalah lelaki.
A. 9/14
B. 9/16
C. 5/14
D. 5/16
3. Johan mempunyai koleksi setem dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Dia memilih sekeping setem secara rawak. Kebarangkalian memilih sekeping setem Thailand ialah 1/5 dan kebarangkalian memilih sekeping setem Indonesia ialah 8/15. Johan mempunyai 20 keping setem Singapura. Hitungkan jumlah koleksi setem bagi Johan.
A. 15
B. 20
C. 40
D. 75
Contoh Soalan Kebarangkalian SPA Berdasarkan Graf
Ini pula merupakan contoh soalan kebarangkalian SPA berpandukan graf ataupun visual. Dalam menyelesaikan soalan seperti ini, anda perlu tahu cara membaca infomasi daripada graf yang diberikan.
Contoh soalan kebarangkalian SPA berpandukan graf seperti di bawah ini.

4. Suatu tinjauan tentang bilangan akibat kematian dalam tempoh tertentu ditunjukkan dalam carta bar dia atas. Cari kebarangkalian bagi kematian yang melibatkan kemalangan motosikal.
A. 1/8
B. 1/12
C. 5/24
D. 5/12

5. Carta bar di atas menunjukkan taburan sekumpulan 90 orang murid yang mengambil bahagian dalam satu program latihan sepakan penalti. Seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan itu untuk memulakan sepakan. Apakah kebarangkalian seorang murid lelaki daripada Tingkatan Lima akan dipilih?
A. 4/15
B. 7/15
C. 13/30
D. 17/30
Contoh Soalan Kebarangkalian SPA Berdasarkan Jadual
Sama seperti soalan berpandukan graf, soalan berpandukan jadual juga memerlukan anda pandai dalam membaca data yang diberikan. Contoh soalan kebarangkalian SPA berdasarkan jadual seperti di bawah ini.

6. Jadual di atas menunjukkan bilangan pelajar dalam kelas yang berbeza di SMK Kurnia. Seorang pelajar dipilih secara rawak daripada sebuah kelas. Jika kebarangkalian memilih kelas adalah sama, cari kebarangkalian untuk memilih seorang pelajar India.
A. 1/19
B. 1/56
C. 19/56
D. 31/90

7. Jadual di atas menunjukkan keputusan suatu kajian tentang jarak sekolah dari rumah bagi sekumpulan pelajar. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak daripada kumpulan itu, kebarangkalian pelajar itu tinggal lebih daripada 10 km ialah 1/20, carikan nilai x.
A. 20
B. 40
C. 60
D. 80
Contoh Soalan Kebarangkalian SPA Berdasarkan Nombor Dan Abjad
Dalam soalan kebarangkalian juga akan ditanyakan berdasarkan kepada nombor dan abjad. Untuk menjawab soalan seperti ini, pertama sekali anda perlu tahu apa itu nombor perdana, nombor ganjil dan nombor genap. Untuk abjad pula, anda perlu tahu membezakan diantara huruf vokal dan huruf konsonan.
Jika anda gagal dalam membezakan semua nombor dan abjad ini, jawapan yang bakal anda dapat juga akan salah. Contoh soalan kebarangkalian SPA berdasarkan nombor-nombor ini seperti ditunjukkan di bawah ini.

8. Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad nombor. Sekeping kad dipilih secara rawak. Nyatakan kebarangkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor perdana.
A. 2/3
B. 1/2
C. 1/3
D. 1/6

9. Rajah di atas menunjukkan beberapa keping kad bernombor. Sekeping kad dipilih secara rawak. Cari kebaragkalian bahawa kad yang dipilih ialah kad nombor gandaan 3
A. 1/6
B. 1/3
C. 1/2
D. 2/3

10. Rajah di atas menunjukkan sebuah papan yang ditulis dengan abjad-abjad di atasnya. Seorang pemuda membaling damak secara rawak ke papan tersebut. Cari kebarangkalian damak tersebut terkena pada petak yang mempunyai sekurang-kurangnya satu huruf vokal.
A. 3/16
B. 5/16
C. 7/16
D. 9/16
Jawapan: 1.D 2.A 3.D 4.D 5.A 6.D 7.C 8.B 9.B 10.B

Semoga Bermanfaat.
Akhir kata, cikgu harap dengan perkongsian cikgu pasal contoh soalan kebarangkalian SPA dan jawapan ini dapat membantu anda semua nanti.
Cikgu doakan agar anda semua diberikan ketenangan hati semasa menjawab exam online dan mudah-mudahan lulus dengan jayanya. Aamiinn…
Terima kasih tuan atas perkongsian ni. Semoga tuan dimurahkan rezeki.
Sama-sama
Terima kasih tuan. Semoga tuan dimurahkan rezeki.
Sama-sama
Terima kasih cikgu atas perkongsian, nnt kalau ada rezeki lulus boleh belanja cikgu coffee latte hehehe
Baik cik