Contoh Soalan Dan Format Ujian Seksyen B

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah.

Masa: 25 minit
Soalan: 15 (aneka pilihan)

Untuk seksyen daya menyelesaikan masalah pula, ada tiga topik penilaian utama, iaitu:

1. Kemahiran logik.
2. Kemahiran menginterpretasi data.
3. Konsep matematik.

Kemahiran Logik.

Dalam subtopik kemahiran logik, calon akan diuji aspek pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat. Soalan hanya melibatkan operasi matematik yang mudah, tapi memerlukan calon berfikir diluar kotak dalam menjawab soalan. Contoh soalan seperti di bawah ini.

Soalan 1: Diberikan satu set nombor (125, 521, Y, 541, 759, 957, 438, X). Berapakah nilai hasil tambah Y dan X?

A. 979 ✅
B. 869
C. 567
D. 649

Konsep Matematik.

Dalam subtopik konsep matematik pula, calon bakal diuji dengan kemahiran numeric serta kuantitatif. Ianya bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 2: Azmi membeli sebuah rumah berharga RM348,500. Dia telah membayar RM30,000 sebagai wang pendahuluan. Baki harga rumah itu perlu dibayar dalam tempoh 35 tahun. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Azmi pada setiap tahun?

A. RM39,957
B. RM10,900
C. RM10,814
D. RM9,100 ✅

Kemahiran Menginterpretasi Data.

Dalam subtopik kemahiran menginterpretasi data pula, calon akan diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis. Contoh soalan seperti di bawah.

Soalan 3: Puan Mariam melahirkan anaknya Syafik pada umur 24 tahun. Jumlah umur mereka sekarang ialah 58 tahun. Jika dia mahu bersara pada umur 54 tahun, berapa tahunkah lagi dia perlu berkhidmat sebelum bersara?

A. 10 tahun
B. 11 tahun
C. 12 tahun
D. 13 tahun

Soalan 4: Seorang atuk berumur empat kali ganda dari umur cucunya. Pada lima tahun lepas, umur atuk itu adalah lima kali ganda umur cucunya. Berapa jumlah umur mereka sekarang?

A. 70 tahun
B. 80 tahun
C. 90 tahun
D. 100 tahun

Pss.. Anda boleh join telegram untuk mengetahui jalan penyelesaian step-by-step ke semua soalan ini » https://t.me/terengganuspa

Rujukan Khas Ujian Online.

Nampaknya ramai calon yang dipanggil untuk menjawab ujian kali ini. Persaingan pun akan tinggi sebab tak banyak kekosongan. Adakah anda nak meninggalkan calon-calon yang lain? Sila klik butang di bawah untuk download sekarang.

Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.