Contoh Soalan Dan Format Ujian Seksyen A

Seksyen A:
Pengetahuan Am.

Masa: 35 minit
Soalan: 40 (aneka pilihan)

Untuk seksyen pengetahuan am, skop soalan automatik akan menjadi luas. Soalan boleh bertanya tentang apa sahaja topik. Kalau anda tahu, anda akan dapat satu markah. Kalau anda tak tahu, anda bakal kehilangan satu markah.

Berdasarkan kepada soalan SPA negeri Johor yang dijalankan pada bulan Januari baru-baru ini, soalan pengetahuan am ditanya berkaitan dengan pengetahuan am jawatan dan isu-isu semasa yang bersifat fakta.

Untuk soalan pengetahuan am negeri Terengganu pula, soalan mungkin akan bertanyakan tentang topik yang sama. Contoh soalan seperti di bawah ini.

Soalan 1: Lembaga Hasil Dalam Negeri bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir cukai langsung di Malaysia di bawah akta-akta berikut:

I. Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
II. Akta Setem 1949.
III. Akta Cukai Aktiviti Perniaga.
IV. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

A. III sahaja
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua di atas ✅

Soalan 2: Yang manakah sumber kewangan Kerajaan Persekutuan?

I. Duti eksais.
II. Duti hiburan.
III. Cukai Perhutanan.
IV. Cukai Pendapatan.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan IV ✅
D. III dan IV

Soalan 3: Penemuan Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti penting dalam mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu. Di manakah Batu Bersurat ini ditemui?

A. Kampung Buluh ✅
B. Kampung Buruk
C. Kampung Tasik
D. Kampung Banggol

Soalan 4: Dalam memastikan kelancaran pertadbiran di negeri Terengganu, beberapa individu telah dilantik untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Berikut merupakan individu yang pernah menjadi Menteri Besar di Terengganu, kecuali

A. Wan Mokhtar Ahmad
B. Abdul Rahim Abu Bakar ✅
C. Kamaruddin Idris
D. Tengku Omar Othman

Rujukan Khas Ujian Online.

Nampaknya ramai calon yang dipanggil untuk menjawab ujian kali ini. Persaingan pun akan tinggi sebab tak banyak kekosongan. Adakah anda nak meninggalkan calon-calon yang lain? Klik butang di bawah untuk download.

Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.