Huraian Jawapan.

Soalan 1: Saya akan pastikan setiap tugasan disiapkan pada masanya.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2: Saya akan mencari alasan untuk mengelakkan rakan sekerja saya dipecat oleh majikan kerana terlewat masuk kerja.

A. Ya
B. Tidak

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua soalan ini ingin mencungkil adakah anda ini seorang yang menepati masa ataupun tidak.

Jika anda sokong soalan 1, itu bermaksud anda seorang yang bersifat menepati masa.

Tapi soalan 2 tu macam tak ada kaitan dengan menepati masa kan. Sebab yang lambat masuk kerja tu bukannya anda, tapi kawan anda.

Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu memang saling berkaitan.

Nak tahu macam mana soalan ini berkait satu sama lain? Jom saya kongsikan kepada anda. Jika anda faham, ianya dapat mengubah pandangan anda bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi. Bukannya sekadar memilih sikap positif semata-mata.

Okey..

Setuju tak kalau saya cakap, individu yang susah menepati masa akan.. [bersambung di bawah]

Inginkan Lebih Banyak Soalan?

Saya kongsikan 200 soalan dan huraian jawapan psikometrik dalam ebook ini. Sila klik butang di bawah untuk membaca. 

rujukan ujian psikometrik 2022

[sambungan..]

Setuju tak kalau saya cakap, individu yang susah menepati masa akan lebih cenderung untuk melakukan perbohongan. Berbohong dalam mencipta alasan untuk menutup kesalahan dia.


Contohnya, jika individu itu terlambat untuk ke tempat kerja, dia akan memberi alasan kesesakan lalu lintas kerana ada kemalangan, kereta rosak, tayar motor pancit dan sebagainya.

Dalam soalan 2 itu, disebabkan rakan anda terlewat masuk kerja, anda terpaksa mencari alasan untuk mengelakkan dia dipecat oleh majikan anda. Jika dilihat dari sudut positif, terdapat semangat setia kawan, sikap bertimbang rasa dan belas kasihan dekat situ.

Itu penilaian dari sudut positif, kalau dari sudut konsisten? Macam mana pula?

Apabila anda mencari alasan, itu bermaksud anda akan cenderung untuk melakuan perbohongan.

Jika jawapan anda YA dan TIDAK, itu bermaksud anda seorang individu yang menepati masa.

Jika jawapan anda YA dan YA, itu bermaksud anda cuba untuk tidak jujur ketika menjawab ujian psikometrik. Kerana jawapan YA dan YA itu saling bercanggahan antara satu sama lain.

Apabila adanya percanggahan jawapan, maka jawapan anda menjadi tak konsisten. Pihak SPA menganggap calon yang tidak konsisten ini tidak berlaku jujur ketika menjawab soalan psikometrik. Maka gagal lah calon itu.

Lagi Contoh Soalan.

Soalan 1 dan soalan 2 itu boleh dikategorikan sebagai mudah kerana terdapat soalan straight forward. Tapi berlainan pula dengan soalan 3, 4, 5 dan 6 dekat bawah ini. Sebab kedua-dua soalan ini bersifat tricky.

Soalan 3: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 4: Jika turut serta dalam pertandingan badminton, saya lebih suka untuk bersuka-suka daripada menang.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 5: Konsep “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya” penting dalam kehidupan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan 6: Saya sangat suka menjawab soalan berbentuk objektif berbanding soalan subjektif.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Anda dapat kesan tak apa perkaitan antara soalan 3, 4, 5 dengan soalan 6? Ada sikap lain yang ingin dicungkil melalui dua soalan ini. Sikap ini wajid ada dalam diri setiap kakitangan kerajaan. Klik butang di bawah untuk baca huraian jawapan.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392