Macam Mana Nak Konsisten Menjawab Ujian Psikometrik?

Satu kelemahan ujian online ini ialah calon boleh jadi siapa sahaja yang mereka nak. Contohnya macam soalan di bawah ini.

Contoh Soalan : Saya akan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat merah walaupun ketika itu waktu tengah malam yang tiada kenderaan lain pun di atas jalan.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika diikutkan kepada sikap positif, anda perlu pilih jawapan SANGAT KERAP. Kerana mematuhi lampu isyarat menunjukkan anda seorang individu yang mempunyai sikap disiplin yang tinggi dalam diri.

Kalau anda langgar lampu isyarat merah itu sekali pun, siapa je yang tahu kan. Bukankah masa tu tengah malam, lagipun bukannya ada kenderaan lain pun.

Jadi lebih baik anda pilih jawapan SANGAT KERAP, walaupun anda pernah melanggar lampu isyarat merah sebelum ini. Itu boleh menunjukkan anda mempunyai sikap disiplin dalam diri.

Ujian Psikometrik Tidak Semudah Itu

Kalaulah soalan psikometrik sekadar nak cari nilai positif dan negatif macam tu, maka ramailah calon yang akan lulus dalam ujian ni nanti. 

Jadi tak tercapailah objektif ujian ini dijalankan, iaitu nak mengurangkan jumlah calon.

Pihak SPA dah tahu dah pasal isu ni. Sebab itulah mereka menyediakan banyak soalan tu. Ada ujian 135 soalan, ada 154 soalan, ada 166 soalan, dan ada 199 soalan. 

Tujuan mereka bagi soalan banyak adalah untuk menguji tahap konsisten seseorang calon. 

Dengan tahap konsisten inilah boleh membuktikan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri seorang calon ataupun calon itu cuba untuk mengada-adakan sikap itu.

Artikel berkaitan: Bagaimana Ujian Psikometrik Berfungsi.

Cuba anda tengok pada soalan-soalan di bawah. Ini merupakan situasi sebenar ujian psikometrik. 

Soalan akan diselerakkan secara rawak, bercampur-campur dengan soalan pasal topik lain untuk menguji tahap konsistensi anda dalam memberikan jawapan.

Mana satu jawapan pilihan anda? Kita tengok sejauh mana tahap konsisten anda.

Soalan 1: Kawan saya beritahu saya seorang yang mudah difahami.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 2: Kadang-kadang saya cepat bertindak balas tanpa banyak berfikir.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 3: Dalam kumpulan yang besar, saya lebih kerap diperkenalkan oleh orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 4: Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Bagaimana Nak Pilih Jawapan Yang Konsisten?

Tahukan anda faktor terbesar kenapa ramai gagal dalam psikometrik ialah mereka gagal memilih jawapan konsisten. Sebenarnya mudah je kalau anda dah tahu trick konsisten ini. Klik butang di bawah untuk download.

Soalan 5: Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 6: Kadang-kadang saya terlalu banyak berfikir sehingga terlambat untuk bertindak balas kepada sesuatu perkara.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 7: Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A. Ya
B. Tidak

Soalan 8: Secara amnya, boleh dikatakan orang lain akan mengambil masa yang singkat untuk mengenali diri saya.

A. Ya
B. Tidak

Cuba anda tengok pada soalan 1, “Kawan saya beritahu saya seorang yang mudah difahami”, agak-agak anda apa perwatakan yang cuba dicungkil melalui soalan ini? 

Dalam dunia psikologi, soalan seperti ini boleh menggambarkan perwatakan sebenar seseorang. 

Kalau anda pilih jawapan YA, anda bakal dikategorikan kepada golongan tertentu. 

Kalau anda pilih jawapan TIDAK, anda bakal dikategorikan kepada golongan yang lain.

Nak memudahkan kefahaman anda, setiap jawapan yang anda pilih itu nanti bakal mencerminkan corak perwatakan. 

Daripada corak perwatakan inilah akan digunakan oleh pihak SPA dalam menentukan adakah anda sesuai dengan sesuatu jawatan ataupun tidak.

Jadi, apakah jawapan anda untuk lapan soalan ini? 

Adakah jawapan anda itu menepati perwatakan untuk jawatan kali ini? 

Saya ada sediakan huraian jawapan lengkap untuk kelapan-lapan soalan ini. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.