Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik pegawai penyelidik Q9? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan pegawai penyelidik sepenuhnya bergantung kepada skop kerja jawatan ini sendiri.
Antaranya skop tugas pegawai penyelidik ialah:
Tugas: Mengendalikan eksperimen, membentangkan hasil kajian, menyelesaikan masalah saintifik, dan menyiapkan laporan teknikal mengikut garis masa yang ketat.
Pegawai penyelidik sering berdepan tekanan seperti kegagalan eksperimen, kritikan terhadap dapatan kajian, dan keperluan memenuhi tarikh akhir pembentangan atau penerbitan jurnal. Tugasan juga melibatkan pengurusan data kompleks dan urusan dengan pihak berkepentingan.
Oleh itu, skor kestabilan emosi tinggi adalah paling sesuai kerana mereka perlu kekal tenang, sabar, dan fokus dalam menangani cabaran kerja yang mencabar secara berterusan.
Jika skor terlalu rendah, individu mungkin cepat rasa tertekan, cemas apabila berhadapan masalah teknikal, atau hilang motivasi apabila menerima penolakan jurnal. Keadaan ini boleh menjejaskan konsistensi dan kualiti hasil penyelidikan.
Tugas: Melaksanakan kajian, analisis data, dan membangunkan penemuan baharu dalam bidang kepakaran yang ditetapkan.
Pegawai penyelidik perlu menjana idea baharu, mencadangkan hipotesis, dan mengaplikasikan pendekatan penyelidikan yang kreatif serta inovatif. Mereka juga berdepan dengan keperluan menyesuaikan diri dengan teknologi, kaedah, dan cabaran penyelidikan terkini.
Oleh itu, skor keterbukaan yang tinggi adalah paling sesuai kerana mereka perlu bersikap ingin tahu, fleksibel, dan terbuka terhadap perubahan demi kemajuan ilmu dan penemuan baharu.
Jika skor terlalu rendah, individu mungkin hanya mengikut pendekatan lama, kurang fleksibel terhadap idea baharu, dan mudah menolak kaedah yang belum terbukti.
Ini boleh mengehadkan potensi penyelidikan dan menyebabkan kajian tidak relevan dengan keperluan semasa.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang pegawai penyelidik itu perlu ada kestabilan emosi dan juga keterbukaan dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik pegawai penyelidik ini.
“Jadi ujian ni nak uji kestabilan emosi dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan pegawai penyelidik, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Soalan 3: Saya tidak takut untuk masuk seorang diri ke dalam bilik yang mana terdapat ramai orang sedang berkumpul dan berbual-bual.
Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.
Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.
Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.
Soalan 7: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.
Soalan 9: Dalam membuat sesuatu keputusan, saya lebih suka bergantung pada fakta dan data daripada gerak hati dan perasaan.
Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.
Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.
Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.
Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.
Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.
Soalan 15: Saya cenderung membuat keputusan dengan mempertimbangkan bagaimana ia akan mempengaruhi orang lain.
Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.
Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 20: Saya sering dilihat sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Sebelum ini saya ada bagitahu jawatan ini memerlukan kestabilan emosi yang tinggi bukan? Tapi bagaimana pihak SPA nak tapis ribuan calon yang betul-betul mempunyai emosi yang stabil?
Kalau anda nak tahu, inilah fungsi ujian psikometrik.
Di bawah ini merupakan soalan yang menguji kestabilan emosi dalam diri seorang calon ujian psikometrik.
Soalan 1: Jika menghadapi masalah fikiran saya akan menjadi tenang.
Soalan 1 ini sebenarnya ingin menguji sejauh mana seseorang itu boleh mengawal emosinya apabila berdepan dengan masalah.
Ada orang, apabila berdepan dengan masalah, fikiran mereka menjadi bercelaru, sukar untuk berfikir secara rasional.
Jika anda memilih jawapan ‘YA’, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai satu sifat tahap emosi yang stabil. Ini disebabkan anda cenderung untuk bertenang berbanding keluh-resah.
Ujian psikometrik ini juga boleh tahu sama ada individu itu berlaku jujur ataupun sekadar berpura-pura ketika menjawab soalan. Setiap soalan akan bertanyakan soalan yang berulang-ulang.
Tujuannya ialah untuk memastikan dan mengesahkan sesuatu sikap itu betul-betul wujud dalam diri anda ataupun sekadar dibuat-buat.
Soalan 2: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya.
Kalau anda nak tahu, soalan 1 dan soalan 2 itu saling berkaitan antara satu sama lain.
Soalan 1 itu bertujuan untuk menguji adakah anda seorang individu yang tenang. Soalan 2 pula digunakan untuk mengesahkan adakah betul anda mempunyai sikap tenang itu ataupun anda sekadar buat-buat ada.
Salah satu kesilapan calon psikometrik ialah mereka cuba mentafsir soalan berdasarkan kepada pemahaman mereka sendiri.
“Bagi saya wajar untuk kita rasa marah kalau ada orang lain memburukkan nama negara kita. Itu bermaksud dalam diri kita ini ada semangat patriotik.” – calon psikometrik.
Tapi betul ke pemahaman seperti ini?
Jika betul, dekat sini boleh menimbulkan satu persoalan. Apakah orang yang lebih tenang, tanpa dipengaruhi oleh emosi itu tidak ada semangat patriotik dalam diri mereka?
Adakah dengan adanya sifat marah itu memberi maksud seseorang itu terpaling patriotik? Adakah kemarahan menjadi indikator dalam mengukur semangat patriotik seseorang?
Kalau anda nak tahu, inilah kesannya jika soalan psikometrik itu dinilai kepada pemahaman sendiri. Apabila melibatkan soalan psikologi, wajib disandarkan kepada teori personaliti dalam mentafsir setiap soalan.
“Jadi, soalan ini nak cungkil karakter apa sebenarnya cikgu?”
Kalau anda nak tahu, soalan ini cuba menguji bagaimana reaksi emosi seseorang itu apabila mereka menerima sesuatu maklumat.
Adakah mereka dipengaruhi oleh emosi terlebih dahulu? Ataupun mereka lebih bersifat rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi?
Jika anda cenderung memilih jawapan ‘Tidak Setuju’, ini memberi satu signal diri anda mungkin lebih terkawal dari segi reaksi emosi, dan cenderung bersikap rasional dalam menilai sesuatu isu.
Jadi anda perlu teguhkan pendirian anda supaya jawapan anda nanti tidak terpengaruh dengan unsur patriotik yang cuba dimasukkan dalam soalan, untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri anda ketika memilih jawapan.
Tapi anda jangan pula fikir jawapan ‘Setuju’ itu jawapan yang salah. Jika anda cenderung untuk bersetuju dengan soalan itu, itu bermaksud dalam diri anda mempunyai salah satu ciri-ciri sifat baran.
Tiada jawapan yang salah, sebab setiap orang ada kecenderungan karakter mereka tersendiri. Ujian psikometrik tidak mencari jawapan siapa betul, jawapan siapa salah. Ujian ini hanya nak mengenal karakter diri anda yang sebenar sahaja.
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik pegawai penyelidik ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.
Untuk ujian psikometrik pegawai penyelidik ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Klik butang di bawah untuk download.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik pegawai penyelidik, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga pegawai penyelidik kelak. Aamiin.