Ujian Psikometrik JPJ Nak Uji Karakter Apa?

Ramai calon tertanya-tanya “ujian psikometrik JPJ ni sebenarnya nak uji apa?”

Adakah sekadar soalan suka atau tidak suka, setuju atau tidak setuju? Atau ada makna tersirat di sebalik setiap pilihan jawapan?

Ya, memang ada. Ujian ini bukan sembarangan. Ia direka khusus untuk menilai karakter dalaman calon, sama ada sesuai atau tidak untuk memikul tanggungjawab sebagai Pegawai Penguat Kuasa JPJ.

Mari kita bongkar dua karakter utama yang sangat-sangat ditekankan dalam ujian ini.

1. Kehematan

Apa itu kehematan?

Secara ringkas, kehematan merujuk kepada sifat bertanggungjawab, berdisiplin, teliti dan patuh pada peraturan.

Sebagai pegawai penguat kuasa JPJ, anda akan berdepan dengan tugas-tugas seperti:

  • Menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan
  • Menyiasat kesalahan lalu lintas
  • Mengurus dan memantau operasi harian
  • Terlibat dalam pendakwaan dan laporan siasatan

Semua tugas ini memerlukan ketelitian dan amanah yang tinggi. Sebarang kecuaian atau sikap sambil lewa boleh memberi impak besar kepada imej JPJ dan kepercayaan masyarakat.

Contoh Soalan Psikometrik:

Soalan: Saya akan pastikan setiap tugasan yang diberikan disiapkan sebelum tarikh akhir.

A. Ya
B. Tidak

Soalan ini mungkin nampak mudah. Tapi sebenarnya ia menguji kehematan anda, adakah anda jenis yang menghargai masa dan komited terhadap amanah?

2. Kestabilan Emosi

Bayangkan anda sedang menjalankan sekatan jalan raya. Tiba-tiba, pemandu enggan beri kerjasama. Nada suara mula meninggi. Orang awam mula rakam video.

Apa reaksi anda?

Inilah pentingnya kestabilan emosi. Keupayaan seseorang untuk kekal tenang, rasional, dan profesional dalam situasi tegang.

Sebagai pegawai penguat kuasa, anda akan berhadapan dengan pelbagai emosi. Marah, kecewa, kecewa; dan anda perlu kawal semuanya dengan baik. Pegawai yang cepat melatah atau mudah goyah boleh menimbulkan konflik dan kerosakan reputasi.

Contoh Soalan Psikometrik:

Soalan: Terlalu banyak bebanan yang saya pikul sehingga sering rasa tertekan.

A. Ya
B. Tidak

Jika anda menjawab “Ya”, ini mungkin memberi isyarat bahawa tekanan mudah menjejaskan prestasi anda. Ini bukan ciri yang sesuai untuk tugasan penguatkuasaan yang sentiasa mencabar.

Dua Karakter Ini Wajib Lulus!

Sekadar cemerlang dalam akademik atau lulus ujian fizikal belum cukup. Jika anda tidak mempunyai dua karakter ini, kehematan dan kestabilan emosi, peluang anda untuk diterima sebagai pegawai JPJ mungkin tipis.

Tetapi jangan putus asa.

Ujian ini bukan untuk menjatuhkan. Ia adalah mekanisme untuk pastikan hanya calon yang betul-betul bersedia secara mental dan emosi dipilih.

Lagipun, bidang penguatkuasaan bukan kerja biasa. Ia memerlukan jiwa yang kuat, disiplin yang tinggi, dan integriti yang kukuh.

Sesuai Ke Anda Dengan Jawatan Ini?

Jika anda rasa dua karakter ini memang kuat dalam diri anda, tahniah, anda mungkin calon ideal.

Tapi jika sebaliknya, terimalah dengan hati terbuka. Mungkin jawatan ini bukan untuk anda, dan itu tidak bermaksud anda gagal. Ia hanya bermaksud anda belum jumpa jawatan yang paling sesuai dengan personaliti anda.

Yang penting, jujur pada diri.

Belajar Sesuatu?

Anda belajar sesuatu tak daripada perkongsian ini? Saya ada sediakan banyak lagi tips dan soalan psikometrik JPJ. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.