Ulasan Jawapan.

Soalan: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.

A. Sangat tidak setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat setuju

Agak-agak anda, soalan ini nak cungkil karakter apa?

Kalau anda nak tahu, soalan ini sebenar cuba mencungkil karakter keterbukaan.

Yeke keterbukaan, tapi kenapa?

Sebab soalan ini cuba menonjolkan kecenderungan untuk melihat daripada empat perspektif dalam membuat keputusan.

  • Perspektif 1: Fakta
  • Perspektif 2: Logik
  • Perspektif 3: Pengalaman
  • Perspektif 4: Gerak hati

Jadi, soalan ini sangat pertepatan dengan karakter skor tinggi dalam keterbukaan.

Sebab wujudnya kecenderungan seseorang itu untuk melihat daripada kepelbagaian perspektif dalam membuat apa-apa keputusan.

Jika anda memilih jawapan ‘Sangat Setuju’, itu bermaksud skor keterbukaan dalam diri anda berada di tahap yang tinggi.

Berbeza dengan individu skor rendah dalam keterbukaan, dia lebih cenderung untuk menilai sesuatu perkara dari satu perspektif sahaja.

Anda Belajar Sesuatu?

Saya ada sediakan lagi extra soalan dan ulasan jawapan seperti ini. Saya bongkarkan apakah karakter dalam setiap soalan, antaranya:

  • Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
  • Menang dalam pertandingan tidak membuatkan diri rasa lebih berharga.
  • Saya tetap bersaing dengan orang lain walaupun mereka tidak bersaing dengan saya.

Jika anda tahu setiap kategori soalan, jawapan anda pasti akan lebih konsisten. Nanti anda boleh download dengan klik butang di bawah ini: