Soalan 1: Saya melakukan sesuatu mengikut buku.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Ini merupakan soalan yang menimbulkan kekeliruan pada calon exam sebelum ini. Anda rasa sikap apakah agaknya yang cuba dicungkil disebalik soalan ini?
Kalau anda nak tahu, soalan ini digunakan dalam menguji bagaimana seseorang individu itu bertindak.
Dalam skop penilaian ini, manusia akan terhahagi kepada dua kategori. Seorang yang suka pada ketetapan, ataupun seorang yang fleksibel.
Untuk soalan ini, ia digunakan dalam mencungkil tahap kecenderungan seseorang kepada ketetapan. Frasa ‘mengikut buku’ di sini bermaksud kecenderungan seseorang untuk mengikuti prosedur dan fakta yang telah ditetapkan.
Soalan ini nak mengukur sejauh mana personaliti diri anda suka mengikut sesuatu perkara yang telah ditetapkan.
Akan ada banyak lagi soalan dalam kategori yang sama dengan soalan 1 akan ditanya. Di bawah ini pernyataan lain yang bersifat ketetapan.
Soalan 2: Saya patuh kepada jadual yang saya tetapkan.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 3: Apabila seseorang memotong tidak mengikuti giliran, saya menegurnya.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Sikap berlawanan kepada ketetapan ialah fleksibiliti. Mereka yang cenderung ke arah fleksibiliti sering mencari cara baru untuk melakukan sesuatu, dan lebih terbuka daripada sekadar mengikuti prosedur yang telah ditetapkan.
Di bawah ini merupakan soalan bersifat berlawanan kepada soalan 1, 2 dan soalan 3 ialah:
Soalan 4: Saya boleh menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak terduga dan menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Soalan 5: Saya lebih suka meneroka pilihan dan alternatif baharu sebelum membuat keputusan muktamad.
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Setuju
D. Sangat Setuju
Antara ciri-ciri yang terdapat pada individu fleksibel ialah mereka lebih terbuka kepada perubahan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka juga mudah menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak terduga.
Kalau anda tengok kepada soalan 1, 2, 3, 4, dan soalan 5, kesemuanya bersifat positif kan. Walaupun soalan tu bersifat positif, ada soalan bersifat kontra antara satu sama lain.
Bagi anda yang tidak ada pendirian, saya yakin anda akan setuju dengan kesemua soalan ini kan? Akibatnya, profil personaliti yang terhasil akan bercelaru.
Sekejap suka ikut prosedur, sekejap fleksibel. Boleh nampak dengan jelas kecelaruan identiti dekat situ. Seakan-akan cuba menyembunyikan sikap sebenar.
Jadi apakah kecenderungan personaliti anda? Ke arah ketetapan ataupun fleksibiliti? Pastikan anda tahu kecenderungan ini jika nak jawapan anda lebih konsisten.
Jika anda mahukan lagi extra soalan dan huraian jawapan seperti ini, boleh klik butang di bawah untuk download.
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.