Huraian Jawapan.

Soalan 1: Walaupun pada masa ini saya mungkin tidak bersetuju dengan kerajaan, komitmen saya pada Malaysia sentiasa kukuh.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Ini merupakan soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik, Agak-agak anda, sikap apakah yang cuba dicungkil melalui soalan ini?

Adakah sikap cinta akan negara?

Antara isu yang cuba dibangkitkan dalam soalan ini ialah ketidaksetujuan seseorang terhadap kerajaan. Tapi dalam masa yang sama individu ini masih terus setia dengan kerajaan.

Adakah soalan ini cuba nak cungkil personaliti hipokrit? Depan sokong, belakang membangkang.

Ini merupakan perkara yang cuba dicungkil melalui soalan ini. Bagi anda yang tidak tetap dalam pendirian, saya yakin anda pasti akan keliru dengan soalan ini. Rasa confused nak pilih jawapan yang mana satu.

Apa Kata Calon?

“Pening fikir .. yang mana rasa macam tak logik tu buh ja sangat tidak setuju .. hahahaha” – Yanie

“Sangat setuju kau x menipu pun SPA tau ko menipu hahahaha” – Eden

“Sangat setuju….sbb as rakyat marhaen kita sepatutnya mengikut pola yang telah di cadangkan oleh kerajaan sbb untuk jadi maju kita perlu menyokong dasar yang telah di buat sebab dasar yang dibuat telah dan akan di tapis oleh para profesional yang telah di lantik dan dilatih..” – Ridzuan

“Rasa-rasa soalan tu nak uji kesetiaan kepada pemerintah kot. Nak kerja dengan kerajaan kena lah patuh, walaupun hakikatnya tak.. Tapi entah lah, saya pun pening fikir soalan ni.. soalan tu macam pusing-pusing.. haha” – Jamal

Soalan Sama Kategori.

Apa sekalipun jawapan anda tu nanti, sila pastikan jawapan anda itu sentiasa konsisten antara satu sama lain.

Antara soalan lain yang digunakan dalam menentukan tahap konsisten seseorang ialah:

Soalan 2: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Anda mahukan lagi soalan seperti ini?
Sila klik butang di bawah untuk download.

Soalan 4: Saya selalu berpegang teguh dengan pendapat saya, walaupun pendapat itu tidak popular.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Kena Konsisten.

Tiga soalan ini sama kategori dengan soalan 1 di atas. Untuk pastikan jawapan anda itu konsisten, sila pastikan jawapan pilihan anda itu tidak bercanggah antara satu sama lain.

Saya ada huraikan secara terperinci bagaimana soalan-soalan ini berkait antara satu sama lain.

Jika anda tahu setiap kategori soalan, saya yakin jawapan anda nanti akan jadi lebih konsisten. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi? Jom baca di SINI.