Bagaimana Ujian Psikometrik Berfungsi?

Secara asasnya, ujian psikometrik ini berfungsi untuk mengkategorikan seseorang kepada kumpulan-kumpulan tertentu. 

Terdapat dua frasa penting dalam ujian psikometrik, iaitu frasa pengkategorian dan frasa pengesahan.

Frasa Ujian Psikometrik

Frasa 1: Pengkategorian

Pada frasa ini, satu soalan akan ditanyakan kepada anda. Ianya berfungsi dalam menentukan ke arah mana pendirian anda terhadap soalan yang ditanya. 

Ketika ini, jawapan anda itu bakal menentukan sama ada anda berada dalam perwatakan A ataupun perwatakan B.

Frasa Pengkategorian

Frasa 2: Pengesahan

Andaikata jawapan anda pilih itu adalah perwatakan A, soalan-soalan dalam kategori yang sama seperti soalan 2, 3, 4 dan soalan 5 akan ditanya kembali untuk mengesahkan jawapan anda.

Tujuannya adalah untuk mengesahkan adakah betul anda ini mempunyai perwatakan kumpulan A ataupun anda cuba untuk mengada-adakan perwatakan itu.

Frasa Pengesahan

Dekat sinilah tahap pendirian seseorang itu diuji. Jika seseorang itu mempunyai pendirian yang kukuh, jawapan dalam soalan 2, 3, 4 dan 5 akan selari dengan jawapan dalam soalan 1. 

Sekiranya jawatan kali ini memerlukan calon yang berperwatakan kumpulan A, seseorang calon itu akan diluluskan sekiranya jawatan dia berikan selari dengan perwatakan kumpulan A.

Jika jawapan dia bercanggah antara satu sama lain, itu bermaksud seseorang calon itu cuba untuk mengada-adakan perwatakan yang tak wujud dalam diri dia. 

Kesannya, calon ini bakal digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesuatu jawatan.

Contoh Soalan

Kelapan-lapan soalan di bawah ini digunakan untuk mengkategorikan calon kepada beberapa kategori perwatakan. 

Soalan-soalan ini digunakan dalam mencungkil bagaimana seseorang itu memberikan respon kepada orang lain dalam beberapa situasi.

Daripada jawapan anda pilih nanti, akan membentuk satu profil perwatakan. 

Daripada profil perwatakan inilah yang digunakan oleh pihak SPA dalam menentukan kesesuaian sesuatu jawatan dengan diri anda.

Artikel Berkaitan: Empat Tips Lulus Ujian Psikometrik (Terbukti)

Frasa 1: Pengkategorian

Soalan 1 di bawah ini digunakan dalam menentukan ke arah mana perwatakan anda. Untuk soalan ini, ianya bakal mencerminkan peribadi anda sekiranya anda berdepan dengan situasi seperti ini.

Soalan 1: Saya mendengar nasihat pakar tetapi akan mengikut keputusan asal saya sendiri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Saya fikir, mesti ada di antara anda pernah mengalami situasi seperti ini. Adakalanya kita cuba mendengar pendapat dari seseorang. 

Anda menunjukkan riaksi seolah-olah berminat dengan pendapat tu. Tapi diakhirnya, anda pilih keputusan berdasarkan kepada apa yang anda rasa betul.

Frasa 2: Pengesahan

Apabila anda memilih jawapan pada soalan 1, soalan-soalan lain dalam kategori yang sama akan ditanyakan kembali. Contohnya seperti soalan 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan soalan 8 di bawah ini.

Tujuannya hanyalah satu, iaitu cuba untuk mengesahkan sejauh mana jawapan soalan 1 itu mencerminkan diri anda ataupun anda cuba mengada-adakan sahaja.

Soalan 2: Saya tidak mahu memaksa kehendak saya kepada orang lain, saya mahu mencari jalan tengah yang boleh diterima semua pihak.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Saya mahu memastikan semua orang mempunyai peluang untuk menyumbang dan terlibat dalam proses membuat keputusan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 4: Saya menerima pandangan kumpulan walaupun bercanggah dengan prinsip hidup saya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya bersedia untuk mengorbankan beberapa kepentingan saya untuk mencapai kesepakatan yang dapat diterima oleh kedua belah pihak.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya akan mempertimbangkan idea orang lain jika idea yang saya cadangkan tidak boleh diterima oleh orang lain.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 7: Saya akan mempertahankan apa sahaja prinsip yang telah dipersetujui walaupun ada orang yang mengungkit.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 8: Apabila ada kawan tidak berpuas hati dengan tindakan saya, saya akan cuba menjauhinya kerana saya tahu pertengkaran tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Keliru Dengan Soalan?

Saya percaya soalan-soalan ini boleh mengelirukan anda sekiranya anda tak tetapkan pendirian anda. 

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan ini cuba mencungkil lima perwatakan dalam diri anda.

Sebagai manusia normal, hanya akan dominan kepada satu perwatakan sahaja. Agak-agak anda dalam kategori yang mana?

Jadi apa jawapan anda dalam kelapa-lapan soalan ini? Adakah jawapan anda itu konsisten? 

Jom baca huraian jawapan lengkap dengan klik butang di bawah ini. Saya huraikan secara terperinci bagaimana nak memilih jawapan yang lebih konsisten.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Ikhlas,
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392