Antara tips yang kerap diberikan terutama bagi calon-calon yang lulus ujian psikometrik, mereka katakan bahawa mereka pilih jawapan secara konsisten.
Persoalannya sekarang, konsisten itu apa? Dan bagaimana nak konsisten?
Kalau anda nak tahu, konsisten ini berkait rapat dengan pendirian seseorang. Pendirian ini pula lahir dari apa yang mereka minat.
Situasi sama seperti soalan, ‘antara phone android dengan iphone, mana lagi power?’.
Bagi pengguna phone android, mereka akan sokong phone android lah yang paling power.
Tapi berlainan dengan pengguna iphone, bagi mereka iphone lah paling power dan phone android ini dah ketinggalan ke belakang.
Walaupun ada yang mengatakan phone mereka ini cepat panas, mudah lagged, kamera tak cantik, itu tidak mengubah pendirian terhadap minat mereka itu.
Mereka akan tetap pertahankan apa yang mereka minat ini. Inilah yang dinamakan pendirian.
Kaedah yang sama digunakan dalam ujian psikometrik. Soalan sebelum ini, ‘alat’ yang digunakan ialah phone android dan iphone.
Untuk ujian psikometrik pula, pihak SPA menggunakan perwatakan sebagai alat untuk menilai.
Tujuan ujian ini satu sahaja, nak mengkategorikan seseorang calon itu kepada golongan tertentu.
Selepas itu, mereka akan mengukur sejauh mana pendirian seseorang calon itu terhadap golongan yang mereka pilih.
Salah satu skop penilaian ujian psikometrik adalah untuk mengkategorikan seseorang daripada sudut seseorang itu menerima dan menilai maklumat.
Dalam dunia psikologi, manusia akan terbahagi kepada dua golongan dalam skop penilaian ini, iaitu:
Jika seseorang calon itu menonjolkan kecenderungan ke arah menilai maklumat secara konkrit, pihak SPA akan mengukur sejauh mana kecenderungan ini wujud dalam diri seseorang calon.
Soalan-soalan di bawah ini pula merupakan soalan yang pernah digunakan dalam ujian sebelum ini.
Soalan 1: Saya berupaya mencadangkan kesimpulan alternatif apabila diberikan keputusan yang hanya mencadangkan satu kemungkinan kesimpulan.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Soalan 2: Saya cuba untuk membuat sesuatu dengan cara yang berbeza untuk meningkatkan prestasi saya.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Soalan 3: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Soalan 4: Saya jangka saya akan kerap bertukar kerja dalam beberapa tahun akan datang.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Tak Tahu Macam Mana Nak Konsisten?
Dalam ebook ini saya kongsikan kepada anda ‘trick’ mudah nak pilih jawapan konsisten. Klik butang di bawah untuk download selagi percuma.
Soalan 5: Saya tidak perlu mempunyai banyak pilih untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Soalan 6: Saya lebih suka melaksanakan tugasan mengikut kebiasaan berbanding melakukannya mengikut kemahuan sendiri.
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya
Melalui soalan-soalan ini, pihak SPA boleh tahu kecenderungan seseorang dan mereka boleh tahu adakah sesuatu jawatan itu sesuai dengan seseorang calon ataupun tidak.
Jika jawatan kali ini memerlukan penjawatnya mempunyai pemikiran dalam menilai abstrak, calon yang mempunyai kecenderungan ke arah pemikiran bersifat abstrak akan diluluskan.
Calon yang ada kecenderungan ke arah pemikiran bersifat konkrit pula bakal digagalkan. Dan begitulah sebaliknya.
Bagi jawatan pereka grafik, kecenderungan perwatakan mereka lebih ke arah pemikiran bersifat abstrak. Manakala jawatan juruteknik pula lebih cenderung ke arah pemikiran bersifat konkrit.
Apa akan jadi jika jawatan pereka grafik dilantik dari individu yang mempunyai pemikiran bersifat konkrit?
Kesan buruknya ialah ianya akan mengganggu mutu kerja seseorang. Ianya disebabkan pereka grafik perlu mempunyai minda yang kreatif dan berimaginasi tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.
Di mana minda yang kreatif dan berimaginasi tinggi ini merupakan ciri-ciri seorang yang mempunyai pemikiran bersifat abstrak.
Dalam erti kata mudah, ujian psikometrik ini digunakan untuk mencari pekerja yang betul-betul boleh melaksanakan skop kerja.
Selain daripada tidak memberikan mutu kerja yang baik, pekerja yang tiada minat dengan pekerjaan juga selalunya tidak kekal lama dengan pekerjaan mereka.
Mereka akan selalu bertukar-tukar jawatan mengikut kepada berapa banyak gaji yang ditawarkan.
Kunci untuk lulus ujian psikometrik ini adalah anda perlukan pastikan pendirian anda itu selari dengan keperluan perwatakan sesuatu jawatan.
Jika ada banyak keserasian, anda bakal diluluskan untuk ujian kali ini. Jika tidak, anda digagalkan.
Untuk keenam-enam soalan ini, apa pendirian anda?
Adakah pendirian anda itu konsisten ataupun tidak? Adakah pendirian anda itu sesuai ataupun tidak dengan jawatan kali ini?
Sila klik butang di bawah ini untuk baca huraian jawapan lengkap.
Saya tunjukkan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten dan disertakan dengan bukti dalam memilih jawapan yang konsisten.
(Password Protected)
Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.
Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.