Ujian Psikometrik, Kenapa Ramai Yang Gagal?

Cikgu Khairul

Salam perkenalan daripada saya, Cikgu Khairul. Telah berjaya membantu ramai calon exam untuk lulus exam SPA.

Macam Mana Nak Skor Dalam Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik macam dah jadi tapisan wajib untuk masuk kerja kerajaan. Tak susah pun ujian ni. Ianya lebih kepada nak tapis calon yang betul-betul sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Kunci paling utama untuk lulus ujian psikometrik ialah;

"Sembunyikan Nilai Negatif",
"Tonjolan Nilai Positif"

Contoh soalan sebegini;

Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’.

A. Ya
B. Tidak

Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya mereka akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagipun ini merupakan penyataan daripada sebuah kajian. Kalau dah ada kajian mesti ada data untuk menyokong penyataan ini kan?

Kalau anda berfikir macam tu, anda sebenarnya dah jatuh ke dalam perangkap psikologi. 

Tujuan soalan ini bukanlah nak bertanyakan pasal stress ataupun tak. Tapi ianya nak mengesan sama ada anda ini seorang perokok ataupun tidak.

“Tapi saya tak merokok pun…”

Walaupun anda bukan perokok sekali pun, bila anda bersetuju, jelas menunjukkan anda menyokong tabiat merokok ini.

Opss.. Perokok dan penyokong perokok dah dikesan. Dah kantoi!

Anda perlu ingat, aktiviti merokok adalah dilarang di tempat awam Malaysia. Ianya dah jadi amalan negatif.

Hati-hati. Ada ‘jerangkap samar’ yang anda tak sedar.

Saya bagi satu lagi contoh.

Untuk informasi anda, soalan di bawah ini merupakan soalan kuiz yang pernah saya jalankan. 

Merokok di tempat tertutup adalah lebih baik daripada merokok di tempat awam yang mempunyai ramai orang.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

Soalan ini berkaitan dengan topik yang sama, iaitu rokok. Tapi soalan diubah sehinggakan ramai yang pilih untuk bersetuju secara sukarela.

Merokok ditempat terbuka ataupun tertutup, semua itu amalan negatif. Soalan ini digubah seolah-olah kita perlu memilih mana satu yang lebih baik kan. Sama ada pilih tempat tertutup ataupun tempat terbuka. 

Nampak tak macam mana susunan ayat ini berjaya mengelirukan anda.

Ini saya kongsikan statistik yang saya dapat dari kuiz tu. 

Hampir tiga ribu orang yang jawab kuiz ini bersetuju dengan penyataan ini. Nampak tak betapa ramai yang dah terjatuh ke dalam jerat psikologi ini.

Tunjukkan Pendirian Anda Dengan Jawapan Konsisten.

Selain daripada jawapan kena selalu positif, nak lulus ujian ini anda perlu memastikan jawapan yang diberi sentiasa konsisten. Jika jawapan anda tidak konsisten, itu bermaksud anda tidak berlaku jujur ketika menjawab soalan.

Kurang faham? Jom saya tunjukkan contoh mudah ini.

Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A. Ya
B. Tidak

Sebagai seorang ketua, saya akan memastikan orang mengikut arahan saya.

A. Ya
B. Tidak

Kedua-dua soalan di atas ini bertujuan nak mencungkil adakah anda ini mempunyai sikap seorang ketua ataupun tidak.

Jika jawapan anda Tidak dan Ya, itu bermaksud anda mempunyai ciri-ciri seorang ketua. Jika jawapan anda berikan Ya dan Tidak, itu bermaksud anda mempunyai sikap seorang pengikut.

Dan jika anda menjawab Ya dan Ya ataupun Tidak danTidak, itu bermaksud pendirian anda tak tetap. Dalam erti kata yang lain, anda cuba sembunyikan sikap sebenar yang ada dalam diri anda.

Kuiz Konsistensi.

Nak tahu tahap konsistensi anda? Jom jawab 10 soalan mudah ini.

Awas! Soalan Tricky.

Mudah je kan. Tapi itu soalan berbentuk straight forward, macam mana pula soalan yang tricky?

Cuba anda tengok dua soalan di bawah ini.

Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Setuju
B. Tidak Tidak

Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tapi barang dipilih oleh pembeli.

A. Setuju
B. Tidak Tidak

Kadang-kadang, anda sebagai calon tak tahu pun sikap apa sebenarnya ingin dicungkil melalui soalan ini. Soalan yang bersifat tricky inilah yang menjadi salah satu punca kenapa ramai calon tidak berjaya dalam ujian psikometrik ini.

Nak Lulus Ujian Psikometrik?

Untuk persediaan ujian yang bakal tiba nanti, saya highly recommended kepada anda untuk baca satu rujukan psikometrik ini.

rujukan ujian psikometrik 2022

Dalam tu, Tim Infokerjaya telah terangkan secara terperinci teknik yang berkesan dalam menjawab ujian psikometrik. Dalam tu ada 200 soalan berserta jawapan disediakan untuk anda.

Soalan pulak sentiasa dikemaskini mengikut standard yang dikeluarkan oleh SPA dan mengikut format psikometrik yang terkini.

Confirm Boleh Lulus Ke?

Ini maklum balas daripada calon exam yang lepas. Anda boleh baca reaksi dia selepas baca rujukan ini.

contoh soalan ujian psikometrik testimonial

Calon ni beritahu soalan dalam rujukan psikometrik ini seakan-akan sama dengan soalan ujian sebenar yang dia ambik. Sebab soalan seakan-akan sama itulah yang dia boleh lulus ujian tu. Tunggu untuk dipanggil temuduga je nanti.

Alhamdullillah, dia lulus ujian tu dan tunggu panggilan untuk temuduga. Saya doakan anda pun dapat keputusan yang sama dengan calon ini.

Nak Extra Soalan?

Anda inginkan lagi contoh soalan dan huraian jawapan? Jom klik butang di bawah untuk baca.

Copyright © 2022 Cikgu Kerjaya
Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions