Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan PTD sepenuhnya bergantung kepada skop kerja PTD itu sendiri. Antaranya skop tugas PTD ialah:
Skop tugas 1: Mewakili pegawai atasan ke mesyuarat melibatkan pelanggan dari dalam atau luar jabatan dan membuat tindakan susulan terhadap agenda yang dipersetujui.
Skop tugas ini memerlukan interaksi sosial yang intensif, termasuk kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, membuat pembentangan, dan mengambil bahagian dalam perbincangan. Individu ada kecenderungan sosial berasa selesa dan mahir dalam situasi ini, dan dapat mengekspresikan diri mereka dengan jelas.
Skop tugas 2: Mengkaji pendekatan kerja yang inovatif untuk digunapakai demi merealisasikan matlamat jabatan dari semasa ke semasa.
Tugas ini secara langsung memerlukan keterbukaan kepada idea baharu, pendekatan yang inovatif dan kesediaan untuk mencuba. Ia mencerminkan sifat individu yang mendapat skor tinggi dalam keterbukaan. Ciri-ciri personaliti seperti ini ialah kreativiti, inovasi dan pemikiran fleksibel.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang PTD itu perlu ada kecenderungan sosial dan juga ada keterbukaan yang tinggi dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik PTD ini.
“Jadi ujian ni nak uji kecenderungan sosial dan keterbukaan je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan PTD, itu anda boleh semak semula nanti.
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.
Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.
Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.
Soalan 3: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.
Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.
Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.
Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.
Soalan 7: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
Soalan 8: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.
Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
Soalan 10: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.
Soalan 11: Rata-rata anggota penguatkuasa akan mengabaikan atau menutup mata terhadap perlanggaran undang-undang jika ditawarkan habuan.
Soalan 12: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.
Soalan 13: Saya mampu memulakan perubahan dalam kumpulan atau individu untuk menggalakan produktiviti atau prestasi.
Soalan 14: Saya tahu bagaimana cara seseorang yang tidak amanah mengambil barang-barang orang lain.
Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
Soalan 16: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
Soalan 17: Adakah anda berangan-angan berhubungan romantik?
Soalan 18: Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya.
Soalan 19: Keputusan saya lazimnya berasaskan fakta, logik, pengalaman dan/atau gerak hati.
Soalan 20: Dalam mesyuarat, walaupun saya tidak setuju dengan sesuatu cadangan, saya memilih untuk diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan konflik.
Antara tips terpenting dalam ujian psikometrik ialah konsisten. Ramai calon gagal disebabkan jawapan mereka tak konsisten.
Anda pula bagaimana? Adakah jawapan anda itu mampu menghasilkan satu jawapan yang kosisten?
Jom jawab kuiz 28 di bawah ini. Kita tengok sejauh mana konsisten jawapan anda itu.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9 dan soalan 15 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama.
Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.
Soalan 2: Saya mengambil peluang mengenali beberapa ramai perserta dalam sesuatu majlis.
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda?
Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.
Soalan 9 dan soalan 15 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9 dan 15 ini.
Soalan 9: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.
Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 15: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.
Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.
Kecenderungan perwatakan sangat gemar bersosial.
Soalan 2 = sokong.
Soalan 9 = sokong.
Soalan 15 = bangkang.
Kecenderungan perwatakan tidak gemar bersosial.
Soalan 2 = bangkang.
Soalan 9 = bangkang.
Soalan 15 = sokong.
Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial.
Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9 dan soalan 15, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvertion dan extravertion sahaja.
Individu yang suka bersosial ini berada dalam kategori extravertion, manakala individu yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvertion.
“Cikgu! Antara introvertion dengan extravertion, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.
Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas bagi jawatan kali ini?”.
Nak tahu jawapan itu, anda perlu tahu apakah tugas yang bakal dilaksanakan sekiranya seseorang calon itu dilantik.
Dan perwatakan manakah yang paling optimum untuk memastikan skop tugas bakal dipertanggungjawabkan nanti dapat dilaksanakan dengan baik.
“Cikgu! Macam mana nak lulus ujian psikometrik PTD ini? Share lah sikit tips cikgu”
Satu perkara ini je perlu anda buat, iaitu buat latih tubi. Biasakan diri dengan soalan psikometrik. Cuba ketahui apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Daripada situ jawapan anda akan jadi lebih konsisten, dan jawapan tak bercanggah antara satu sama lain.
Untuk ujian psikometrik PTD bertarikh 13 dan 14 Disember ini, cikgu highly recommended untuk anda baca ebook ini. Dalam ebook ini ada dibincangkan apakah personaliti yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.
Klik butang di bawah untuk download.
Sebelum cikgu terlupa, setiap pembelian rujukan psikometrik ini akan melayakkan anda untuk claim TUJUH BONUS PERCUMA daripada cikgu.
Sila pastikan pembelian anda itu melalui blog ini ya. Kalau anda terbeli daripada blog orang lain, cikgu minta maaf banyak-banyak sebab anda tak layak untuk claim bonus ini.
Tanpa bonus-bonus ini, rujukan ini tidak lengkap kerana terdapat beberapa perkara tidak diterangkan secara terperinci terutama berkaitan topik cara memilih jawapan konsisten. Hanya diterangkan dalam tiga muka surat sahaja.
Dalam ebook bonus, saya sediakan kes study berkaitan dengan bagaimana nak memilih jawapan yang konsisten. Ada jawapan yang bersifat positif boleh menggagalkan seseorang dan ada jawapan bersifat negatif boleh meluluskan seseorang calon.
Kalau anda sebagai calon tak tahu pasal hal ini, anda sebenarnya rugi kerana anda bakal mengulangi kesilapan yang sama untuk ujian-ujian akan datang.
Sila klik butang di bawah ini untuk claim bonus-bonus ini.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik PTD, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga PTD kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.