Huraian Jawapan.

Soalan 1: Sokongan terhadap usaha ke arah perubahan yang positif merupakan cara saya menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Kalau anda perasan, ada banyak soalan berkaitan negara ditanya dalam ujian psikometrik baru-baru ini. Adakah pihak SPA nak uji semangat patriotik dalam ujian kali ini? Adakah semangat patriotik sangat-sangat diperlukan untuk jawatan kali ini? Itu menjadi persoalan.

Ramai calon rasa keliru nak pilih jawapan apa yang paling betul. Kalau ikutkan kepada ujian psikometrik itu sendiri, memang ianya dicipta untuk menimbulkan rasa was-was dalam diri calon.

Tujuannya adalah satu, nak uji tahap pendirian calon itu sendiri. Jika pendirian calon itu teguh, memang tak ada masalah bagi mereka walau bagaimana bentuk soalan pun ditanyakan kepada mereka.

Soalan Uji Pendirian.

Di bawah ini pula soalan yang digunakan dalam menguji tahap pendirian calon. Adakah pendirian itu betul-betul wujud dalam diri mereka, ataupun mereka sekadar mengada-adakan pendirian yang tak wujud.

Soalan 2: Kecintaan saya kepada negara membuatkan saya melontarkan pandangan terhadap polisi yang popular tetapi berpotensi merosakkannya.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 3: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 4: Saya percaya negara kita sudah berada di landasan yang betul, kita tidak memerlukan sebarang perubahan tambahan.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 5: Saya tidak merasakan keperluan untuk menyatakan pandangan saya mengenai dasar negara, apa yang penting ialah kita mengikut sahaja dasar yang sudah ada.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 6: Mengkritik negara kita Malaysia, walaupun dengan niat yang baik, adalah tindakan yang saya tidak sokong.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Anda rasa keliru tak dengan soalan ini? Kalau pendirian anda teguh, sepatutnya tak akan keliru. Sebab setiap soalan tu hanya tanya pendapat peribadi. Reference setiap soalan adalah diri anda sendiri.

Ada soalan perlu setuju, ada soalan perlu tak setuju. Daripada situ akan menentukan sama ada jawapan seseorang calon itu konsisten ataupun tidak. Dan jawapan anda nanti bakal menentukan siapakah anda sebenarnya di mata pihak SPA.

Saya ada huraikan secara terperinci personaliti disebalik soalan ini. Sila klik butang di bawah untuk akses huraian jawapan lengkap.

(Password Protected)

Huraian jawapan ini merupakan bonus yang cikgu berikan kepada pembeli rujukan psikometrik sahaja. Sila claim password dengan klik butang di bawah ini.

Cikgu Khairul
Whatsapp:- 0167794392
Nak baca huraian jawapan seperti ini lagi?
Jom baca di ➥ SINI.